Home Disney+ Uncle Samsik – 7 Perkara Menarik Tentang Watak Jin Ki Joo, Tayang...

Uncle Samsik – 7 Perkara Menarik Tentang Watak Jin Ki Joo, Tayang 15 Mei Nanti

0

Jin Ki Joo akan kembali menemui para peminatnya melalui drama Korea terbaru yang bertajuk Uncle Samsik. Pelakon wanita yang dilahirkan pada tahun 1989 ini bakal tampil sebagai salah satu watak utama bersama dengan Song Kang Ho, Byun Yo Han, Lee Kyu Hyung, dan Seo Hyun Woo. Dia akan bergandingan sebagai sepasang kekasih dengan Byun Yo Han.

Jin Ki Joo membuat para penonton dan peminat tidak sabar apabila dia mengatakan bahawa watak yang dibawanya kali ini sangat berbeza dari semua wataknya yang terdahulu. Still cut pelakon itu yang menampilkan ekspresi bimbang pada wajahnya juga membuatkan para penonton terus tertanya-tanya untuk mengetahui tentang babak-babak yang akan muncul kemudian.

Untuk mengetahui lebih lanjut, mari kita lihat beberapa perkara menarik tentang watak yang dibawa Jin Ki Joo dalam Uncle Samsik dibawah ini!

 

Uncle samsik
1. Jin Ki Joo membawa watak sebagai wanita dari kalangan terpelajar yang bernama Joo Yeo Jin. Dia merupakan pelajar terbaik jurusan Sastera Korea untuk kohotnya

 

 

 

Jin Ki Joo
2. Joo Yeo Jin mempunyai sifat yang jujur serta bijaksana. Sebagai orang terpelajar, dia memiliki banyak potensi dan boleh mencapai impiannya dengan mudah

 

 

 

5118a036 10f5 4939 90df 6e68f151db58
3. Untuk waktu ini, Joo Yeo Jin bekerja di pejabat bapanya yang merupakan anggota Majlis Kebangsaan. Dia membantu menguruskan beberapa perkara

 

 

 

86e91157 7af9 413a 80c0 fce977ea4c13
4. Joo Yeo Jin waktu ini sedang menjalin hubungan dengan Kim San (Byun Yo Han). Dia selalu ingin menyokong, tetapi juga selalu merasa bimbang tentang Kim San

 

 

 

4ce73b94 ead2 454a 9264 a26b8c8c229b
5. Tambahan pula setelah Park Doo Chil atau Pakcik Samsik (Song Kang Ho) hadir dalam kehidupan kekasihnya. Joo Yeo Jin menganggap Kim San telah berubah

 

 

0a736853 da45 4abc 9560 b64cb8705e09
6. Dia menyalahkan Pakcik Samsik dan meyakini bahawa dialah yang mengubah Kim San menjadi raksasa. Joo Yeo Jin dipenuhi rasa penyesalan tentang Kim San

 

 

80a83618 bd74 46fa 9453 8d0bae3b2631
7. Namun, Joo Yeo Jin tidak membiarkan dirinya terus mengelamun. Dia menjadi wartawan Aemin Ilbo dan mula belajar memandang dunia dengan objektif yang lebih jelas

Seperti yang dikatakan oleh Jin Ki Joo, kita tunggu wajah barunya sebagai Joo Yeo Jin dalam drama Uncle Samsik. Drama siri ini akan ditayangkan di Disney+ Hotstar pada 15 Mei 2024 dengan 5 episod sekaligus. Tidak sabar untuk melihat bagaimanakah perjuangan Pakcik Samsik dan Kim San menggapai impian untuk membawa perubahan pada negaranya dalam drama ini.

Baca lagi: 12 Drama Korea Baharu Sedia Tayang Mei 2024, Pelbagai Genre dan Mengujakan
Baca juga: Uncle Samsik Bakal Menemui Anda Tidak Lama Lagi, Kdrama Pertama Lakonan Song Kang Ho

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here