Home Kdrama/Kmovie Episod Akhir Wedding Impossible Tampilkan 8 Kejutan yang Bukan Kepalang

Episod Akhir Wedding Impossible Tampilkan 8 Kejutan yang Bukan Kepalang

0

Akhirnya drama Korea Wedding Impossible telah melabuhkan tirainya dengan penayangan episod terakhir pada Selasa, 2 April 2024. Mengusung genre romcom, cerita ini berakhir dengan happy ending. Pasangan utamanya, Na A Jung (Jeon Jong Seo) dan Lee Ji Han (Moon Sang Min), akhirnya mendapat restu dalam hubungan mereka.

Episod terakhir Wedding Impossible yang diadaptasi webtoon ini menghadirkan banyak perkara yang mengejutkan. Perkara-perkara dan kejadian-kejadian ini merupakan plot twist tersendiri yang membuatkan ending drama Korea ini kian menarik.

Salah satu kejutan adalah dimana drama itu mendedahkan bahawa Lee Soo Hyuk, Kim Bum dan Ryu Kyung Soo semuanya akan membuat penampilan istimewa dalam episod akhir Wedding Impossible.

Mari kita lihat kejutan-kejutan lain yang muncul di ending Wedding Impossible.

Peringatan, artikel ini mengandungi spoiler.

 

Wedding imposibble
1. Kehadiran ramai cameo membuatkan episod terakhir drama siri ini menjadi perbincangan hangat. Contohnya, Kim Bum yang menjadi jodoh Yoon Chae Won (Bae Yoon Kyung)

 

 

2bab0000 73ec 4522 a3e5 2acd9064ce10
2. Pengarah Lee Chung Hyun juga hadir menjadi cameo di episod yang sama. Menariknya, dia merupakan kekasih Jeon Jong Seo di dunia nyata!

 

 

0482c397 a711 4a12 b545 57d045aa2021
3. Fakta kematian ibu Lee Do Han (Kim Do Wan) dan Lee Ji Han terungkap. Penyebab kemalangan itu ternyata adalah Choi Jung Chan (Jeon Jin Ki), ayah tiri mereka

 

 

5bf91f41 cc60 4500 91bc cc89976542a9
4. Datuk Hyun Dae Ho (Kwon Hae Hyo) selama ini tahu bahawa Lee Do Han menyukai pasangan sejenis. Bahkan dia yang menyuruh orang untuk mengintip cucunya itu semasa di New York

 

 

fc60ae70 58f5 4bbe b819 f04d7d0291ed
5. Lee Ji Han yang pada awalnya bercita-cita tinggi, memilih untuk keluar dari LJ Group lalu membangunkan perniagaan sendiri bersama Eun Taek (Min Jin Woong)

 

 

ef2870a8 bc05 401b b53e a467f8c7d595
6. Choi Seung Ah (Park Ah In) juga menarik diri dari merebut warisan harta sejak dia mengetahui fakta di sebalik kematian ibunya. Dia juga yang membuatkan ayahnya dipenjarakan

 

 

12391712 428b 44c2 bb8c 8485e074f067
7. Na Dae Sub (Kim Kwang Kyu) akhirnya membuat transplant rambut yang dibiayai oleh menantunya, Cho Tae Min (Kim Young Hoon), yang berjaya menjadi penulis novel

 

 

Wedding impossible
8. Macam kena prank! Wedding scene di episod terakhir ternyata sebenarnya hanyalah Na A Jung yang sedang membuat penggambaran dan bukannya perkahwinannya dengan Lee Soo Hyuk!

Kejutan-kejutan di atas memang tidak dapat dilupakan di episod terakhir Wedding Impossible. Ketiga-tiga pelakon cameo itu telah menambah kemewahan terakhir dalam misi romantik drama Wedding Impossible dengan menjalin hubungan dengan Na Ah Jung (Jeon Jong Seo), Lee Ji Han (Moon Sang Min), Lee Do Han (Kim Do Wan), dan Yoon Chae Won (Bae Yoon Kyung).

Memang tidak disangka-sangka, wujudnya plot twist tersebut telah membuatkan ending drama ini makin menarik dan sukar dilupakan. Anda sudah menonton episod akhir drama ini?

Baca lagi: Parasyte: The Grey dalam Versi Drama dan Webtoon Sangat Berbeza?
Baca juga: Minat Wedding Impossible? Ini 9 Kdrama dan Kmovie yang Dibintangi Pelakon Utamanya