Home Entertainment 10 Artis Korea Tercantik 2023

10 Artis Korea Tercantik 2023

0

10 artis Korea tercantik 2023, siapakah mereka?

Takrifan artis paling cantik di Korea berbeza dari individu ke individu kerana kecantikan adalah subjektif. Walau bagaimanapun, dalam industri hiburan Korea, artis wanita yang paling cantik adalah mereka yang memiliki gabungan kecantikan fizikal, kemahiran persembahan, dan populariti.

Beberapa artis paling popular dan cantik di Korea termasuk Song Hye Kyo, Kim Tae Hee, Park Shin Hye, Jun Ji Hyun, dan IU. Artis wanita ini dipandang baik untuk bakat mereka dan mempunyai pengikut yang ramai.

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk diingat bahawa kecantikan adalah subjektif, dan setiap orang mempunyai definisi mereka sendiri tentang apa yang mereka anggap cantik.

Senarai dibawah ini berdasarkan hasil undian dari laman sesawang KingChoice. Tinjauan itu dilakukan di antara 35 nominasi artis Korea tercantik selama kurang lebih sebulan. Undian tersebut merangkumi beberapa nama dalam kategori artis Korea tercantik 2023 dengan melibatkan lebih dari 800 ribu pengundi.

Berikut merupakan 10 Artis Korea Tercantik 2023 untuk tatapan para peminat:

1. Jisoo

IMG 8557

Kim Jisoo mendapat tempat pertama sebagai artis wanita Korea tercantik di tahun 2023. Jisoo merupakan ahli Blackpink yang lahir pada 3 Januari 1995 dan memulai kerjayanya pada tahun 2016.

Jisoo telah membintangi beberapa drama terkenal, termasuk The Producers (2015) dan Snowdrop (2021-2022)

2. Chae Soo-bin

IMG 8556

Tempat kedua ialah Chae Soo Bin yang memiliki paras rupa yang sangat mempersona. Dia turut terpilih dalam nominasi bagi artis wanita Korea tercantik di 2023.

Beberapa drama Korea yang popular dibintangi oleh Chae Soo Bin adalah Love in the Moonlight (2016), The Rebel (2017), A Piece of Your Mind (2020), Rookie Cops (2022), dan The Fabulous (2022).

3. Kim So-hyun

IMG 8555

Kim So-hyun menduduki tempat ketiga sebagai artis wanita Korea tercantik di 2023. Kim So-hyun lahir pada 4 Juni 1999 dan memulai kerjayanya tahun 2006.

Dia makin terkenal setelah membintangi Moon Embracing the Sun (2012), Missing You (2013), Pure Love (2016), River Where the Moon Rises (2021) dan Love Alarm (2021).

4. Kim Ji-won

IMG 8554

Di tempat keempat, Kim Ji Won termasuk dalam nomimasi artis wanita Korea tercantik. Kim Ji Won lahir pada 19 Oktober 1992. Artis Korea wanita tercantik ini memulai kerjayanya pada tahun 2010.

Ada banyak deretan drama terkenal yang pernah dibintanginya, iaitu The Heirs (2013), Descendants of the Sun (2016), Lovestruck in the City (2020-2021), dan My Liberation Notes (2022).

5. Bae Suzy

IMG 8553

Selanjutnya Bae Suzy yang lahir pada 10 Oktober 1994. Ia memulai kerjayanya pada 2010.

Beberapa projeknya yang paling terkenal termasuk Dream High (2011), While You Were Sleeping (2017), Vagabond (2019), Start-Up (2020), dan Anna (2022).

6. Han Hyo-joo

IMG 8552

Han Hyo Joo lahir pada 22 Februari 1987 dan memulai kerjayanya pada tahun 2003.

Beberapa projek terkenal yang pernah dibintangi oleh Han Hyo Joo adalah Cold Eyes (2013), Love 911 (2012), The Beauty Inside (2015), Happiness (2021) dan The Pirates: The Last Royal Treasure (2022).

7. Kim Yoo-jung

IMG 8551

Kim Yoo Jung merupakan artis Korea kelahiran 22 September 1999 dan memulai kerjayanya pada 2003.

Dia terkenal setelah membintangi beberapa drama Korea, di antaranya; Love in the Moonlight (2016), Because I Love You (2017), Backstreet Rookie (2020), The 8th Night (2021), Lovers of the Red Sky (2021), dan 20th Century Girl (2022).

8. Song Hye-kyo

IMG 8550

Artis Korea wanita tercantik Song Hye Kyo yang sentiasa menambat hati pencinta drama Korea sejak usia mudanya ketika membintangi Autumn in my Heart.

Setelah itu, Song Hye Kyo kerap memukau peminatnya dengan sederet drama Korea popular yang dibintanginya di antaranya Full House (2004), The Winter, The Wind Blows (2013), Descendants of The Sun (2016), Encounter (2018), hingga terbaru The Glory.

9. Seo Yea-ji

IMG 8548

Mungkin anda pernah terpukau dengan kehebatan lakonan Seo Yea Ji. Selain hebat dalam bidangnya, dia juga terpilih dalam deretan artis Korea wanita tercantik di 2023.

Seo Yea Ji lahir pada 6 April 1990 dan memulai kerjayanya pada tahun 2013. Beberapa drama yang paling terkenal termasuk Save Me (2017), Lawless Lawyer (2018), dan It’s Okay to Not Be Okay (2020).

10. Park Min-young

Artis korea tercantik

Park Min Young lahir pada tanggal 4 Mac 1986 dan memulai kerjayanya pada tahun 2005.

Beberapa projeknya yang paling terkenal termasuk Sungkyunkwan Scandal (2010), What’s Wrong with Secretary Kim (2018), When the Weather Is Fine (2020), dan Forecasting Love and Weather (2022).

Baca Lagi: 14 Artis Korea, Memiliki Bangunan Dan Hartanah Sendiri

Baca Juga: 5 Artis Korea Ini Gagal Sebagai Idol, Berjaya Sebagai Pelakon