Stalker atau pengintai pasangan selebriti, Kim Tae-hee dan Rain telah ditangkap polis, lapor SBS.

Pada 28 Februari, seorang wanita berusia 47 tahun dilaporkan telah ditahan polis di Seoul.

Menurut polis, wanita berkenaan menekan loceng rumah Kim Tae-hee dan Rain pada 27 Februari, sekitar pukul 7 malam.

Rain sendiri menelefon polis dan wanita itu terus tertangkap on the spot.

Terdapat beberapa laporan berkenaan stalker itu yang dikatakan membuat bising di rumah Kim Tae Hee dan Rain sejak tahun lepas. Polis akan terus menyiasatnya mengenai dakwaan tersebut.

Kim Tae-hee dan Rain berkahwin pada 2017 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Previous articleIni Itinerari 3H2M Anda Jika Bersalji Di Gangwon, Korea Selatan
Next articlePelawak Lee Se-Young A.K.A Hidayah Daebaking Semakin Cantik Dengan Hidung Baru