Home Artis Korea Uncle Samsik Bakal Menemui Anda Tidak Lama Lagi, Kdrama Pertama Lakonan Song...

Uncle Samsik Bakal Menemui Anda Tidak Lama Lagi, Kdrama Pertama Lakonan Song Kang Ho

0

Drama Korea terbaru bertajuk Uncle Samsik telah disahkan akan ditayangkan pada tahun 2024 dengan membariskan pelakon utama iaitu Song Kang Ho dan Byun Yo Han.

Akhirnya pelakon lagenda Song Kang Ho akan membuat kemunculan pertama sebagai pelakon drama. Peminat-peminat filem dan drama Korea pasti mengetahui bahawa sepanjang perjalanan karier Song Kang Ho selama ini, Song Kang Ho hanya membintangi filem sahaja dan tidak pernah terlibat dengan mana-mana drama siri.

Berikut ini adalah sinopsis dan senarai pelakon yang akan ditayangkan tidak lama lagi:

Sinopsis Uncle Samsik

Uncle samsik

Mengambil latar tahun 1960an di Korea, drama Uncle Samsik menyoroti zaman kekacauan dan rusuhan di Korea hingga munculnya seorang lelaki yang bergerak dalam bayangan, memanipulasi sistem demi kemajuan negara.

Dalam drama ini, terdapat watak seorang jejaka bernama Kim San (Byun Yo Han) yang digambarkan sebagai seorang lelaki yang idealistik, bercita-cita tinggi, dan bersemangat mahu mengubah nasib negaranya. Kim San hanya ingin mengubah negaranya menjadi negara industri dan
memberikan kemakmuran setaraf dengan negara Amerika kepada rakyat Korea.

659ed895 be70 4223 9abb aa0dbd6e2291Niat Kim San rupa-rupanya telah berjaya menarik perhatian Pak Doochill atau Uncle
Samsik (Song Kang Ho). Kim San dan Uncle Samsik bekerja sama membentuk
kesepakatan yang sukar dan menelusuri sistem yang kompleks sedia ada. Kedua-dua mereka berniat untuk merealisasikan tujuan bersama untuk masa depan
yang lebih baik. Adakah misi mereka akan berjaya?

 

Barisan Pelakon

f8c7823e f11c 4724 b68b a5306d5f5c59Selain Song Kang Ho, drama siri juga turut dibintangi oleh beberapa orang
pelakon terkenal yang lain yang membuatkan drama ini semakin menarik.

● Song Kang Ho sebagai Sam Sik
● Byun Yo Han sebagai Kim San
● Lee Kyu Hyung sebagai Kang Sung Min
● Seo Hyun Woo sebagai Jeong Han Min
● Jin Ki Joo sebagai Joo Yeo Jin
● Kim Min Jae sebagai Yoo Yeon Cheol
● Oh Seung Hoon sebagai Ahn Gi Cheol

 

d7d09792 5450 4f29 99f1 2e1e82af9534

Uncle Samsik merupakan projek drama Korea pertama bagi Song Kang Ho yang
dikenali sebagai pelakon Chungmuro yang telah mencipta nama dalam banyak filem
popular seperti A Taxi Driver (2017), Parasite (2019), Emergency Declaration (2022),
hingga Cobweb (2023).

Drama siri ini dijadualkan akan dikeluarkan di seluruh dunia melalui platform striming Disney+ pada separuh pertama 2024.

Baca lagi: 10 Bintang Kpop Ini Mempunyai Tabiat Tidur Yang Pelik
Baca juga: 10 Filem Aksi Komedi Korea Paling Laris, Penuh Komedi