Home Kdrama/Kmovie Makin Mendebarkan, Nothing Uncovered Episod 13-14 Beri Banyak Kejutan

Makin Mendebarkan, Nothing Uncovered Episod 13-14 Beri Banyak Kejutan

0

Jika pada episod sebelum ini, mata para peminat drama Korea Nothing Uncovered tertumpu pada kejahatan yang dilakukan oleh Yoo Yoon Young (Han Chae Ah). Pada episod 13 dan 14, mula terungkap kebenaran baru tentang penglibatan Seol Pan Ho (Jung Woong In) dalam setiap kes yang wujud dalam drama Korea ini.

Kejahatannya diselindung dengan rapi selama ini. Para wartawan dan detektif polis yang pernah mencurigainya susah untuk mendedahkan kejahatannya. Bahkan ada yang kehilangan nyawa kerana mempertahankan kebenaran. Disebalik itu semua, dia memiliki banyak alibi yang membuatnya sukar untuk ditangkap.

Semuanya terangkum dalam kebenaran dan penemuan baru yang terungkap dalam drama Nothing Uncovered episod 13 dan 14 di bawah ini.

 

Nothing uncovered 1. Kehidupan Seol Pan Ho yang misteri selama penayangan drama ini mula terkuak. Dia merupakan salah seorang dalang semua kes dalam drama siri ini

 

 

 

de3abc80 b627 45f5 a91e 55bd3bb3331f2. Bermula dari kematian Lee Na Ri, pembunuhan Cha Eun Sae, hingga bapa Seo Jung Won. Gong Joon Ho (Jung Ho Bin) adalah orang kanannya

 

 

 

6c4f8add 89d5 48b3 bb6e bebf7ef856d83. Seol Woo Jae (Jang Seung Jo) merupakan suspek kes langgar lari Lee Na Ri semasa zaman sekolah menengah. Kes ini juga menjadi punca bapa Seo Jung Won mati dibunuh

 

 

 

bc759d96 d15b 449e bb77 15b715bb6aa14. Lee Da Reun (Seo Bum June) berjaya menemui tempat saudaranya dikuburkan. Selepas itu dia dibunuh oleh Gong Joon Ho

 

 

 

6f132d08 3dd8 447e 9434 b1f2d048cdc05. Hubungan Mo Hyung Taek (Yoon Je Moon) dengan Seol Pan Ho sudah tidak seperti dulu, mereka saling menjatuhkan walau mereka berkawan

 

 

 

20cf1f29 0675 4814 96a0 779cc7705b7f6. Disebalik kejahatannya, Gong Joon Ho yang menguruskan Kim Tae Heon (Yeon Woo Jin) sejak kecil dan menyokong penuh dia menjadi detektif polis

 

 

 

03890de2 977d 47f2 b926 7470127363cb7. Walau Mo Soo Rin cuba membunuh Cha Eun Sae, dia terselamat. Selepas itu dia dibunuh oleh Gong Joon Ho

Penjenayah-penjenayah dalam drama Korea Nothing Uncovered saling berkaitan. Namun, mereka memiliki sebab masing-masing dan saling mencurigai. Selepas kejahatan Yoo Yoon Young dan Mo Soo Rin terungkap, bermula dari episod 13 para peminat drama ini mula dihadapkan dengan rahsia kejahatan Seol Pan Ho.

Adakah semua kebenaran baru yang ditampilkan pada episod 13 dan 14 ini merupakan perkara sebenarnya atau merupakan jalan untuk mengungkap kejahatan dari Mo Hyung Taek? Nantikan 2 episod akhir yang bakal ditayangkan pada 7hb-8hb Mei 2024.

Bagi yang belum menonton, Nothing Uncovered boleh anda tonton di Viu ya!

Baca lagi: KMovie Box Office “Love Reset” Kini di Viu – Kisah Lucu Pasangan Amnesia Yang Akan Bercerai
Baca juga: Watak Paling Kejam dalam Nothing Uncovered, Licik dan Penuh Tipu Daya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here