Home Artis Korea 5 Pelakon Lelaki ini Muncul dalam Siri Korea Februari 2024

5 Pelakon Lelaki ini Muncul dalam Siri Korea Februari 2024

0

Pelakon Choi Woo Sik kembali lagi dengan Kdrama Netflix terbaru A Killer Paradox. Membawa genre thriller, Woo Sik kali digandingkan dengan Son Sok Ku. Dengan membawa tema pembunuhan bersiri, kombinasi dua pelakon tersebut memang ditunggu-tunggu oleh para peminat drama Korea.

Februari ini juga sudah pun mempunyai deretan Kdrama yang luar biasa menanti untuk dinikmati para peminat Kdrama. Terdapat bebeberap siri baharu yang menarik dalam pelbagai genre seperti drama komedi romantik, seram thriiler, fantasi, dan misteri.

Bukan hanya Choi Woo Sik, terdapat beberapa orang pelakon lelaki Korea lain yang akan membuat kemunculan dalam Kdrama pada bulan Februari 2024 ini. Jom kita lihat dibawah siapakah pelakon lelaki yang bakal muncul membintangi drama Februari ini!

 

1. Lee Jae Wook (The Impossible Heir)

Pelakon lelakiMemukau dengan penampilannya dalam Death’s Game. Lee Jae Wook kembali membawa watak penting dalam The Impossible Heir. Kisah berkisar pada orang kelas bawahan yang menggunakan cara kejam untuk menyingkirkan golongan chaebol.

Lee Jae Wook akan membawa watak sebagai Han Tae Oh, lelaki dari golongan bawahan yang boleh bergaul dalam lingkaran golongan chaebol. Han Tae Oh adalah salah seorang dalang peristiwa besar yang menimpa setiap chaebol tersebut.

The Impossible Heir akan ditayangkan pada 28 Februari 2024.

Baca juga: 7 Pelakon Korea ini Pernah Bawa watak Sebagai Presiden Negara dalam Kdrama

2. Park Solomon (Branding In Seongsu)

PelakonSeperti tajuknya, Branding in Seongsu mengangkat kisah pekerja di salah sebuah pejabat di wilayah Seongsu. Park Solomon akan membawa watak sebagai Son Eun Ho. Dia digambarkan sebagai sorang pekerja paling senior yang menjalani hidupnya dengan santai.

Namun, Son Eun Ho perlu berurusan dengan pegawai atasannya, Kang Na Eon (Kim Ji Eun). Wanita itu adalah ketua pemasaran yang workaholic dan mempunyai perangai berbeza dengan Son Eun Ho. Dia dan Na Eon bertukar roh selepas berciuman secara tidak sengaja.

Branding in Seongsu akan ditayangkan pada 5 Februari 2024 nanti.

Baca juga: Cha Eun Woo Sedang Dilamun Cinta dengan Pelakon Dari Amerika?

3. Choi Woo Sik (A Killer Paradox)

469edeb6 aed4 456d 90b7 c568c3919828Kembali membuktikan kehebatannya dalam genre thriller, Choi Woo Sik merupakan salah seorang pelakon utama A Killer Paradox. Drama Korea ini menceritakan peristiwa pembunuhan bersiri dengan kisah menarik disebaliknya.

Choi Woo Sik akan membawa watak sebagai Lee Tang, seorang pemuda yang pernah menjadi pembunuh. Namun, kehidupannya tiba-tiba berubah dan dia menjadi hakim keadilan untuk setiap perbuatannya yang kejam.

A Killer Paradox akan ditayangkan pada 9 Februari 2024.

Baca lagi: 5 Pelakon Lelaki Korea ini Pernah Bawa watak sebagai Tukang Masak, Berjaya Curi Hati Penonton

4. Lee Jun Young (The Impossible Heir)

f3b6a99f 4916 404e 987f 6dffe96a93feBakal bergandingan dengan Lee Jae Wook, Lee Jun Young akan membawa watak berganda dalam The Impossible Heir. Wataknya memiliki dua keperibadian iaitu jahat dan baik.

Lee Jun Young akan membawa watak sebagai Kang In Ha, kawan Han Tae Oh (Lee Jae Wook) dan juga anak keluarga chaebol. Dengan impiannya yang besar, Kang In Ha bekerja sama dengan Han Tae Oh untuk menyingkirkan golongan chaebol yang berkuasa dengan kejam.

Baca lagi: 5 Pelakon Korea ini Pernah Bawa Watak Manusia dengan Kuasa Luar Biasa, Siapa Anda Paling Suka?


5. Moon Sang Min (Wedding Impossible)

9099a626 7ec1 4d05 a7e7 6f6438fd89ecWedding Impossible menceritakan kisah cinta artis dan chaebol yang diwarnai dengan perebutan takhta dan kuasa. Moon Sang Min akan menjadi anak seorang chaebol yang memiliki impian yang besar untuk mengalahkan abangnya, Lee Do Han (Kim Do Wan).

Suatu hari, Lee Do Han merancang perkahwinan palsu dengan kawan artisnya, Na Ah Jeong (Jun Jeong Seo). Lee Ji Han (Moon Sang Min) yang mengetahui perkara itu cuba membatalkan perkahwinan abangnya dengan membawa perempuan lain. Kisah menjadi rumit kerana ketiga-tiga saling terikat antara satu sama lain.

Wedding Impossible akan ditayangkan pada 26 Februari 2024 akan datang.

Lima pelakon lelaki di atas akan kembali dalam drama siri Korea pada bulan Februari 2024 ini. Jangan lupa untuk menonton drama siri dari bintang kesayangan anda ya!

Baca lagi: 6 Kdrama Baharu Tayang Pada Februari 2024, Pelbagai Genre
Baca juga: A Shop For Killers, Misteri 3 Watak Utama Yang Membantu Jinman