Home Kdrama/Kmovie 5 Kdrama Tentang Hubungan Cinta yang Penuh Kepuraan, Menarik dan Menghiburkan

5 Kdrama Tentang Hubungan Cinta yang Penuh Kepuraan, Menarik dan Menghiburkan

0

Wedding Impossible merupakan Kdrama romantik komedi yang sangat menghiburkan dan membuatkan para penonton merasa bahagia. Episod terakhir ditayangkan pada 2 April 2024, drama ini hanya berjumlah 12 episod sahaja.

Kdrama ini menampilkan Moon Sang Min sebagai Lee Ji Han, seorang adik yang berusaha untuk mengahwinkan abangnya, Lee Do Han (Kim Do Wan). Namun, Do Han memiliki rahsia yang gelap sehingga Do Han melibatkan Na Ah Jeon (Jun Jong Seo), sahabat lamanya untuk menjadi isteri kontraknya.

Perkara ini tidak dipersetujui oleh Ji Han sebab dia ingin membawa Yoon Chae Won (Bae Yoon Kyoung) untuk abangnya. Tidak disangka, Ji Han akhirnya mengalami pelbagai kesukaran dalam menjodohkan abangnya dan dia juga terlibat dalam hubungan perasaan dengan Na Ah Jeong.

Wedding Impossible menyedarkan para penonton bahawa kisah tentang hubungan palsu boleh menjadi sebuah cerita yang sangat menarik. Watak-watak dalam kisah seperti ini umumnya akan terjebak dalam hubungan benci menjadi cinta yang pasti membuatkan penonton cair hati.

Berikut dibawah ini adalah 5 buah cadangan Kdrama yang hampir serupa dengan kisah Wedding Impossible yang mengangkat kisah romantik yang penuh kepalsuan dan kepura-puraan.

 

1. Familiar Wife

52452b2e 5196 4f04 baab 638fc606222bSeorang lelaki yang sudah berkahwin (Ji-Sung) dan mempunyai dua orang anak tidak bahagia dalam hidupnya. Dia mengalami tekanan dan kemurungan, membenci isterinya, dan tidak bahagia dalam pekerjaannya.

Dia berfikir, sekiranya dia membuat pilihan yang berbeza di masa mudanya, dia mungkin mempunyai kehidupan yang lebih bahagia. Selepas melalui pintu tol dan tidak dapat mengawal keretanya, dia berada di masa lalu dan boleh mengubah beberapa keputusan tersebut.

Mampu melakukan penjelajahan masa serta pergi dan balik antara masa lalu dan masa kini, dia dapat melihat bagaimana pelbagai keputusannya membawa kesan yang besar di kemudian hari. Namun, adakah dia sendiri boleh memperbaiki hubungan dengan isterinya dan kembali ke masa kini?

 

2. Business Proposal

830278c6 fbcf 4a54 9535 e747d9247df5

Business Proposal menceritakan tentang Shin Ha Ri (Kim Se Jeong) yang merupakan seorang pekerja biasa. Pada suatu hari, dia menggantikan kawannya, Jin Young Seo (Seol In Ah), untuk pergi ke sebuah blind date.

Ha Ri bertemu dengan Kang Tae Mu (Ahn Hyo Seop). Rupa-rupanya Tae Mu adalah CEO baru di syarikat Shin Ha Ri bekerja. Ha Ri perlu mencari jalan suapaya CEO tersebut tidak mengetahui bahwa Ha Ri adalah orang yang bertemu dengannya pada blind date tersebut.

Dia seakan-akan memiliki dua kehidupan, iaitu menjadi pekerja di siang hari dan berpura-pura menjadi gadis kaya dan mewah pada malam harinya. Namun, berapa lamakah Ha Ri akan bertahan hidup seperti itu? Serta, apakah yang akan terjadi apabila dia mula jatuh cinta pada Tae Mu?

Baca juga: 11 Watak Wanita dalam Kdrama 2024 Dengan Motif Balas Dendam

3. Where Stars Land

c04012cf 439b 414f 9669 1da7a75feaafWhere Stars Land mengambil latar di Lapangan Terbang Incheon. Yeo Reum (Chae Soo Bin) dan Soo Yeon (Lee Je Hoon) bekerja di bahagian perkhidmatan penumpang.

Kedua-dua mereka memiliki masalah dengan pekerjaan masing-masing dan mengalami situasi yang agak janggal ketika perlu bekerja bersama. Namun, mereka belajar untuk saling membantu dan mengisi hati satu sama lain dan akhirnya mula tumbuh rasa cinta.

 

4. Her Private Life

KdramaDibintangi oleh Park Min Young, Kdrama ini mengisahkan tentang Sung Deok Mi yang merupakan seorang penjaga di galeri seni. Dia juga merupakan seorang fansite dan peminat nombor 1 anggota kumpulan idola Kpop yang bernama Shi An (Jung Jaewon).

Suatu hari, Ryan (Kim Jae Wook) mula bekerja sebagai pengarah baru di galeri seni tempat Sung Deok Mi bekerja. CEO tampan itu tanpa sengaja mengetahui rahsia Deok Mi sebagai fansite.

Kedua-duanya saling bekerja sama ketika Sung Deok Mi terjerat khabar angin sedang bercinta dengan Shi An dan membuatnya diserbu oleh para peminat yang melakukan protes.

Baca lagi: Episod Akhir Wedding Impossible Tampilkan 8 Kejutan yang Bukan Kepalang

 

5. Love In Contract

16b3e81d 2684 4d5f b583 ce27c0ff3b00Kdrama Love In Contract mengisahkan tentang Choi Sang Eun (Park Min Young), seorang wanita yang memiliki pekerjaan yang unik. Dia menawarkan perkhidmatan untuk berlakon sebagai pasangan bagi lelaki-lelaki bujang apabila mereka perlu menghadiri acara sosial dan lain-lain majlis.

Sang Eun yang telah 13 tahun bergelumang dalam pekerjaan ini memiliki keyakinan diri yang tinggi dan sangat pintar. Namun di sebalik penampilannya yang sempurna, ternyata dia menyembunyikan trauma yang sangat mendalam.

Hingga pada suatu hari Sang Eun bertemu dengan Jung Ji Ho (Go Kyung Pro) dan Kang Hae Jin. Mereka terlibat dalam kisah romantik tiga segi. Siapakah yang dapat memenangi hati Sang Eun?

Jangan lupa untuk menonton ya!

Baca lagi: 11 Watak Wanita dalam Kdrama 2024 Dengan Motif Balas Dendam
Baca juga: Bulan Mei Bakal Menyajikan 3 Kdrama Komedi Romantik Menarik untuk Anda

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here