Home Kdrama/Kmovie 11 Cadangan Kdrama Menarik, Yang Harus Anda Tonton

11 Cadangan Kdrama Menarik, Yang Harus Anda Tonton

0

Kdrama merupakan tontonan yang sangat menarik untuk mengisi waktu lapang dan juga untuk melepaskan rasa penat. Bukan hanya dikemaskan dengan baik, Kdrama juga selalunya mengetengahkan kisah yang menarik.

Biasanya Kdrama terdiri dari 16 episod dengan setiap episode berdurasi sekitar 1 jam. Biarpun begitu, ramai peminat drama Korea tidak merasa keberatan walau perlu menunggu berminggu-minggu untuk menonton drama ongoing atau menonton drama secara marathon.

Bagi anda yang sedang mencari Kdrama yang menarik dan tidak membosankan, berikut dibawah ini adalah 11 Kdrama yang boleh membuatkan anda ketagih untuk menonton!

 

1. Moving

dc87048b ca28 4b19 88d5 9b142d1d507fDrama siri ini membawa genre fiksyen, supernatural, dan ditampilkan juga dengan adegan aksi. Kim Bong Seok (Lee Jung Ha) merupakan anak remaja yang memiliki kekuatan supernatural yang diwarisi dari ayah dan ibunya. Kebolehan luar biasa yang dimiliki oleh keluarga ini membuatkan mereka diintip oleh kumpulan tertentu. Drama siri Moving diadaptasi dari webtoon popular Korea. Mula ditayangkan pada 9 Ogos 2023 dan berjumlah 20 episod semuanya. Setakat ini drama siri ini telah ditayangkan sebanyak 7 episod.

 

2. Extraordinary Attorney Woo

3f36daed 5ce9 4f38 82d1 dc9b3747508aExtraordinary Attorney Woo merupakan salah satu Kdrama undang-undang yang menghiburkan. Ditayangkan pada tahun 2022 dan dibintangi oleh Park Eun Bin, Kang Tae Oh dan Kang Ki Young. Drama ini menceritakan tentang seorang peguam yang mengidap neurodivergent. Siri ini mengeksplorasi perjuangan dan pencapaiannya. Drama ini mendapat pujian para pengkritik dan juga turut dipuji mereka-mereka yang terlibat dalam dunia perundangan kerana menggambarkan kenyataan sebenar dengan tepat dan lebih dekat.

 

3. Our Beloved Summer

4dbff024 67e5 467c bdab afd90409f201Kdrama komedi romantik yang boleh membuatkan para penonton tersenyum sendiri adalah Our Beloved Summer. Our Beloved Summer adalah sebuah komedi romantik dewasa yang mengisahkan tentang Choi Ung (Choi Woo-shik) dan Kook Yeon-soo (Kim Da-mi), bekas kekasih yang putus dan pernah berjanji untuk tidak bertemu lagi. Namun kerana kerjaya, takdir kembali menemukan mereka.

 

4. While You Were Sleeping

02651af5 9521 4492 a3f7 b99739e0c561While You Were Sleeping menceritakan tentang Hong Joo (Bae Suzy) yang memiliki kemampuan istimewa iaitu dapat melihat masa depan orang lain di dalam mimpinya. Lebih teruk lagi, masa depan itu adalah berkaitan kematian yang akan terjadi pada orang itu.

 

5. The Uncanny Counter

c3c47ef3 9f4f 424e 8144 648a64550637Kdrama ini mengisahkan tentang sekumpulan individu yang disebut sebagai “Counter.” Tujuan mereka adalah untuk memburu roh jahat dengan menggunakan kuasa khas yang diberikan kepada setiap anggota “counter”.
So Mun (Jo Byeong Gyu) adalah seorang pelajar sekolah menengah yang tempang akibat kemalangan jalan raya bersama ibu bapanya. So Mun merupakan anggota termuda dalam “Counter.”

 

6. Mouse

96f7bd98 735e 4454 9d8f 99d832d08976Seorang psikopat biasanya akan menjadi watak antagonis, namun dalam drama Mouse, psikopat menjadi watak protagonis dan anda akan melihat mengapa dan bagaimana seorang manusia hidup tanpa mempunyai emosi dalam diri, serta faktor-faktor yang menjadikan Jung Ba Reum seorang pembunuh.

 

7. The Heirs

004fd0c0 612f 41e5 a463 a145b1776bebKisah cinta beza status sosial hingga plot perebutan warisan harta antara dua saudara menjadi vibe yang menyerupai King the Land dan Kdrama siri The Heirs (2013)

 

8. The Penthouse

92d2d722 f435 4189 a689 036294666f73Kdrama sensasi ini memperkenalkan Kim So Yeon dan Uhm Ki Joon sebagai pasangan utama. Meraih kejayaan luar biasa sepanjang musim, drama ini mengisahkan tentang bagaimana bermulanya belenggu rumah tangga penghuni Hera Palace. Kehidupan pelik dialami anak remaja mereka yang bersekolah di Cheong-ah Arts School. Jalan cerita untuk drama ini bukan boleh dinikmati bila-bila sahaja, memerlukan masa yang sesuai kerana drama ini fokus untuk menarik kesabaran penonton melalui adegan-adegan yang penuh emosional.

 

9. Alchemy of Souls

fd585cff 94c7 428f b4c5 65980f3905d2Drama yang ditayangkan pada 18 Jun 2022 ini menceritakan tentang seorang pembunuh iaitu Naksu, yang jiwanya terperangkap dalam tubuh lemah Mu Deok, iaitu orang gaji kepada Jang Uk daripada keluarga ahli sihir yang kuat. Tuan muda keluarga tersebut menyimpan rahsia yang tragik tentang kelahirannya yang memalukan. Dia ingin membunuh orang yang lebih jahat untuk membantu mengubah takdirnya.

 

10. Welcome to Samdalri

f4aba788 e2bb 47f2 ba97 8f20bf267d46Cho Sam Dal (Shin Hye Sun) dan Cho Yong Pil (Ji Chang Wook) dalam Welcome to Samdal-ri merupakan sahabat dari kecil. Ibu mereka bersahabat dan hamil pada waktu yang sama. Begitu juga dengan Cho Sam Dal dan Cho Yong Pil yang seolah-olah tidak boleh dioisahkan hingga mereka bercinta. Walau begitu, mereka sudah putus 8 tahun yang lalu dan langsung tidak pernah bertemu.

 

11. Parasyte: The Grey

KdramaDrama ini diangkat dari siri manga legendar berjudul “Parasyte” oleh Hitoshi Iwaaki. Parasyte: The Grey mengangkat sebuah peristiwa tentang kehidupan parasit misteri yang berasal dari luar angkasa. Makhluk ini jatuh ke bumi dan berusaha mendapatkan kekuatan dengan hidup dalam badan manusia.

Jangan lupa untuk menonton ya!

Baca lagi: 5 Kdrama Tentang Hubungan Cinta yang Penuh Kepuraan, Menarik dan Menghiburkan
Baca juga: 11 Watak Wanita dalam Kdrama 2024 Dengan Motif Balas Dendam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here