Home Video Zaki Yamani Bawa Lagu ‘Azizah’, Sekali Ini Reaksi Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Zaki Yamani Bawa Lagu ‘Azizah’, Sekali Ini Reaksi Dato’ Seri Anwar Ibrahim

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok batuarangboy. dan telah ditular baru-baru ini.

Ahmad Zaki Yamani Bin Jamal Ubaidillah atau dikenali sebagai Zaki Yamani merupakan seorang penyanyi dan telah menjadi juara dalam pertandingan nyanyian iaitu Famili Duo, berganding bersama Yamani Abdillah. Zaki juga merupakan anak kepada penyanyi lagenda tanah air, Dato’ Jamal Abdillah. Manakala ibunya Fatimatuzahra Samat ialah bekas isteri kepada Dato’ Jamal Abdillah daripada perkahwinan ketiga.

Screenshot 2023 05 29 114505

Dalam video klip ini menunjukkan di mana Zaki Yamani sedang membuat persembahan di hadapan Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 di sebuah majlis. Zaki Yamani bawa lagu berjudul ‘Azizah’, namun nyanyiannya telah berjaya menarik perhatian Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Reaksi beliau juga dengan spontan berduet bersama turut mendapat pujian ramai.

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan Zaki Yamani sememangnya berani membuat persembahan dihadapan Perdana Menteri Malaysia ke-10 dan bawa lagu kegemaran oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang berjudul ‘Azizah’. Dato’ Seri Anwar Ibrahim juga mendapat pujian ramai, di mana reaksinya yang secara spontan berduet bersama Zaki Yamani di atas pentas.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 517.5K penonton, 17.1K sukaan dan 1247 komen.

Lihat klip durasi pendek reaksi Dato’ Seri Anwar Ibrahim:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat apa juga kata orang ramai:

Nurul Izzah: Paling sporting.. dah start suka & sayang dekat PMX .. biarpun dari kecik dibesarkan dengan cerita² fitnah.. DSA teraniaya..smoga PMX panjang umur

FlyAround: kau mmg betol la zaki.. PM pun kau main bedal je angkut naik atas pentas.. hahahaa.. nasib baik pmx pun sempoii cengginiii

Saudagar_Warisan_AirJagung: Korang cuba tgk step bodyguard….1langkah step VIP kedepan,dorang dah 2step kedepan….steady geng Bodyguard & UTk

Reac79: dari dulu cita2 sangat mengharpkan Anwar Ibrahim jadi PM . syukur telah terkabul

Miss Zzzzz: Sebak bila tgk pmx nyanyi lagu ni.. Tringat mcmna rindunya dia pd istri tercinta masa dlm tahanan

su8201: org yg diuji dgn fitnah…..Allah makin dekatkan org yg baik2 menyayangi beliau…perkara ni tidak boleh dibuat tanpa izin Allah….

avocado mayo: mmg lagu azizah ni dh sebati dgn Anwar. tu kekuatan dia kemana2. Isteri yg byk bkorban utk dia.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram