Home Entertainment Kdrama “Happiness Battle” 31 Mei Ini, Misteri Pembunuhan Para Ibu Di Media...

Kdrama “Happiness Battle” 31 Mei Ini, Misteri Pembunuhan Para Ibu Di Media Sosial

0

Pelbagai genre dan tema drama Korea yang telah disajikan kepada semua peminat drama Korea pada bulan Mei dan yang terbaru bakal tayang pada 31 Mei ini termasuklah “Happiness Battle” yang membawa tema dan genre saspens misteri thriller.

Happiness Battle akan datang bakal dibintangi oleh Lee El, Jin Seo-yeon, Cha Ye-ryun, Park Hyo-joo, dan Woo Jung-won dimana mereka ini bergandingan di dalam drama tentang perang media sosial antara kaum ibu.

IMG 7883

Berdasarkan novel penulis skrip Joo Young-ha sendiri dengan tajuk yang sama, ia membincangkan kes pembunuhan misteri yang berlaku di kalangan ibu kelas atasan. Ia dijadualkan ditayangkan di ENA pada 31 Mei 2023, dan akan disiarkan setiap hari Rabu dan Khamis jam 21:00 (KST).

Happiness Battle Kdrama

Dalam poster telah menunjukkan 5 watak utama drama Korea “Happiness Battle” menampilkan 5 ibu yang garang: Lee El (My Liberation Notes), Jin Seo-yeon (One the Woman), Cha Ye-ryun (Gold Mask), Park Hyo-joo (Now We Are Breaking Up), dan Woo Jung-won (Under The Queen Umbrella).

5 wanita yang merupakan ibu daripada golongan kelas atasan telah terperangkap dalam perang media sosial dan pembunuhan misteri yang pastinya membuatkan para peminat drama Korea tidak sabar menanti tayangannya pada 31 Mei ini!

Berikut merupakan 5 fakta watak utama drama Korea “Happiness Battle” yang harus anda ketahui:

 

Happiness Battle Kdrama

1. Lee El sebagai Jang Mi Ho

Lee El yang pernah membintangi drama Korea “My Liberation Notes” akan membintangi drama ini sebagai Jang Mi Ho. Jang Mi Ho bekerja sebagai Penolong Pengurus di bahagian pemasaran sebuah bank. Dia adalah seorang wanita yang berhati dingin dan suka menyendiri.

Jang Mi Ho tidak suka menjalinkan hubungan rapat dengan orang lain. Dia seorang yang mementingkan batasan, disebabkan sifat inilah dia kerap merasa kesunyian yang mendalam. Namun begitu, jika salah satu ibu-ibu di media sosial meninggal secara misteri, Jang Mi Ho akan campur tangan untuk mencari kebenaran.

Happiness Battle Kdrama

2. Jin Seo Yeon sebagai Song Jung Ah

Jin Seo Yeon yang pernah membintangi drama Korea “One the Woman” dan filem Netflix “Yaksha: Ruthless Operations” akan membawakan watak sebagai Song Jung Ah dalam “Happiness Battle”. Dia merupakan seorang wanita berkerjaya hebat dan memiliki karisma sebagai pengusaha dan CEO sebuah syarikat kosmetik dan kecantikan Nutraceutical Inner Spirit.

Walaupun Song Jung Ah adalah seorang CEO dan wakil dari komuniti para ibu, Song Jung Ah adalah seseorang yang selalu menginginkan kuasa dan kedudukan yang lebih tinggi. Dia mempunyai rasa tanggung jawab yang kuat dan akan mati-matian berjuang untuk mengekalkan kedudukannya.

Happiness Battle Kdrama

3. Cha Ye Ryun sebagai Kim Na Young

Seorang influencer yang glamor dan penuh kecemburuan, itulah yang dapat kita gambarkan dalam karakter Cha Ye Ryun sebagai Kim Na Young dalam “Happiness Battle” ini. Berasal dari keluarga kaya-raya yang memiliki banyak hak istimewa masih membuatnya cemburu akan pencapaian orang lain.

Kim Na Young akan merasa cemburu jika melihat orang lain memiliki apa yang tidak dia miliki. Semakin dia cemburu, semakin dia menunjukkan kelebihannya kepada orang lain.

Happiness Battle Kdrama

4. Park Hyo Joo sebagai Oh Yoo Jin

Setelah membawa watak berkesan di dalam drama “Now We Are Breaking Up” pada tahun 2021-2022 lalu, kini para peminat bakal dapat menyaksikan lakonan hebat Park Hyo Joo sebagai Oh Yoo Jin. Oh Yoo Jin akan menampilkan kehidupan seorang ibu dan isteri yang sempurna di media sosial.

Oh Yoo Jin adalah suri rumah tangga sepenuh masa yang diberi gelaran “Super Mom”. Dia adalah tulang belakang dan sentiasa menyokong suami dan anak-anaknya dengan sempurna tanpa sebarang cacat cela. Jika dilihat dalam posternya, Oh Yoo Jin memancarkan tatapan licik dan seolah menyembunyikan rahsia.

Happiness Battle Kdrama

5. Woo Jung Won sebagai Hwang Ji Ye

Di drama ”Happiness Battle” setelah “Under The Queen’s Umbrella ini”, Woo Jung Won membawakan watak sebagai seorang ibu yang bekerja bernama Hwang Ji Ye. Dia seorang wanita dan ibu yang tenang dan percaya pada diri sendiri. Walaupun dia bukan berada diantara ibu-ibu lain yang bersaing dan suka menunjuk-nunjuk di media sosial, Hwang Ji Ye mempunyai minda dan mata yang tajam mengawasi mereka dari dekat.

IMG 7891Yang pasti drama “Happiness Battle” ini bakal menyajikan plot dan jalan cerita yang menarik, bakal membuatkan peminat drama korea thriller misteri tidak senang duduk apatah lagi setelah salah seorang dari komuniti ibu-ibu ini meninggal dunia secara misteri.

IMG 7892

Ada di antara mereka yang ingin menyembunyikan rahsia, ada juga yang lain ingin mencari kebenaran. Kisah yang menegangkan dan berkaitan perang psikologi di media sosial sememangnya sangat relevan dengan masyarakat modern kini.

IMG 7893

Jadi, pastikan anda tidak ketinggalan untuk mengikuti drama Korea “Happiness Battle” ini bermula pada 31 Mei 2023 akan datang!

Baca Lagi: 5 Pelakon Lelaki Bawa Watak “Green Flag” Yang Menarik Dalam Kdrama

Baca Juga: 5 Kdrama Baharu Yang Akan Ditayangkan Jun 2023