Home Movie 7 Fakta Watak Han Hyo Joo dalam Believer 2, Bakal Mencetus Ketegangan

7 Fakta Watak Han Hyo Joo dalam Believer 2, Bakal Mencetus Ketegangan

0

Para peminat filem Believer tidak lama lagi akan dapat menyaksikan musim kedua yang akan disiarkan di Netflix. Filem pertama Believer pada tahun 2018 berjaya mengumpulkan lebih dari lima juta penonton.

Jadi tidak hairanlah jika musim kedua Believer yang disebut sebagai midquel dari cerita filem pertama ini sangat dinanti-nantikan oleh para peminat setia.

IMG 1757Walau Ryu Jun Yeol menarik diri dari filem ini dan digantikan dengan Oh Seung Hoon untuk watak Seo Young Rak filem ini tetap dinantikan dan Han Hyo Joo juga tersenarai dalam line-up barisan pelakon.

Pelakon yang membintangi drama siri Moving (2023) ini akan membawa watak baru. Pasti anda ingin mengetahui watak apakah yang dibawa oleh pelakon serba boleh ini bukan? Jom sama-sama kita lihat tujuh fakta berikut ini!

 

8e9319b2 19cc 4606 8b4d 0268d9702b941. Watak yang dibawa oleh Han Hyo Joo adalah Big Knife. Dia merupakan salah seorang orang bawahan Mr. Lee iaitu ketua kartel dadah terbesar di Asia

 

22848e45 294c 4fcd af14 f641ec2acc5d2. Oleh kerana identiti Mr. sangat misteri dan tiada sesiapa mengetahui wajah sebenar lelaki itu, maka ramai orang yang menggunakan namanya untuk kepentingan sendiri. Big Knife yang akan menguruskan orang-orang tersebut

 

Believer 23. Sudah menganggap Mr. Lee sebagai ayah sendiri, Big Knife tanpa rasa belas kasihan akan memberi pengajaran kepada orang yang menggunakan nama Mr. Lee untuk kepentingan sendiri

 

edcaea71 5cb2 4ef3 84e0 82708bcf7c854. Big Knife juga merupakan satu-satunya orang yang mengetahui identiti asal Mr. Lee. Kehadiran Big Knife akan semakin menambah suasana tegang dalam filem ini

 

987c94c7 83e9 4aa3 8b51 a42412014e925. Dalam filem pertama dulu, Brian (Cha Seung Won) mengaku sebagai Mr. Lee. Namun, tatapan Big Knife padanya tampak sangat tajam dan penuh dendam dalam petikan trailer

 

Han hyo joo6. Watak Big Knife sebenarnya pada awal adalah watak lelaki. Namun diubah kerana pengarah ingin mengambil Han Hyo Joo untuk membawa watak tersebut

 

Believer

7. Han Hyo Joo berusaha keras untuk membawa watak Big Knife, dia mendedahkan bahawa dia tidak minum selama 3 hari demi menonjolkan ototnya dan dia juga memakai gigi palsu

Lakonan Han Hyo Joo sebagai Big Knife juga sangat ditunggu-tunggu oleh peminat setia. Pelakon ini telah memberikan persembahan terbaiknya supaya tidak merosakkan reputasi filem Believer sebelum ini. Jangan lupa untuk menonton Believer 2 pada 17 November 2023 ini ya!

Baca lagi: 7 Filem Korea Tayang Bulan November, Dipenuhi Filem Aksi
Baca juga: Filem Seram Korea “Tastes of Horror”, Menampilkan 10 Kisah Mengerikan