Home News 14 Watak Kdrama, Terpaksa Kehilangan Keluarga Akibat Dibunuh

14 Watak Kdrama, Terpaksa Kehilangan Keluarga Akibat Dibunuh

0

Terdapat banyak Kdrama yang mengaitkan tentang kematian orang kesayangan. Semua orang pasti akan merasai mati. Proses yang terjadi untuk sesebuah kematian juga datang dengan bermacam-macam cara, contohnya meninggal dunia kerana penyakit, kemalangan dan lain-lain lagi.

Namun, ada pula yang kehilangan nyawa dan ditarik hak untuk hidup kerana dibunuh oleh orang lain.

Pembunuhan yang berlaku membuatkan orang sekeliling terutamanya ahli keluarga semakin merasa kehilangan dan hancur hati.

Bagaimana mungkin tidak, mereka merasa bersalah kerana tidak dapat melindungi orang-orang yang disayangi.

Drama-drama dibawah ini mendalami emosi watak-watak, meneroka tema kesedihan, pengampunan, dan penyembuhan. Ia menggambarkan bagaimana kehilangan orang tersayang boleh menjejaskan orang dalam cara yang berbeza dan cara mereka menghadapi akibatnya.

Berikut ini merupakan 14 watak dalam Kdrama siri pada tahun 2023 yang kehilangan keluarganya akibat dibunuh:

de475d14 5625 4852 a0ce bbcd4419e6291. Cheon Moo Yeong (Ryu Kyung-soo) memutuskan untuk membalas dendam selepas kehilangan saudaranya yang dibunuh oleh sahabatnya dalam Kdrama Tale of Nine Tailed 1938

Kdrama2. Ayahnya telah dibunuh sebelum dia lahir, Choi Kang Ho (Lee Do Hyun) dihantar masuk ke sekolah undang-undang oleh ibunya dalam The Good Bad Mother

6b5800d6 dc95 4334 8534 760c4ec6b43b3. Kehilangan adik sendiri di depan mata, Yoon Sa Wol (Kang Yoo Seok) memilih untuk menjadi ‘penghantar’ untuk mencari pembunuh adiknya dalam Kdrama siri Black Knight

7eb8fbb9 6c89 4602 86e3 496fdc56bdb34. Setelah ayahnya mati dibunuh, Lee Seol (Ryeoun) hidup sebagai pelarian dan perlu bersembunyi dalam drama siri The Secret Romantic Guesthouse

6b37ea01 7e72 46b7 8403 1605509607355. Sewaktu kecil, Shin Ha Ru (Jung Yong Hwa) telah kehilangan kedua-dua orang tuanya sekaligus kerana dibunuh oleh psikopat dalam Kdrama siri Brain Works

2e12d9c2 3b4b 4bc2 9daf 2b3bb231c7aa6. Pada awalnya dia adalah seorang peguam, Gu Do Han (Jang Geun Suk) beralih untuk menjadi detektif bagi menyiasat kes pembunuhan adiknya dalam drama siri Decoy

86f7fbee a784 4514 b256 f572d41544c67. Seo Young Min (Yoon Chan Young) mula menjadi pemandi teksi untuk memenuhi keperluannya setelah ibunya dibunuh dalam Delivery Man

23255a8c a416 43d1 8778 cfa4ef04b9e08. Joo Yeo Jeong (Lee Do Hyun) telah menyaksikan kematian ayahnya dalam The Glory. Kejadian tragik itu menyebabkan dia mengalami gangguan mental

92c49869 f2d9 4aaa 8d94 350c4f051b009. Sementara itu, Kang Han Soo (Woo Do Hwan) memutuskan untuk menjadi seorang peguam untuk menyiasat kes kematian ibu bapanya dalam Joseon Attorney

ffd03868 db0d 498b a078 1b2048a7226a10. Hidup Lee Du Hak (Jang Dong Yoon) hancur lebur setelah kehilangan ayahnya yang dilanggar trak kerana arahan orang jahat dalam drama siri Oasis

06a6ea16 07e7 4d5b 9090 fcb16ede9ce911. Lee Hwan (Park Hyung Sik) naik takhta sebagai Putera Mahkota setelah abangya terbunuh dalam drama siri Our Blooming Youth

81471abb ddfe 4a67 9ec6 e49a2bd04ba412. Ibunya dibunuh dengan kejam, Pyo Jae Hyun (Lee Sang Yoon) melakukan apa sahaja termasuk membunuh demi untuk membalas dendam dalam drama siri Pandora

54ee4297 dbcf 4dd9 827b 835aba39d3d8

13. Kehilangan kedua ibu bapa sewaktu masih di sekolah menengah, Hwang Dae Myeong (Joo Won) bertemu dengan pembunuh yang selalu melarikan diri dalam drama siri Stealer: The Treasure Keeper

3a952d1d 1a2d 4794 ac01 71daf6e31dc214. Kim Do Gi (Lee Je Hoon) terkesan dan sangat trauma setelah kehilangan ibunya di depan mata dalam drama siri Taxi Driver 2

Semua orang tentu tidak mahu kehilangan orang kesayangan mereka terutama ahli keluarga sendiri. Pastinya hati luka berdarah jika kematian keluarga mereka disebabkan oleh pembunuhan.

Trauma dan perasaan dendam itu membuatkan setiap karakter yang tersenarai di atas semakin diamuk dengan amarah dan merasa bersalah hinggakan ramai antara mereka yang memutuskan untuk membalas dendam.

Adakah anda telah menonton kesemua senarai Kdrama yang dilakonkan oleh 14 watak diatas? Jika belum, pastikan ia berada didalam senarai tontonan anda!

Baca Lagi: 7 Pelakon Kanak-kanak Membintangi Kdrama 2023

Baca Juga: Kdrama “Happiness Battle” 31 Mei Ini, Misteri Pembunuhan Para Ibu Di Media Sosial