Home News ‘Pernah’ Digelar Sebagai ‘Billionaire’, 7 Orang Terkaya Di Dunia Jatuh Muflis

‘Pernah’ Digelar Sebagai ‘Billionaire’, 7 Orang Terkaya Di Dunia Jatuh Muflis

0

Sebagaimana sukar untuk memperolehinya, mengekalkan status billionaire juga bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, terdapat juga ramai billionaire yang kehilangan seluruh kekayaan mereka hanya dalam masa yang singkat.

Kes itu kebanyakkan berlaku akibat perbuatan salah seperti penggubahan wang haram, manipulasi stock dan jenayah kewangan yang lain.

Ini 7 Orang Billionaire Yang Jatuh Muflis

1. Eike Batista

WhatsApp Image 2023 05 25 at 3.43.38 PM

Eike Batista merupakan seorang pengusaha dari Brazil yang telah menjadi seorang billionaire dan kemudian telah kehilangan kekayaannya sebanyak berbillion-billion ringgit juga dalam industri perlombongan dan penerokaan minyak dalam masa dua dekad. Beliau juga merupakan orang paling kaya di Brazil dan ke-8 dunia dengan nilai kekayaan sebanyak RM125,39 billion pada tahun 2011.

Kejatuhan beliau bergelar sebagai billionaire bermula apabila industri perlombongannya jatuh dengan secara tiba-tiba serta kejatuhan salah satu syarikat minyak dan gas terbesar miliknya iaitu OGX. Selepas 2 tahun kemudian pada tahun 2013, majalah Forbes melaporkan bahawa beliau telah kehilangan hampir RM83.59 billion hanya dalam tempoh setahun sahaja.

Disebabkan hutangnya yang besar dan saham syarikat yang terus menjunam, kekayaan peribadinya terus jatuh daripada RM835.90 juta kepada negetif.

Pada Januari 2017, Eike Batista telah ditangkap oleh pihak berkuasa Brazil dalam kes pengubahan wag haram berprofil tinggi melibatkan RM417.95 juta.

2. Bjorgolfur Gudmundsson

WhatsApp Image 2023 05 25 at 3.43.49 PM

Bjorgolfur Gudmundsson yang merupakan orang kedua paling kaya sebelum berlaku krisis perbankan dunia yang melanda pada tahun 2007-2008 telah menjejaskan Iceland lebih teruk berbanding mana-mana negara di dunia. Krisis ini bermula apabila ketiga-tiga bank terbesar di Iceland gagal membayar balik pinjaman mereka pada tahun 2008. Perkara ini juga telah menyebabkan berlakunya pergolakan ekonomi dan politik utama di Iceland lebih tiga tahun.

Beliau memperoleh sekitar 45% saham di Landsbanki, salah satu daripada tiga bank terbesar di Iceland pada tahun 2002. Bjorgolfur turut kehilangan jawatannya sebagai Pengerusi Landsbanki akibat krisis kewangan tersebut.

Pada tahun 2008, beliau diisytiharkan muflis secara peribadi setelah setahun kemudian. Dalam masa kurang satu tahun sahaja, kekayaan peribadinya turun daripada RM4.6 billion kepada RM0.

3. Elizabeth Holmes

WhatsApp Image 2023 05 25 at 3.44.01 PM

Elizabeth Holmes merupakan seorang pencipta dan usahawan Amerika Syarikat yang menjadi billionaire atas usaha sendiri pada tahun 2015. Kejayaan itu dikecapinya selepas syarikat teknologi penjagaan kesihatannya iaitu Theranos mencapai nilai RM37.62 billion dan membuat keuntungan yang besar.

Namun gelaran beliau sebagai billionaire tidak bertahan lama apabila penyiasatan persekutuan dilakukan terhadap syarikat tersebut. Dikatakan syarikatnya telah mengelirukan para pelabur mengenai teknologi pengujian darah terbaharu mereka yang inovatif.

