Home News Choi Min Young, 9 Kdrama Yang Dibintanginya

Choi Min Young, 9 Kdrama Yang Dibintanginya

0
Choi min young

Apakah 9 Kdrama yang dibintanginya Choi Min Young? Jom semak!

Siri XO, Kitty sedang hangat dibicarakan oleh para peminat filem dan juga Kdrama. Selain merupakan spin off dari trilogi To All The Boys yang menceritakan kisah cinta dan pengembaraan Kitty di Seoul, Korea Selatan, kisah ini juga dibintangi oleh ramai pelakon muda Korea yang berbakat.

Salah seorang daripada pelakon yang membintangi siri tersebut adalah Choi Min Young yang membawa karakter Dae. Banyak rezeki dalam dunia lakonan, Choi Min Young juga berjaya mencuri perhatian kerana penampilannya yang memukau.

Jom sama-sama kita lihat 9 Kdrama yang dibintangi oleh Choi Min Young seperti di bawah ini:

547bc06d 6690 4310 884c ee78147c5a261. Berlakon dalam satu drama yang sama dengan Kim So Hyun, Choi Min Young membawa watak pelakon pembantu “Woo Ji Woo” dalam drama romantik Radio Romance (2018)

2b785ad6 9e38 4163 99a5 1e772d2d66982. Dengan wajah remajanya yang sesuai sebagai seorang pelajar sekolah menengah, dia sering diminta untuk membawa karakter utama versi muda, seperti dalam Chicago Typewriter (2017), Min Young melakonkan karakter Se Joo sewaktu muda

0e34a51a f82f 41b4 a264 c4fad1faee423. Begitu juga dalam drama You Are My Spring (2021), Min Young muncul dalam beberapa episod sebagai versi muda untuk karakter Choi Jung Min yang dibintangi oleh Yoon Park

50b0457c 238f 40ad 8b86 a09ddb1f6e944. Dalam drama Strong Woman Do Bong Soon, Choi Min Young tampil sebagai karakter Im Kook Doo versi muda

e677c8fa 8745 4f9a a09b 0f54234040245. Debut lakonannya sejak tahun 2014, “The Magic Thousand – Character Classic” menjadi drama debutnya sebagai watak utama dalam drama yang membawa genre komedi dan fantasi tersebut

904e50d7 208b 42df bc41 aebef8f2944b6. Drama siri terakhir sebelum membawa watak Dae dalam XO, Kitty, Choi Jung Min menjadi adik Nam Joo Hyuk dalam Twenty-Five Twenty-One (2022)

4091faab b684 4e86 8cdf e536c0b82a517. Bukan hanya drama romantik, Choi Jung Min juga muncul sebagai pelakon pembantu dalam drama misteri thriller iaitu Confession (2019)

80d15cfb e2e7 4559 b67b f278658c6c928. Pelakon ini juga pernah muncul dalam drama Itaewon Class (2020), dia melakonkan karakter Jang Dae Hee sewaktu muda yang penuh dengan impian dan cita-cita tinggi

Choi min young b979a85a 60d3 4702 88dc 03e36a3e274c 1

9. Walaupun muncul sebagai pelakon pembantu, lakonannya sebagai Gu Dong Mae sewaktu muda dalam Mr. Sunshine (2018) memang layak mendapat pujian. Lakonannya sangat berkesan dan masih menjadi ingatan!

Muda, berbakat, dan sangat bekerja keras. Namanya melambung naik setelah membintangi XO, Kitty, para peminat setianya berharap agar dapat menyaksikan lakonan Choi Min Young dalam lebih banyak drama siri dan filem selepas ini.

Baca Lagi: Uhm Jung Hwa Pernah Berlakon Adegan Panas Dengan 5 Pelakon Lelaki Ini

Baca Juga: 23 Artis Korea Dari Keluarga Kaya