Home News Tahukah Anda Duit Rosak Atau Koyak Boleh Ditukar? Ini Cara-Cara Nya

Tahukah Anda Duit Rosak Atau Koyak Boleh Ditukar? Ini Cara-Cara Nya

0

Pernah tak berlaku kepada anda, bila nak membeli barangan keperluan dan pekerja menolak wang kertas yang diberikan kerana koyak walaupun sedikit?

Mungkin juga kejadian yang sama pernah berlaku sebaliknya, anda menolak duit baki diberikan oleh pekerja pasaraya kerana duit yang dihulur koyak atau rosak.

Situasi ini juga kerap berlaku kerana kita melakukan transaksi dengan wang kertas setiap hari, melainkan anda adalah pengguna 100% matawang digital.

Sebenarnya Bank Negara Malaysia mempunyai garis panduan khas menjelaskan kepada kita tentang nilai wang kertas yang ada berdasarkan tahap kecacatan atau kerosakan yang berlaku pda wang tersebut.

Berapakah jangkahayat matawang kertas?

Screenshot 2023 05 29 153114

Sebagai info tambahan, sangat berfaedah sebenarnya untuk kita tahu berapa jangka hayat matawang kertas. Untuk itu, kita perlu melihat apakah bahan yang digunakan dalam menghasilkannya.

Duit kertas kita dibuat dengan dua bahan berbeza; duit RM1 dan RM5 dibentuk dengan polimer sementara wang kertas lebih besar pula dibuat menggunakan kertas. Wang polimer mempunyai jangka hayat yang cukup sekitar 10 tahun ke 20 tahun sementara matawang kertas pula berbeza jangka hayat, mengikut nilainya.

Lebih besar amaun, lebih tinggi anggaran hayatnya berkemungkinan besar disebabkan kadar transaksi yang lebih rendah. Kami tidak menemui anggaran jangka hayat marawang kertas negara kita untuk amaun RM10,20,50 dan 100.

Sekiranya kita menggunakan anggaran wang kertas Dollar milik Amerika Syarikat diramalkan wang kertas mampu bertahan di antara 6.6 tahun ke 22.9 tahun bergantung kepada kekerapan penggunaannya.

Apakah kerosakan yang tidak menjejaskan nilai matawang?

Screenshot 2023 05 29 153134

Bukan semua kerosakan yang berlaku akan merendahkan nilai wang ringgit anda. Sebenarnya Bank Negara memang sudah menerangkan tentang perkara ini.

Semua wang kertas yang koyak tetapi tetap mempunyai 2/3 atau lebih saiz asalnya masih mempunyai nilai penuh wang kertas tersebut. Wang kertas yang diconteng bukan pada bahagian wajah YDP Agong pertama kita dan dalam skala kecil juga masih menyimpan amaun asalnya.

Sekiranya anda bimbang dan ingin menukarkan wang kertas yang koyak atau diconteng, lokasi terbaik melakukan adalag dengan terus ke cawangan Bank Negara sendiri kerana memang ada kaunter dibuka khas untuk tujuan itu.

Masalahnya cuma satu- bukan semua negeri ada cawangan Bank Negara. Ada juga yang menyebutkan pihak bank tempatan turut menerima pertukaran, tetapi syarat-syaratnya berbeza untuk setiap bank.

Wang kertas hilang separuh?

Screenshot 2023 05 29 153148

Bahagian atas menjelaskan tahap kerosakan yang tidak menjejaskan nilai. Apakah kerosakan yang menjejaskan nilai matawang?

Untuk mengetahui berapakah nilai yang masih ada, formulanya mudah.

Menurut Bank Negara Malaysia sendiri, sekirany wang kertas anda koyak tetapi masih mempunyai lebih daripada separuh saiz asalnya namun kurang 2/3- nilainya jatuh separuh nilai asalnya.

Sebagai contoh; RM10 yang terkoyak masih mempunyai 1/2 saiz asalnya akan mempunyai nila RM5 apabila ditukarkan. Namun sekiranya wang kertas anda hanya tinggal kurang separuh daripada saiz asalnya, harap maaf anda sudah tiada nilai dan pertukaran tidak akan diterima.

Semuanya bergantung kepada saiz wang yang tinggal.

Screenshot 2023 05 29 153204

Wang kertas yang terbakar, dimakan serangga, tergunting, berlubang, lusuh, keronyok, kotor dan hilang struktur asalnya kesemuanya boleh ditukar. Pertukarannya perlu diingat, masih bergantung kepada syarat berapakah saiz asal wang yang masih tinggal seperti kami sebutkan di atas.

Tidak ramai tahu sebarang bentung contengan ke atas wajah YDP Agong secara automatik menghilangkan nilai wang itu, namun anda masih berhak menukarkannya.

Selain itu, seandainya anda ada menerima wang kertas yang telah dilakarkan tulisan atau simbol berkait dengan elemen politik, agama dan perkauman walaupun tidak terkena wajah YDP Agong, wang kertas itu dikira tidak lagi bernilai dan patut digantikan.

Boleh ke kita ‘Selotep’ duit?

Screenshot 2023 05 29 153219

Dalam garis panduan Bank Negara Malaysia, memang ada dinyatakan bahawa duit yang telah digamkan atau di ‘selotep’ tidak lagi layak untuk kegunaan dan haruslah diganti.

Apabila melibatkan hal seperti ini, sebenarnya prosedurnya tidak memerlukan anda melekatkan kembali wang yang terkoyak tersebut, kerana selotep tidak membantu mengekalkan nilainya.

Apa yang patut anda buat adalah simpan cebisan wang tersebut sebaik mungkin di tempat yang selamat, agar anda dapat mengekalkan nilai asal wang tersbeut tanpa perlu hilang saiz asalnya.

Bawa wang itu dalam versi koyak ke Bank Negara untuk pertukaran. Asalnya saiznya masih melebihi 2/3 saiz asalnya, kemungkinan anda mendapat wang tersebut dengan nilainya penuh.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Iluminasi