Disebabkan dakwaan ini, kekayaan peribadinga menerima kesan yang teruk. Serta digelar sebagai seorang ‘Pemimpin paling mengecewakan di dunia’. Beliau juga dilarang daripada memegang mana-mana jawatan dalam syarikatnya sendiri selama 2 tahun oleh Pusat Perkhidmatan dan Perubatan Kesihatan.

4. Sean Quinn

WhatsApp Image 2023 05 25 at 3.44.08 PM

Sean Quinn merupakan salah seorang billionaire yang menjadi muflis, di mana pernah menjadi orang terkaya di Ireland dengan nilai bersih sebanyak RM25.08 billion pada tahun 2005. Beliau telah membeli beberapa syarikat multinasional termasuk Bupa Ireland dan Anglo Irish Bank. Tidak lama kemudian krisis kewangan telah melanda sistem perbankan Ireland dan Sean Queen kehilangan hampir semua kekayaan keluarganya.

Beliau turut disaman oleh pihak Institusi Pengawal Kewangan Ireland kerana pinjaman orang dalam yang dikeluarkan oleh insuran Quinn, dan banyak lagi kes litigasi pembubaran, denda koporat dan penipuan yang dilakukan di syarikatnya. Pada tahun 2011, Quinn akhirnya memfailkan kebankrapan peribadinya.

5. Adolf Merckle

WhatsApp Image 2023 05 25 at 3.44.16 PM

Adolf Merckle pernah menjadi orang palinh terkaya di Jerman dengan memiliki kekayaan peribadi dianggarkan sekitar RM53.5 billion. Malangnya beliau juha terkesan akibat krisis kewangan yang berlaku pada tahun 2008. Dianggar telah kehilangan sebanyak RM15 billion, dan mengalami kerugian besar.

Dilaporkan firma pelaburannya iaitu VEM telah menghadapi krisis dan rugi sebanyak RM26.08 billion. Disebabkan mahu bangkit semula, Mercle telah melakukan satu pertaruhan besar dengan membuat beberapa pelaburan berisiko, yang akhirnya menyebabkan beliau kerugian lebih banyak wang.

Setalah kehilangan kekayaan miliknya, Merckle telah mengakhiri hidupnya dengan terjun di hadapan kereta api yang sedang bergerak.

6. Ramesh Chandra

WhatsApp Image 2023 05 25 at 3.44.25 PM

Ramesh Chandra adalah seorang ahli perniagaan dari India, yang memiliki kekayaannya menerusi bidang hartanah yang diceburi. Chandra dianggarkan memiliki empayar bernilai RM38.45 billion, dan berjaya memiliki harta sebanyak ini dengan bantuan syarikat Unitech, syarikat bidang hartanah yang kedua terbesar di India setakat ini.

Pada tahun 2001, syarikat itu telah terlibat dalam skandal telekom peringkat nasional sehingga menyebabkan anak lelakinya Sanjay Chandra ditangkap oleh pihak berkuasa.

Disebabkan jumlah hutang yang semakin banyak dan penjualan aset secara besar-besaran, Ramesh Chandra tidak pernah memulihkan semula kekayaannya yang telah hilang.

7. Huang Wenji

WhatsApp Image 2023 05 25 at 3.44.32 PM

Huang Wenji merupakan seorang pengurusi di Syarikat China Jincheng Holding Ltd, sebuah syarikat pembuat payung yang bertempat di Hong Kong. Kira-kira 75% daripada pemegang saham syarikat dimiliki oleh beliau dan isterinya Chen Jieyou.

Kejatuhan pasaran saham telah menurun kira-kira 91% hanya dalam masa 2 hari sahaja, dan beliau kerugian sebanyak RM7.94 billion terhadap kekayaan peribadinya.

Malah, ketikastabilan pasaran saham Hong Kong yang berlaku telah menyebabkan beberapa syarikat lain juga kehilangan berbillion-billion ringgit.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Iluminasi