Home News Lelaki Ini Tidak Kisah Digelar Sebagai Pengutip Sampah, Gajinya Pula Buat Ramai...

Lelaki Ini Tidak Kisah Digelar Sebagai Pengutip Sampah, Gajinya Pula Buat Ramai Yang Tak Sangka

0

Lelaki ini tidak peduli kata orang, sanggup digelar sebagai pengutip sampah di Singapura sebab gaji lebih RM9,000 sebulan. Bukan satu perkara baharu untuk seseorang rakyat Malaysia memilih negara jiran, Singapura sebagai sumber menjana pendapatan mereka.

Dengan kadar pertukaran mata wang yang tinggi dari dolar Singapura ke Ringgit Malaysia, langkah mencari pekerjaan di Singapura dan kesanggupan untuk berulang-alik dari Johor pada setiap hari merupakan sesuatu yang boleh dianggap normal pada zaman ini.

Begitulah kehidupan seorang jejaka tempatan dari Johor Bahru ini, pekerjaan yang dipilih olehnya di Singapura sedikit berbeza berbanding individu lain. Lelaki ini dikenali sebagai Ezzaiky yang berkongsi kisah hidupnya, mengapa dirinya sanggup bergelar seorang pengutip sampah di Singapura.

Katanya, dia boleh memperolehi pendapatan bulan sekitar RM6,000 ($1,870) hingga RM9,600 ($2,980).

Screenshot 2023 05 22 161602

Biarpun dia mengakui kehidupan bekerja di Singapura tidaklah seindah yang dijangka, dia masih bersyukur kerana kini mempunyai pekerjaan yang stabil. Ia sedikit sebanyak membuatkannya lebih bersemangat serta tidak merungut.

Ada yang mempersoalkan keinginannya bergelar seorang pengutip sampah, namun beliau memberi respon mengatakan peratusan pekerja di Malaysia yang memperolehi gaji lumayan tidaklah tinggi dan ia selalu tertumpu kepada golongan yang mempunyai kelayakan pendidikan berprestij.

“Bekerja di Singapura bermakna saya perlu kuat. Saya kena hadap kesesakan trafik dan sebagainya, tapi saya tidak merungut kerana saya bersyukur ada pekerjaan”

Screenshot 2023 05 22 161651

Lelaki ini juga mengatakan bukan beliau tidak mahu kerja di sebuah kilang kerana sudah terbiasa bekerja di luar dan bila mendapat pekerjaan yang perlu duduk setempat dirinya mudah mengantuk dan tidak senang duduk.

“Saya bukan tak nak kerja kilang. Dulu saya dah pernah try kerja kilang tapi tak boleh sebab saya sudah terbiasa kerja di luar. Bila perlu duduk setempat, saya jadi tak senang duduk dan mengantuk”

Dari kisah lelaki ini kita boleh lihat, usaha darinya yang bukan senang untuk menyara hidup sendiri serta keluarga apatah lagi di negara orang.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Selayang