Home Entertainment Lima Bintang Ini Memilih Wanita Yang ‘Chubby’ Sebagai Gadis Idaman Mereka

Lima Bintang Ini Memilih Wanita Yang ‘Chubby’ Sebagai Gadis Idaman Mereka

0

Menjelang musim panas yang akan datang tidak lama lagi, bintang-bintang ini akan membawa peminat wanita mereka kembali ke meja makan dan bukan diet! Ini kerana mereka mengakui lebih mengutamakan wanita ‘chubby’ sebagai gadis idaman mereka.

Hal ini telah membuatkan peminat berasa teruja kerana kelima-lima bintang ini merupakan jejaka idaman ramai yang mempunyai tubuh badan yang sempurna dan kelihatan maskulin.

Jom temui lima bintang lelaki ini yang mampu menggembirakan gadis-gadis yang berbadan gempal.

Nam Joo-hyuk

Bintang pertama yang diperkenalkan ialah Nam Joo-hyuk, seorang pelakon terhangat pada masa ini menerusi wataknya dalam “Twenty-five, Twenty-one” tvN.

nam joo hyuk twenty five twenty one 18032022 3

Nam Joo-hyuk berkata pada MBC “The Manager,” “Saya tidak melihat penampilan luar seseorang itu” sambil menambah, “Saya suka seseorang yang mempunyai hati yang cantik.”

Selain itu, dia telah menarik perhatian peminat dengan membuat kenyataan bahawa dia menyukai orang yang berbadan gempal.

BTS Jin

Bintang terkenal dunia BTS Jin juga merupakan salah satu bintang yang tertarik dengan wanita montel.

Pada masa lalu, Jin menulis ucapan terima kasih kepada Lee Kuk-joo dalam albumnya “Thanks to” dan malah terpalit dengan khabar angin tentang hubungan romantisnya bersama dengan Lee Kuk-joo.

BTS Jin 0703221

Sebagai tindak balas, Lee Kuk-joo muncul di “Radio Star” MBC dan menafikan khabar angin tersebut dan berkata, “Perempuan ideal Jin ialah seorang wanita yang gempal. Yang kelakarnya selalunya orang pandang saya dan kata saya macam babi. Tetapi sekarang, mereka cakap saya chubby,” katanya, membuatkan orang disitu ketawa.

Jang Ki Yong

Pelakon Jang Ki-yong juga ada menyebut jenis idealnya dalam temu bual “Confession Couple” KBS2 pada 2017.

Jang Ki Yong 140122

Pada masa itu, Jang Ki-yong mendedahkan jenis idealnya yang tidak dijangka, berkata, “Saya suka wanita yang chubby dan makan dengan baik,” sambil menambah, “Saya pernah bertemu dengan orang seperti itu sebelum ini.”

Kim Jong-kook

Kim Jong-kook yang mempunyai susuk tubuh yang luar biasa juga berkata wanita bertubuh gempal adalah jenis idealnya.

kim jong kook 11022022 1

Pada masa lalu, Kim Jong-kook telah muncul di “Healing Camp ” SBS dan berkata, “Untuk berkongsi emosi, saya fikir adalah lebih baik untuk mempunyai seseorang yang tidak mempunyai jurang umur yang telalu besar daripada saya.”

Dia juga mengakui bahawa dia menyukai orang yang sedikit gempal berbanding dengan orang yang kurus.

Baca lagi: Tepi Sikit K-Drama, Ini 5 Drama Thailand Yang Anda Boleh Layan Sambil Makan Tom Yam

Joo Ji-hoon

Pelakon Joo Ji-hoon, yang mempunyai rupa menawan dan susuk tubuh yang luar biasa, juga antara bintang yang meminati wanita montel.

Joo Ji Hoon 2511213

Dia, yang muncul di “Entertaiment Weekly” KBS2 pada awal debutnya, berkata, “Saya suka wanita tembam dengan ketinggian yang pendek.”

Kemudian, dalam temu bual dengan saluran media, dia menambah jenis idealnya, berkata, “Saya mahu bercinta dengan seseorang yang seperti kucing.” 

Sumber: Kbizoom