Home Entertainment 6 Fakta Tentang Jeon Ho Young, Jom Kenalinya

6 Fakta Tentang Jeon Ho Young, Jom Kenalinya

0

Jeon Ho Young sekarang ini sedang mencuri perhatian apabila siri Netflix XO, Kitty (2023) menjadi bualan hangat

IMG 8004

Kehebatannya sewaktu melakonkan watak Dae dalam To All the Boys: Always and Forever (2021) kembali dibicarakan.

Turut menyertai Boys Planet (2023) dan menjadi trainee bintang idol, Jeon Ho Young tidak melakonkan watak Kim Dae Heon dalam spin-off To All the Boys yang bertajuk XO, Kitty tersebut.

Jom kita kenal lebih dekat dengan Jeon Ho Young!

Jeon Ho Young

1. Biodata
● Nama penuh: Jeon Ho Young
● Tarikh lahir: 25 November 2004
● Tempat lahir: Korea Selatan
● Negara: Korea Selatan
● Tinggi: 178 cm
● Pekerjaan: Pelakon dan bintang idol
● Tahun aktif: 2018 hingga sekarang
● Agensi: OUI Entertainment

5c71f6df 31c0 42f1 aa0f ef137a7f8b7d2. Perjalanan karier
Jeon Ho Young mmulakan karier sebagai pelakon cilik menerusi drama siri Lady Cha Dal-Rae’s Lover (2018). Setelah itu, dia muncul sebagai cameo dalam drama siri Yumi’s Cells (2021) dan Ghost Doctor (2022).

Bintang idol yang menjadi naungan OUI Entertainment ini pernah membawa watak Dae dalam filem To All the Boys: Always and Forever (2021). Dia juga menyertai program survival Boys Planet (2023) dengan menduduki ranking terakhir 71.

ec32a619 2653 4d20 978a 299d2918224d3. Filemografi
Walaupun bermula sebagai pelakon kanak-kanak cilik, kini Jeon Ho Young sedang menjalani latihan di OUI Entertainment untuk menjadi bintang idol.

Berikut adalah senarai filemografi pemuda kacak ini:

Drama
● Lady Cha Dal-Rae’s Lover (2018) sebagai Kang Dong Hyun
● Yumi’s Cells (2021) sebagai Koo Woong sewaktu remaja
● Ghost Doctor (2022) sebagai Han Seung Won sewaktu remaja
● Never Give Up (2022) sebagai Ballee
Filem
● To All the Boys: Always and Forver (2021) sebagai Dae

Survival Show
● Boys Planet (2023)

IMG 8005

4. Fakta menarik

● Hobi Jeon Ho Young adalah membaca buku, serta menonton drama dan filem. .
● Dia mahir berbahasa Korea dan Inggeris.
● Idolanya adalah Mark NCT dan Park Jungmin.
● Jeon Ho Young sudah menjadi trainee di OUI Entertainment sejak tahun 2022.
● Jeon Ho Young pernah menimba ilmu di sekolah Antarabangsa Turki.

9d262bf9 3568 4211 a9df e68afdbf7751

5. Jeon Ho Young berakhir dengan ranking ke-71 di Boys Planet (2023)
Jeon Ho Young diperkenalkan sebagai peserta Boys Planet pada 29 Disember 2022. Survival show ini ditayangkan pada 2 Februari 2023.
Pada penilaian pertama, dia dan Choi Seung Hun membawakan lagu “Love Scenario” (2018) dari iKON.

Pada awalnya hanya mendapat satu bintang, tetapi di penilaian seterusnya dia mendapat dua bintang. Manakala di K vs G Group Battle, Ho Young menjadi rapper utama utama lagu “Burn It Up” (2017) dari Wanna One, serta mendapat 57 markah.

Sayangnya, dia terkeluar pada episod 5 dengan ranking terakhir tempat ke 71.
IMG 8002 scaled6. Jeon Ho Young sebagai Dae dalam To All the Boys: Always and Forever (2021)
Pada adegan awal To All the Boys: Always and Forever, Kitty (Anna Cathcart) dan keluarganya bercuti ke Korea Selatan. Di sana, dia bertemu dengan Dae yang dilakonkan oleh Jeon Ho Young.

Pada waktu itu, Kitty meminta tolong Dae untuk mengabadikan kenangan dirinya dan keluarga. Setelah itu, kedua-duanya kerap berkirim pesan hingga menjalin hubungan cinta jarak jauh.

Tapi Ho Young hanya menjadi Dae di trilogi ke-3 To All the Boys sahaja. Kemungkinan besar kerana dia sedang sibuk sebagai trainee dan juga tampil di Boys Planet (2023).

Namun Ho Young sendiri tidak pernah mengesahkan sebab dia tidak muncul dalam XO, Kitty (2023).

XO, Kitty (2023) dan Choi Min Young kini sedang viral, Ho Young juga sekaligus kembali menjadi bahan bualan kerana wataknya digantikan dengan Choi Min Young. Para penonton tertanya-tanya kenapa watak Dae digantikan. Namun, Choi Min Young sebagai Dae juga telah berjaya meraih banyak pujian hasil kemampuan dia berbahasa Inggeris dan juga lakonannya yang menghiburkan.

Baca Lagi: 14 Watak Kdrama, Terpaksa Kehilangan Keluarga Akibat Dibunuh

Baca Juga: Choi Min Young, 9 Kdrama Yang Dibintanginya

Baca Juga: 7 Pelakon Kanak-kanak Membintangi Kdrama 2023