Home Disney+ 5 Persoalan dalam Blood Free yang Perlu Terjawab di Episod Akhir, Makin...

5 Persoalan dalam Blood Free yang Perlu Terjawab di Episod Akhir, Makin Intense

0

Drama Korea Blood Free (2024) hanya berbaki dua episod akhir sahaja lagi yang akan ditayangkan minggu ini. Perjalanan Yun Ja Yu (Han Hyo Jo) dalam merealisasikan ideanya sudah hampir mencapai pengakhiran. Begitu juga dengan usaha Woo Chae Woon (Ju Ji Hoon) yang berjuang untuk mengungkap insiden keganasan di AZORAN.

Namun, rupa-rupanya masih banyak persoalan yang belum terjawab hingga episod 7-8 yang ditayangkan pada hari Rabu, 1 Mei 2024 baru-baru ini. Berikut dibawah ini adalah huraian beberapa persoalan dan misteri yang perlu terjawab di episod akhir drama Blood Free. Mari kita lihat bersama ya!

Perhatian artikel ini mengandungi spoiler.

 

1. Motif Jeong Hae Deun khianat

efcf9450 2e27 47ec be03 6b228c2d02beJeong Hae Deun (Park Ji Yeon) merupakan pengintip bagi Seonu Geun (Eom Hyo Seop) dari Dorson. Seonu Geun ingin mengambil alih BF untuk meraih keuntungan. Namun motif Jeong Hae Deun menjadi orang suruhan Seonu Geun masih belum diketahui.

Jeong Hae Deun diseksa secara psikologi di makmal rahsia BF. Walau demikian, dia masih belum mahu mengaku. Muncul gambaran-gambaran mangsa demonstrasi terhadap BF di fikiran Jeong Hae Deun.

Apakah hubungan wanita itu dengan para penunjuk perasaan?

 

2. Adakah Yun Ja Yu menggantikan semua organnya?

fbb23714 5b0e 4cb2 87f0 342b9aedd500Untuk memenangi perlawanan melawan Dorson dan perdana menteri Seonu Jae (Lee Hee Jun), Yun Ja Yu berjanji akan menggantikan semua organnya dengan organ tiruan dari BF. Pembedahan berisiko tersebut akan diadakan secara live supaya masyarakat mendapat bukti kukuh. Yun Ja Yu berharap dengan langkah ekstrem ini masyarakat mengetahui niat baiknya dalam melakukan penyelidikan serta menghasilkan organ tiruan secara besar-besaran.

Woo Chae Won dan Yun Ja Yu jelas menolak idea ini kerana terlalu berisiko. Adakah Yun Ja Yu benar-benar melakukan pembedahan penggantian organ?

 

3. Misteri keganasan di AZORAN

0bf0a0ba 327c 400d 9da5 336ab87a6102

Usaha Woo Chae Won mengungkap tentang keganasan yang terjadi di AZORAN pada Januari 2024 hampir menuju kepada kesimpulan akhir. Dia kini mencurigai Seonu Geun sebagai dalang di sebalik letupan yang mengorbankan ramai kawan Woo Chae Won.

Adakah lelaki ini berjaya mendapatkan bukti serta menghuraikan insiden tersebut kepada masyarakat?

 

4. Nasib perdana menteri yang menentang Yun Ja Yu

58ab6d40 21ca 4663 9ba3 80c3f97383d4Seonu Jae ternyata memiliki penyakit hemofilia. Dia sangat berharap mahu menjadi tikus makmal Yun Ja Yu berkaitan organ tiruan yang dikeluarkan oleh BF. Namun Yun Ja Yu berkeras menolak kerana lelaki itu bersikap egois. Hingga akhirnya Seonu Jae menggerakkan barisan menteri untuk menggulingkan Yun Ja Yu dan menekan BF.

Yun Ja Yu melakukan gerakan besar dengan menjadikan dirinya tikus makmal untuk menarik perhatian publik. Bagaimanakah pengakhiran pertarungan mereka nanti?

 

5. Usaha Dorson mengambil alih BF

Blood freeSelain Seonu Jae, Yun Ja Yu juga perlu bertarung melawan Dorson. Dorson melakukan berbagai-bagai perkara kotor, termasuk pembunuhan.

Adakah Dorson menang dan berjaya mengambil alih BF?

Dua episod terakhir drama Blood Free akan memberikan penyelesaian dan penjelasan kepada semua konflik yang dihadapi oleh setiap watak. Pada pendapat anda, drama ini akan menyajikan pengakhiran yang menyenangkan atau sebaliknya?

Baca lagi: Blood Free Semakin Mendapat Tumpuan, Banyak Genre dalam 1 Drama, Kian Menarik
Baca juga: 4 Watak dalam Blood Free yang Menimbulkan Kesangsian dan Syak Wasangka, Ada Niat Tersembunyi?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here