Cuba bayangkan, anda mahu ‘melarikan diri’ atau berehat sebentar daripada realiti kehidupan di bandar. Hujan salji di negara orang, hujan batu di negara sendiri, lagi best negara sendiri namun anda tetap mahu merasai pengalaman bersalji di negara orang,

Destinasi pilihan adalah Korea Selatan, kerana ia tidak jauh mana dan mungkin tidak terlalu mahal, kosnya masih boleh diurus.

Tetapi Seoul sudah mainstream sangat, dibanjiri ramai pelancong kerana penangan K-Pop, K-Drama dan K-lifestyle. Mana lagi agaknya tempat unik di Korea yang tidak ramai tahu?

Lantas anda pun buat carian di internet dan terjumpa satu tempat bernama Gangwon. Berdasarkan maklumat yang dijumpai, ia dikatakan kawasan paling bersalji di Korea semasa musim sejuk bermula dari bulan November hingga Mac dengan pemandangan gunung yang memukau.

Bayangkan juga saat itu corona sudah jemu duduk di bumi dan berpindah ke Marikh, tiket penerbangan murah lalu diringkaskan cerita anda pun terbang sampai ke Gangwon untuk 3 hari 2 Malam. Tambahan pula kini Gangwon Snow Festa 2022 sedang berlangsung!

Hari Pertama

#1 Wondaeri Birch Forest

1 12
Kredit: Gangwon Province

Di hutan pokok birch yang dilitupi salji ini, anda berasa bagaikan seperti berada di dalam buku cerita dongeng versi dunia nyata.

Kawasan seluas 138 hektar ini dikelilingi sekitar 700,000 batang pokok birch. Berjalan-jalan di trek sejauh kira-kira 3.5 km yang disediakan menyajikan healing experience buat anda.

#2 Rasai Pengalaman Festival Musim Sejuk

2 10
Kredit: Gangwon Province

Salah satu festival popular di Wilayah Gangwon adalah Festival Ais Hwacheon Sancheoneo. Ketika musim sejuk, permukaan perairan Hwacheon lazimnya membeku. Pemancing biasanya akan membuat lubang pada ais dan mula memancing sancheoneo (salmon Masou).

Jangan risau jika ini kali pertama anda cuba menangkap ikan cara ini kerana penduduk tempatan sentiasa bersemangat untuk membantu dan mengajar teknik tersebut. Bila sudah berjaya tangkap, boleh masak dan makan dengan penuh stail.

#3 Alpaca World

3 9
Kredit: Gangwon Province

Sekiranya anda pernah baca komik Lawak Kampus karya Keith, mesti teringatkan alpaka comel itu kan? Alah, haiwan yang Bepop bela tu. 😆

Di Korea, ada satu tempat ini penuh dengan alpaka. Terletak di Gangwon-do, Alpaca World ini menempatkan banyak alpaka jinak dan haiwan lain seperti rusa, burung hantu dan arnab.

Anda boleh membawa alpaka tu jalan-jalan, beli makanan dari mesin layan diri untuk baginya makan dan pelbagai aktiviti lain. Yang penting jangan gondol bulu dia buat baju sejuk atau sweater tau!

#4 Main Ski Di Vivaldi Park

4 9
Kredit: Gangwon Province

Menurut portal Tripzilla, salah satu resort ski yang mesra bajet di Korea adalah Sono Belle Vivaldi Park. Lokasinya juga tidak jauh daripada lokasi penggambaran K-drama seperti ‘Legend of the Blue Sea and That Winter, The Wind Blows’.

Selain itu, resort ini juga menjadi pilihan pelancong Muslim kerana terdapat ini satu-satunya ski resort yang mempunyai restoran halal yang diiktiraf di Wilayah Gangwon dan turut dilengkapi surau.

Bagaimanapun, Vivaldi Park bukanlah satu-satunya resort ski yang ada di Gangwon. Ada beberapa lagi resort lain seperti Alpensia Ski Resort, Yongpyong Resort dan High1 Resort.

4b
Kredit: Gangwon Province

Alpensia Ski Resort merupakan salah satu pusat peranginan ski terbaik di Korea Selatan kerana terdapat banyak cerun, termasuk untuk cerun lembut yang sesuai bagi pemain ski untuk level pemula. Bagi yang sudah mahir pula, ada banyak cerun yang lebih curam di resort. Resort ini turut dilengkapi dengan kemudahan asas ski.

4c
Kredit: Gangwon Province

Satu lagi destinasi pusat peranginan ski bertaraf dunia adalah Yongpyong Resort. Meupakan resort ski pertama dan terbesar di Korea, ia turut mempunyai beberapa cerun ski yang paling mengagumkan di Asia dan pernah mengelola acara perlumbaan ski bagi Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018.

