Home News Uhm Jung Hwa Pernah Berlakon Adegan Panas Dengan 5 Pelakon Lelaki Ini

Uhm Jung Hwa Pernah Berlakon Adegan Panas Dengan 5 Pelakon Lelaki Ini

0

Uhm Jung Hwa pernah berlakon adegan panas dengan 5 pelakon lelaki Ini, siapakah 5 pelakon lelaki bertuah itu? Jom kita lihat!

Bintang idol yang juga merupakan pelakon wanita tersohor iaitu Uhm Jung Hwa kini sedang mencuri pehatian ramai menerusi drama Korea terbarunya yang berjudul Doctor Cha.

Uhm Jung Hwa dikenali sebagai pelakon yang sangat versatile, dia boleh membawa bermacam jenis watak dengan baik.

Jangan terkejut!

Pada awal debutnya sebagai pelakon, dia telah beberapa kali diminta untuk melakukan aksi dan adegan panas dengan pelakon lelaki yang bergandingan dengannya.

Jom kita lihat senarai pelakon lelaki yang sebelum ini pernah bergandingan dengan Uhm Jung Hwa dan pernah beradegan panas bersama:

Uhm Jung Hwa

1. Park Seo Joon dalam A Witch’s Love (2014)

A Witch’s Love (2014) mengisahkan tentang seorang penulis wanita, Ban Ji Yeon (Uhm Jung Hwa) yang sangat berdedikasi dalam kerjanya. Dia dipanggil sebagai witch atau ‘ahli sihir’ karena rela melakukan apa sahaja untuk mendapatkan maklumat.

Yoon Dong Ha (Park Seo Joon) adalah seorang jejaka muda yang melakukan pelbagai kerja untuk bertahan hidup. Mereka berdua kemudian bertemu sewaktu Ban Ji Yeon sedang mencari maklumat. Wanita itu turut membohongi Yoon Do Ha untuk tidur dengannya demi mendapatkan identiti sebenarnya.

e09e3700 d97c 45e4 aa50 3b79db9cd0e12. Lee Jae Yoon dalam Venus Talk (2014)

Bintang ini juga membintangi filem Korea yang berjudul Venus Talk pada tahun 2014. Dia memegang karakter bernama Shin Hye iaitu seorang penerbit televisyen. Dia kemudian menjalin hubungan dengan juniornya yang jauh lebih muda daripadanya iaitu Hwang Hyun Seung (Lee Jae Yoon).

738e4966 6735 413c 923d 4ffb449962c5

3. Lee Dong Gun dalam Love Now (2007)

Filem ini mengisahkan tentang dua pasang suami isteri yang hubungannya sedang berada di hujung tanduk. Artis serba boleh ini melakonkan karakter yang bernama Yu Na yang memiliki suami, Min Jae (Park Yong Woo).

Empat karakter utama dalam filem Love Now akhirnya bertukar pasangan kerana saling suka terhadap satu sama lain. Yu Na akhirnya menjalin cinta dengan suami So Yeo (Han Chae Young), iaitu Young Jun (Lee Dong Gun). Uhm Jung Hwa dan Lee Dong Gun melakukan adegan ranjang untuk filem ini.

3f37a97f dc8e 4a1d 8166 07266368de4f4. Lee Beom Soo dalam Singles (2003)

Filem Singles menceritakan tentang tiga orang yang bersahabat baik, terdiri daripada dua orang wanita dan seorang pemuda. Wanita ini mengambil watak sebagai Dong Mi. Manakala dua sahabatnya adalah Na Nan (Jang Jin Young) dan Jeong Joon (Lee Beom Soo).

Persahabatan mereka berubah sewaktu Dong Mi dan Jeong Joon melakukan hubungan seksual. Mereka akhirnya dihadapkan dengan pilihan untuk terus bersahabat atau memutuskan hubungan tersebut.

b1c30279 f918 4d68 9c66 0ad42dd67e3e

5. Kam Woo Sung dalam Marriage is a Crazy Thing (2002)

Marriage is a Crazy Thing mengisahkan tentang dua orang yang sedang mencari pasangan untuk hubungan serius. Mereka adalah Yeon Hee (Uhm Jung Hwa) dan Joon Young (Kam Woo Sung).

Walaupun pendapat mereka tentang perkahwinan adalah berbeza, mereka terus bertemu untuk “bersenang-senang” dan berhubungan seks. Pasangan ini kemudian merasakan dilema adakah mereka harus mara ke tahap yang lebih serius atau tetap menjalankan hubungan kasual mereka.

IMG 7558

Sebagai pelakon wanita senior, wanita berani dan serba boleh ini sudah berkali-kali melakonkan watak yang memerlukannya melakukan adegan panas di hadapan kamera. Walaupun begitu, dia tetap boleh menjalankannya dengan profesional. Uhm Jung Hwa merupakan antara selebriti wanita yang paling berpengaruh di Korea Selatan.

Uhm memulakan kerjaya sebagai pelakon dalam filem Korea “Marriage Story” pada tahun 1992, tetapi peranannya dalam filem “The Marriage Life” pada tahun 1994 yang membawa pengiktirafan meluas dan pujian kritisnya. Penggambaran Uhm tentang pengantin muda yang terpaksa berkahwin dengan lelaki yang lebih tua dan kaya memenangi Pelakon Wanita Terbaiknya di Anugerah Persatuan Pengkritik Filem Korea dan Anugerah Grand Bell.

Dia telah memenangi beberapa anugerah untuk lakonan lainnya, termasuk Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Filem Naga Biru, Anugerah Seni Baeksang, dan Anugerah Grand Bell.

IMG 7556

Selain kerjaya lakonannya, Uhm Jung-hwa juga seorang penyanyi yang berjaya dan telah mengeluarkan banyak album sepanjang kerjayanya. Dia terkenal dengan vokal dan persembahan tarian yang kuat, dan muziknya sering digunakan sebagai runut bunyi untuk projek filem dan dramanya.

JOM JADI 20 ORANG TERPILIH MENDAPAT GIVEAWAY DARI KANG TAE OH!

IMG 7579

1. Klik dan Follow Instagram official Glampalm di bawah ini

2. LIKE & KOMEN post di IG Glampalm dan tulis “#GlamPink

Dan anda hanya perlu tunggu pihak kami menghubungi anda untuk kami berikan giveaway yang berupa photocard “Kang Tae Oh” berserta tandatangannya dan cenderahati Glampalm bernilai RM65! Jadilah 20 followers yang bertuah itu! Ayuhh!!

Baca Lagi: 10 Foto Uhm Jung Hwa, Memukau Diawal Kemunculannya

Baca Juga: Uhm Jung Hwa – 10 Cerita Yang Dibintanginya