Home Entertainment 7 Filem Korea Berjaya Ke Festival Filem Cannes 2023

7 Filem Korea Berjaya Ke Festival Filem Cannes 2023

0

7 filem Korea yang berjaya ke Festival Filem Cannes 2023, jom kita lihat filem apa dan lakonan oleh siapakah itu?

Tahun ini, terdapat 7 buah filem Korea Selatan yang diundang untuk ditayangkan pada festival filem berperestij iaitu Festival File Cannes 2023.

Bermula daripada filem garapan pengarah terkenal hingga pengarah baru, berikut merupakan tujuh filem Korea tersebut:

Filem Korea ke Festival Filem Cannes 20231. Hopeless – Un Certain Regard
Hopeless adalah filem Korea pertama yang diarahkan oleh pengarah Kim Chang Hoon. Dulu dikenali dengan judul Hwaran, filem ini rasmi terpilih dan diumumkan pada 13 April lalu. Tawaran pertama Hopeless akan dilakukan di festival ini, secara tepatnya di bahagian Un Certain Regard.

Filem ini adalah filem noir yang fokus kepada kisah seorang pemuda bernama Yeon Gyu (Hong Xa Bin). Yeon Gyu berusaha untuk melarikan diri dari kenyataan pahit yang bagaikan neraka dalam hidupnya. Dia lalu bertemu Chi Geon (Song Joong Ki) dan masuk ke dunia kejahatan jenayah. Solois BIBI juga turut muncul dalam filem ini sebagai Ha Yan iaitu adik kepasa Yeon Gyu.

Filem Korea ke Festival Filem Cannes 20232. Cobweb – Out of Competition
Cobweb merupakan salah sebuah filem Korea yang dinantikan pada tahun ini. Filem ini diarahkan oleh pengarah Kim Jee Woon yang sebelum ini pernah mengarahkan filem The Age of Shadows (2016). Pengarah terkenal ini kembali bekerja sama dengan Song Kang Ho yang merupakan pelakon utama.

Song Kang Ho membawa watak sebagai pengarah Kim yang sedang berjuang untuk menyudahkan filem Cobweb yang digarapnya. Namun, keadaan waktu itu, iaitu pada tahun 1970-an sewaktu berlakunya The Yushin Constitution, membuatkan dia terjebak dalam berbagai-bagai masalah.

Selain Song Kang Ho, Cobweb juga dibintangi oleh wajah-wajah yang sudah tidak asing lagi seperti Im Soo Jung, Oh Jung Se, Jeon Yeo Been, dan juga Krystal f(x). Filem ini ditayangkan pertama kali di Festival Filem Cannes untuk bahagian Out of Competition.

Filem korea3. Project Silence – Midnight Screenings
Project Silence yang sebelum ini dikenali dengan tajum Silence telah tersenarai ke pilihan rasmi tambahan Festival Filem Cannes tahun ini. Filem Korea yang diarahkan oleh pengarah Kim Tae Gon tersebut ditayangkan secara premiere di bahagian Midnight Screenings.

Filem ini menceritakan tentang sekumpulan manusia yang cuba untuk bertahan hidup di sebuah jambatan di lapangan terbang. Jambatan tersebut berada di ambang kehancuran ditambah pula dengan kabus tebal yang menyelimutinya. Tambahan pula, ada ancaman yang tidak disangka yang sedang mengintai.

Bintang-bintang yang terlibat dalam filem Project Silence ialah Lee Sun Kyun, Ju Ji Hoon, Kim Hee Won, Moon Sung Keun, Ye Soo Jung, Park Hee Von, Park Ju Hyun, Kim Tae Woo, dan Kim Su An.

Festival Filem Cannes 2023

4. Sleep – International Critics’ Week
Penambah seri untuk Festival Film Cannes iaitu International Critics’ Week dikhaskan untuk memilih filem pertama atau kedua dari pengarah baru. Pada kategori film ‘feature’, terdapat 11 buah filem terpilih yang di antaranya adalah 7 filem dalam pertandingan dan 4 filem sebagai special screenings.