4d
Kredit: Gangwon Province

Terletak di sepanjang Pergunungan Taebaek, sebuah lagi resort ski popular yang menawarkan pemandangan musim sejuk yang menakjubkan adalah High1 Resort. Tempat ini menanti anda bagi mencipta memori percutian musim sejuk bersama keluarga dan pastikan ia berada dalam radar anda semasa ke Gangwon, Korea Selatan!

Hari Kedua

#5 Donghae Nongoldam-gil Street

5 10
Kredit: Gangwon Province

Street art bersejarah ini diwarnai lukisan mural menarik. Dengan usaha warga emas, penduduk kampung dan artis tempatan, jalan tersebut menjadi kanvas yang menceritakan sejarah Pelabuhan Mukhohang dan kehidupan penduduk kampung setempat.

Terdapat banyak kafe yang terletak di sepanjang jalan, sesuai untuk berehat sambil menikmati pemandangan.

5a
Kredit: Gangwon Province

#6 Kenali Makanan Tempatan: Hwangtae

6 7
Kredit: Gangwon Province

Portal KBS World melaporkan salah satu sup yang sering hadir di meja makan masyarakat Korea lebih-lebih lagi semasa musim dingin adalah sup Hwangtae, bahan utamanya adalah ikan pollock yang dikeringkan.

Menurut Maangchi yang merupakan seorang youtuber masakan Korea popular, biasanya ikan ini ditangkap pada musim sejuk. Setelah dikeringkan, ia mempunyai tekstur unik yang kenyal. Salah satu manfaat sup Hwangtae kepada kesihatan adalah pembuangan toksin daripada tubuh badan.

#7 Donghae Mureung Forest

7 8
Kredit: Gangwon Province

Salah satu destinasi yang wajib dikunjungi ketika ke Korea Selatan adalah Donghae Mureung Health Forest. Kemudahan ini menawarkan kemudahan terbaik dan sesuai untuk sesiapa yang ingin mencari tempat untuk self-healing.

Di sini ada sauna, bilik terapi dan taman tasik yang indah di mana sangat sempurna untuk berjalan-jalan dan beristirahat sambil minum teh dalam suasana yang santai.

Selain itu, tempat ini turut menawarkan program berbentuk kesihatan seperti ‘Family Atopic Dermatitis Healing Camp’, ‘Healthy Forest Camp’, dan ‘Detox Program for Improving Daily Habits’.

Hari Ketiga

#8 Jumujin Breakwater

8 5
Kredit: Gangwon Province

Sekiranya dapat cam tempat ini, sesungguhnya anda memang K-Drama Queen & King.

Benteng pemecah ombak di pantai Jumunjin dibina untuk melindungi pantai daripada hakisan. Tempat ni jadi popular selepas muncul dalam drama ‘Goblin’ (2016).

Mafela, bunga dan payung turut disewakan kepada pengunjung yang ingin lakonkan semula adegan drama tersebut sambil ambil gambar.

#9 Sanida Café

9a
Kredit: Gangwon Province

Rumah agam tempat tinggal Moon Young (Seo Yea Ji) yang nampak seram malam-malam dalam drama Korea ‘It’s Okay Not To Be Okay’ sebenarnya adalah sebuah kafe.

9 5
Kredit: Gangwon Province

Penggambarannya dijalankan di Kafe Sanida. Dengan efek CGI dan pintu gerbang, ‘Istana mistik’ itu nampak hidup di halaman kafe tersebut.

9b
Kredit: Gangwon Province

Terletak di puncak gunung dan dikelilingi kehijauan alam semula jadi, pengunjung kena berjalan jauh untuk sampai ke pintu masuk. Di rooftop pula jadi tempat popular untuk menyaksikan pemandangan matahari terbenam. Boleh singgah sini untuk ambil gambar.

#10 Pulau Nami

10 3
Kredit: Gangwon Province

Pulau yang sinonim dengan ‘Winter Sonata’ ini mempunyai jejak drama romantis di setiap tempat termasuk patung dan replika orang salji yang dibina Jun-Sang dan Yu-Jin dalam cerita berkenaan.

Selain tarikan itu, tempat ini juga terlukis indah dengan setiap warna empat musim berbeza. Bayangkan anda berjalan-jalan di Metaseqouia Lane ini, bersatu dengan segenap elemen alam di Pulau Nami.

Previous article5 Paparan Budaya Unik Korea Selatan Dalam Filem ‘Parasite’
Next articlePolis Tangkap ‘Stalker’ Rain & Kim Tae Hee