Home Entertainment Akhirnya Seo Ye Ji Mohon Maaf

Akhirnya Seo Ye Ji Mohon Maaf

0

Setelah menyepi hampir setahun kerana dilanda kontroversi mengenai hubungannya dengan Kim Jung Hyun, Seo Ye Ji akhirnya membuat permohonan maaf secara rasmi.

Tahun lalu, Seo Ye Ji dikecam hebat setelah Dispatch ‘melondeh’ mesej antara aktres itu dengan teman lelakinya Kim Jung Hyun pada ketika itu.

Laporan eksklusif Dispatch itu mendakwa bahawa Seo Ye Ji telah mengarahkan Kim Jung Hyun untuk meminta supaya skrip drama ‘Time’ pada 2018 yang turut dibintangi Seohyun Girls’ Generation itu diubah bagi menghilangkan sentuhan fizikal antara Jung Hyun dan pelakon utama wanita itu.

Meskipun agensi Seo Ye Ji membalas laporan itu dengan kenyataan rasmi, aktres itu sendiri senyap dan tidak menangani kontroversi itu secara peribadi pada masa itu, walaupun dia menarik diri daripada projek drama ‘Island’.

Pada 27 Februari, Seo Ye Ji mengeluarkan permohonan maaf secara rasmi berhubung kontroversi itu, lebih 10 bulan sejak laporan Dispatch itu pertama kali diterbitkan.

“Saya dengan tulus ikhlas memohon maaf kerana lewat menyampaikan perasaan saya menerusi kenyataan bertulis. Melihatkan semua celaan dan banyak perkara yang diperkatakan mengenai saya, saya mengambil masa untuk bermuhasabah diri sehingga kini.

“Saya ingin memohon maaf kerana telah membuat ramai orang tidak selesa dengan kelemahan diri saya. Sekali lagi, saya meminta maaf sebab telah mengecewakan anda.

“Semua ini berpunca daripada perangai saya yang tidak matang, dan saya akan berusaha keras untuk lebih berhati-hati dengan segala tindak-tanduk saya pada masa hadapan serta tunjukkan versi diri saya yang lebih matang.” tulis aktres tersebut.

Sumber: [1]