Home Kdrama/Kmovie 6 K-Drama Kelakar Untuk Menceriakan Hari Anda & ‘Bye Bye’ Stress

6 K-Drama Kelakar Untuk Menceriakan Hari Anda & ‘Bye Bye’ Stress

0

Adakah anda sedang mencari cerita Korea untuk terbangkan stress? Berikut 6 K-drama untuk anda happy-happy:

#1 Business Proposal

Shin Ha-ri bekerja di sebuah syarikat produk makanan sebagai penyelidik. Kawan baiknya, Jin

Young-seo yang kaya dan nak cari jodoh sendiri sering diatur keluarganya untuk pergi blind date dengan chaebol lain jadi dia minta tolong Ha Ri gagalkan usaha tersebut.

Sebelum ini Ha Ri pernah menyamar jadi bff dia itu dan gagalkan dating itu dengan jayanya selepas berpura-pura kena rasuk. Namun kali ini lain kerana rupanya lelaki yang dia bakal tolak bagi pihak bestie dia itu adalah bos di tempat kerjanya yang baru balik ke Korea.

Baca lagi: Terdapat Beberapa Persamaan Di Antara ‘A Business Proposal’ Dan Drama Hit Yang Sebelum Ini

Baca lagi: 5 K-Drama Bertemakan Romantik Komedi Yang Pastinya Menjadi Pilihan Ramai

#2 The Fiery Priest

Drama ini mengisahkan seorang paderi Katolik yang garang dan pemarah. Kes pembunuhan seorang paderi tua yang baik dengannya telah membuatkan dia menggenggam penumbuk untuk cari si dalang.

Bagi membasmi orang jahat, dia bekerjasama dengan seorang detektif dari Stesen Polis Gudam yang kelam kabut.

#3 Sound of Your Heart

https://www.youtube.com/watch?v=Dhy-5Cq5r3c

Jo Suk bercita-cita nak jadi artis komik terkenal. Setelah beberapa kali komiknya ditolak oleh penerbit, dia hampir putus asa. Tambahan pula, emaknya asyik suruh dia cari kerja tetap.

Suatu hari, Jo Suk nekad hantar karyanya yang berisi cerita kehidupan sehariannya bersama keluarga dan teman wanitanya ke sebuah webtoon. Tanpa disangka-sangka, cerita itu mendapat sambutan hangat.

#4 Welcome to Waikiki

Tiga lelaki iaitu Dong Gu, Du Shik & Jun Ki bersama Seo Jin mengendalikan sebuah rumah tamu bernama ‘Waikiki Guesthouse’ untuk kumpul duit nak buat filem.

Perancangan mereka sedikit belok apabila seorang ibu tunggal bersama bayinya datang ke rumah itu. Kemudian, bekas kekasih Dong Gu pun nak tinggal di dalam rumah tersebut. Drama itu berpusing keliling watak itu.

#5 My Father Is Strange

Seorang lelaki warga emas hidup tenang-tenang bersama keluarganya. Namun suatu hari, ketenangan itu terganggu dengan kehadiran seorang pelakon lelaki yang mengaku sebagai anaknya dan tinggal di rumahnya.

#6 Strong Woman Do Bong Soon

Do Bong Soon merupakan seorang penganggur yang gagah perkasa. Gadis itu sangat kuat sampai boleh tumbangkan sekumpulan lelaki dewasa.

Kemudian dia ambil bekerja oleh seorang CEO untuk jadi bodyguard. Lama kelamaan mereka jadi rapat dan berlawan penjahat sama-sama.