Filem ‘Parasite’ atau ‘Gisaengchung’ arahan pengarah terkenal Korea Selatan, Bong Joon-ho menjadi buah mulut ramai setelah memecah rekod sejarah sebagai filem bukan bahasa Inggeris pertama yang merangkul anugerah Filem Terbaik dalam Oscars.

Secara ringkasnya, filem ini mengisahkan tentang keluarga Kim yang miskin menyusup masuk bekerja dengan keluarga Park yang tinggal di sebuah rumah elit di Seoul.

Realiti jurang status taraf hidup masyarakat di Korea Selatan digarap dengan nada komedi dan mengangkat budaya warga Korea Selatan ke skrin dengan jayanya. Berikut 5 budaya yang dipaparkan dalam filem tersebut untuk kita lebih mengenali negara kimchi itu:

#1 Perlindungan Untuk Persiapan Perang Di Kediaman

1 11

Dalam pertengahan filem, penonton dikejutkan dengan kewujudan sebuah bilik bawah tanah rahsia yang dibangunkan sejak awal pembinaan rumah agam itu lagi.

Menurut perkongsian menarik daripada portal Iluminasi, pembinaan bilik bawah tanah merupakan satu perkara wajib bagi hartawan Korea terutamanya di Seoul. Hal ini sebagai langkah berjaga-jaga kerana stigma terhadap jiran sebelah iaitu Korea Utara.

Sekiranya berlaku lagi peperangan negara tersebut, antara jalan selamat adalah berlindung di bahagian bawah tanah rumah mereka dan amalan ini menjadi satu tradisi wajib ada bagi kelas berkemampuan di sana.

Tidak hanya kelompok elit, orang awam turut bersiap sedia. Di Seoul, terdapat unit apartment yang kedudukannya terletak separa bawah tanah. Tujuan asalnya hendak sebagai pusat perlindungan perang sebelum dijadikan kediaman bagi penduduk miskin.

Baca lagi: ‘Banjiha’: Penghuni Yang Tinggal Di Apartment Tingkat Bawah Tanah Seperti Dalam Filem Parasite

Baca lagi: Penggambaran Babak Banjir Filem ‘Parasite’ Dibuat Di Lokasi Ini

#2 Kualiti Udara Di Korea Selatan

2 1

Terdapat satu babak dalam filem itu di mana Puan Park berada di dalam kereta dan bersembang tentang kualiti udara yang dikatakan mujurlah tidak teruk pada hari itu. Ada sebab mengapa komen itu dibuat dan memang menggambarkan kehidupan seharian masyarakat Korea.

Memetik artikel Screen Rant, kualiti udara di Korea Selatan memang rendah kerana berjangkit dengan pencemaran udara di China dan beberapa bahagian di Asia yang tersebar menerusi angin.

Debu-debu halus dalam udara itu boleh memberi masalah kepada sistem pernafasan tubuh dan lantaran itulah ramai orang Korea memakai pelitup muka. Malah ada aplikasi khusus untuk beritahu berapa peratus kandungan debu halus dalam udara.

#3 Daging Mewah Dalam Ramen

3 8

Salah satu adegan popular dalam ‘Parasite’ adalah Puan Park makan Ram-don, gabungan dua perisa ramen bercampur dengan daging berkualiti tinggi.

Ramuan dalam hidangan yang dimakannya adalah daging Hanwoo, antara jenis daging paling mahal bukan setakat di negara asalnya bahkan di seluruh dunia. Ia dihasilkan daripada baka lembu yang kecil Korean Brown atau Korean Hanu berwarna coklat.

Daging ini biasanya dimakan ketika ada acara istimewa seperti kali pertama bertemu bakal mentua atau orang penting sebagai tanda hormat.

#4 Kakao Talk (WhatsApp Versi Korea)

4 8

Ketika permulaan cerita, anak-anak Kim cuba dapatkan Wi-Fi sehingga ke tandas. Dalam satu babak ni, emak mereka kata kalau tiada Wi-Fi, mereka tak dapat buka Kakao Talk.

Kakao Talk ini sama seperti WhatsApp dan ramai orang Korea menggunakan aplikasi ini untuk mesej dan berhubung. Aplikasi ini sungguh popular sampai jenama itu ada maskot karakter sendiri dan kedai-kedai yang menjual produk sendiri.

#5 Universiti SKY

5 9

Terdapat satu babak di mana ahli keluarga Kim memalsukan sijil kelulusan Yonsei University. Yonsei merupakan salah satu top universiti di Korea Selatan yang menjadi idaman ramai nak masuk.

Ia termasuk dalam tiga serangkai universiti SKY iaitu Seoul National University, Korea University, Yonsei University.

Menurut penulis blog Fluent Korean, menjadi pelajar atau alumni SKY ini merupakan tiket untuk bergaul atau networking dengan orang-orang berpengaruh kerana universiti-universiti ini hanya pilih pelajar terbaik sahaja.

Pengarah filem ‘Parasite’, Bong Joon Ho merupakan salah seorang alumni Yonsei University dalam bidang sosiologi. Ketika menang besar di Oscar, Yonsei tampal besar-besar banner gambar Bong di salah sebuah bangunan untuk turut meraikan kemenangannya.

6 6

Boleh Tengok Kat Mana Filem ‘Parasite’ Ni?

Sekiranya anda belum tonton atau nak tengok sekali lagi filem ‘Parasite’ ini, boleh tontonnya di Viu.

Selain ‘Parasite’, terdapat beberapa lagi filem menarik untuk dilayan.

433

qqqq11

Aktifkan Viu Premium supaya dapat menonton anime, filem, siri TV dan drama Asia termasuk dari Korea Selatan tanpa gangguan iklan. Pastikan juga anda download aplikasi Viu di smartphone supaya dapat menontonnya ke mana sahaja.

Previous articleAkhirnya Seo Ye Ji Mohon Maaf
Next articleIni Itinerari 3H2M Anda Jika Bersalji Di Gangwon, Korea Selatan