Home Entertainment 6 Kdrama dan Filem Lakonan Hong Sa Bin

6 Kdrama dan Filem Lakonan Hong Sa Bin

0

Pelakon muda Korea Selatan iaitu Hong Sa Bin menjadi salah satu nama yang cukup menarik perhatian ketika ini.

Memulakan karier lakonan dari bawah dan pernah menyepikan diri selama beberapa tahun, Hong Sa Bin tetap masih bertahan dengan kualiti lakonan yang hebat.

Sejak membintangi drama siri Duty After School, nama Hong Sa Bin mula dikenali secara meluas oleh ramai peminat dan tidak henti-henti mendapat tawaran projek lakonan.

Pada tahun 2023 ini, Hong Sa Bin membintangi filem baru yang berjudul Hopeless. Dalam filem tersebut, Hong Sa Bin akan bergandingan dengan BIBI dan juga Song Jong Ki.

Selain Hopeless, berikut ini merupakan enam Kdrama dan filem yang dibintangi oleh Hong Sa Bin. Jom sama-sama kita lihat:

26bc7606 9228 4d0b 9a68 99d1221172e41. Run Off (2016)
Merupakan projek debutnya, Hong Sa Bin berlakon dalam film layar perak yang berjudul Run Off. walaupun hanya watak pembantu, Hong Sa Bin tetap menunjukkan kehebatannya dalam melakonkan watak yang bernama Park Chae Kyung.

Run Off menceritakan tentang sekumpulan wanita yang terdiri daripada berbagai-bagai latar belakang, termasuklah seorang pembelot dari Korea Selatan yang berjuang membentuk pasukan hoki ais the wanita pertama di Korea Selatan. Filem ini mengajar tentang perjuangan dalam mencapai impian. Filem ini juga dibintangi oleh Park Soo Ae, Oh Da Sul, dan juga Park So Dam.

a9cb2091 d771 46b7 86ec f2f8456ca09f2. Tune in for Love (2019)
Pernah menyepikan diri daripada dunia lakonan selama tiga tahun, Hong Sa Bin kembali dengan membintangi filem yang berjudul Tune in for Love. Filem yang juga dibintangi oleh Kim Go Eun dan Jung Hae In ini menampilkan Hong Sa Bin sebagai Jung Hyeop.

Membawa genre romantik, Tune in for Love berkisar pada kisah percintaan dua orang insan yang sama-sama hidup sendirian di tengah-tengah kesusahan akibat krisis ekonomi. Mempunyai jalan cerita yang tenang, filem ini sesuai ditonton untuk menghilangkan rasa tekanan dan kepenatan!

f86c5dbc 9f6a 43c8 a5b4 bfebe707c72b3. Jirisan (2021)
Selepas membintangi filem, Hong Sa Bin akhirnya diberi peluang pula untuk berlakon dalam sebuah drama siri yang bertajuk Jirisan. Dalam drama siri ini, Hong Sa Bin membawa watak sebagai seorang anggota tentera yang bernama Ahn Jae Seon.

Walaupun bukan watak utama, kemunculan Hong Sa Bin cukup menarik perhatian.
Selain itu, drama siri ini juga dibintangi oleh Jun Ji Hyun, Ju Ji Hoon, dan Go Min Si. Jirisan merupakan drama siri yang menceritakan tentang kisah pengawal gunung dalam menyelamatkan nyawa ramai mangsa yang tersesat di Taman Kebangsaan Gunung Jiri.

46534734 f075 44c6 983c 598b298905a14. Nobody’s Lover (2022)
Nobody’s Lover merupakan filem Korea Selatan yang dikeluarkan pada 1 Disember 2022. Mengusung genre drama, filem ini mengisahkan tentang Lee Yoo Jin, iaitu seorang pelajar yang berusia 18 tahun yang perlu merasakan pahitnya hidup, lantaran ditinggalkan oleh ibunya yang hamil bersama teman lelakinya.

Di tengah-tengah perjuangannya hidup sendiri, gadis ini bertemu dengan orang-orang baru dalam hidupnya yang terdiri daripada berbagai-bagai latar belakang.

Dalam filem ini, Hong Sa Bin membawa watak sebagai Hyun Wook. Bergandingan dengan Hwang Bo Un sebagai watak utama, kedua-duanya berjaya menunjukkan keserasian yang menarik buat penonton.

Hong Sa Bin

5. Duty After School part 1 dan 2 (2023)
Kejayaan Duty After School menjadi titik permulaan buat karier Hong Sa Bin. Dalam drama ini, Hong Sa Bin membawa watak sebagai Woo Hae Rak iaitu salah seorang pelajar dengan karakter yang ikonik, sehingga membuatkan namanya mula dikenali oleh para peminat Kdrama.

Duty After School mengisahkan tentang pelajar kelas 2 dan 3 sekolah menengah yang perlu berjuang dan berhadapan melawan makhluk asing yang datang ke bumi. Pihak kerajaan menugaskan pasukan tentera untuk melatih para pelajar ini sebagai pasukan tentera tambahan yang akan membantu kerajaan melawan makhluk asing.

Duty After School dibahagi kepada 2 bahagian. Bahagian 1 ditayangkan pada bulan Mac, manakala bahagian 2 pula ditayangkan pada bulan April 2023.

4928ccca f51c 4156 ab19 691961934bcf6. Hopeless (2023)
Pada tahun 2023 ini, Hong Sa Bin kembali menyapa para peminat dengan projek lakonan terbarunya menerusi filem yang bertajuk Hopeless. Membawa genre aksi, filem ini menceritakan tentang Yeon Kyu (Hong Sa Bin) iaitu seorang remaja berusia yang 18 tahun yang perlu hidup seperti di neraka.

Demi bertahan hidup, dia memutuskan untuk menyertai sebuah organisasi jenayah dan bertemu dengan Chi Geon (Song Joong Ki) iaitu ketua penjenayah yang selalu membantunya.

Belum diketahui lagi tarikh filem ini dilancarkan di pawagam, Hopeless sudah diundang ke Cannes Film Festival pada 16 hingga 23 Mei 2023 untuk tayangan khas perdananya.

Memulakan karier dari bawah dan tidak pernah putus asa, pelakon ini menunjukkan bahawa usaha berterusan pasti membuahkan hasil. Ramai yang memuji konsistensinya dalam dunia lakonan hingga berjaya mendapatkan peranan penting. Semoga terus maju jaya!

Baca Lagi: 7 Filem Korea Berjaya Ke Festival Filem Cannes 2023

Baca Juga: 9 Filem Menarik, Dibintangi Pelakon Filem Hopeless