Filem Sleep yang menjadi filem feature perdana pengarah Jason Yu termasuk dalam salah satu dari tujuh filem yang bertanding di International Critics’ Week tahun ini. Filem ini dibintangi oleh pelakon-pelakon ternama Korea Selatan, seperti Lee Sun Kyun dan Jung Yu Mi.

Dikisahkan bahawa Hyun Soo (Lee Sun Kyun) dan Soo Jin (Jung Yu Mi) adalah pengantin baru. Pada suatu hari, Hyun Soo mula bercakap sewaktu sedang tidur. Hyun Soo kemudian terus berubah menjadi orang lain setiap kali dia tertidur. Soo Jin diselubungi rasa cemas kalau-kalau Hyun Soo akan menyakitinya dan juga bayinya yang akan lahir nanti.

Festival Filem Cannes 20235. In Our Day – The Directors’ Fortnight
Selain International Critics’ Week, Festival Filem Cannes juga memiliki satu segmen lain iaitu The Directors’ Fortnight. Pada tahun ini, terdapat 30 buah filem yang dipilih dengan komposisi 10 filem pendek dan 20 filem feature. Salah satu filem feature tersebut adalah In Our Day karya pengarah Hong Sang Soo yang menjadi penutup The Directors’ Fortnight tahun ini.

Dalam laman rasmi The Directors’ Fortnight, filem Korea In Our Day ini diperkenalkan sebagai sebuah idea untuk kehidupan sehari-hari. Pengarah artistin untuk The Directors’ Fortnight kali ini iaitu Julien Rejl berkata bahawa filem In Our Day secara langsung menunjukkan semua kesenangan dalam kehidupan.

99a1d269 5419 47da b08a 1cb6979246a96. Hole – La Cinef Selection
La Cinef memilih 16 filem dari sekitar 2000 buah filem yang dikirimkan oleh berbagai-bagai akademi filem di seluruh dunia. Daripada 16 filem tersebut, terdapat 14 filem fiksyen pendek dan 2 filem pendek animasi. Filem pengarah Hwang Hye In dari Korean Academy of Film Arts (KAFA) berjudul Hole telah terpilih.

Hole adalah karya pengarah Hwang Hye In yang menyelesaikan pengajiannya di KAFA pada bulan Februari 2023. Filemnya menceritakan tentang seorang pekerja sosial yang mengunjungi sebuah rumah yang dihuni oleh adik beradik dan menemukan lubang besar. Suasana suram dan ketegangan ditonjolkan dalam filem Korea ini.

4a9d42eb d321 4a60 85ee c450e6e6fe557. The Lee Families – La Cinef Selection
Sebuah lagi filem Korea yang terpilih untuk segmen La Cinef adalah The Lee Families yang merupakan karya pengarah Seo Jeong Mi dari Korea National University of Arts (K-Arts).

Seo Jeong Mi berkata bahawa dia ingin mempersoalkan keperluan dan kesesuaian partiarki yang sudah ketinggalan zaman melalui karya ini.

Sutradara Seo Jeong Mi berada sangat bangga apabila karyanya berjaya dipilih dan diundang ke Festival Film Cannes. Dia juga mengucapkan terima kasih kepada kru dan para pelakon yang membantunya dalam menyiapkan filem The Lee Families.

Selain rombongan daripada ketujuh-tujuh filem Korea di atas, siri Hollywood The Idol yang dibintangi oleh salah seorang anggota kumpulan KPop iaitu Jennie BLACKPINK juga turut menyertai festival filem gergasi ini. Kumpulan aespa juga tampil sebagai duta global brand Chopard yang merupakan rakan rasmi Festival Film Cannes.

Acara tahunan Festival Filem Cannes 2023 telah berlangsung sejak 16 Mei 2023 hingga 27 Mei 2023, pembikin filem dari Sweden iaitu Ruben Östlund dilantik sebagai presiden juri. Festival ini menyaksikan filem dari Perancis yang bertajuk Anatomy of a Fall yang diarahkan oleh Justine Triet memenangi anugerah tertinggi untuk festival ini iaitu Anugerah Palme d’Or.

Baca Lagi: 10 Artis Korea Tercantik 2023

Baca Juga: 15 Kdrama Bromance Korea Yang Menghiburkan