Home Artis Korea 5 Kdrama Fantasi Dibintangi Rowoon SF9, Akan Datang “The Matchmakers”

5 Kdrama Fantasi Dibintangi Rowoon SF9, Akan Datang “The Matchmakers”

0

Kim Seok Woo atau lebih dikenali dengan nama Rowoon SF9 kembali menyapa para peminatnya dengan drama siri “Destined With You” yang baru sahaja tamat tayangannya.

Dalam drama ini, Rowoon membawa watak sebagai seorang peguam handal yang bijak dan juga tampan. Disebalik kegemilangannya dia sebenarnya menderita penyakit yang tidak dapat dijelaskan, kerana penyakit tersebut adalah sumpahan yang diwarisinya dari zaman nenek moyangnya 300 tahun dahulu.

Drama siri Destined With You membawa genre fantasi romantik. Sebelum terlibat dalam drama Destined With You, Rowoon pernah beberapa kali membintangi drama siri yang juga bertemakan fantasi.

Berikut ini adalah 5 buah drama fantasi yang dibintangi Rowoon SF9 yang wajib anda tonton!

 

1. About Time (2018)

RowoonDrama pertama Rowoon yang mengangkat tema fantasi adalah About Time. Drama yang ditayangkan di TvN pada 21 Mei 2018 ini menceritakan tentang Choi Mi Ka (Lee Sung Kyung), seorang pelakon teater yang mempunyai kebolehan unik, dia boleh melihat baki waktu untuk nyawa seseorang. Tidak ada yang tahu mengenai kebolehan unik yang dimilikinya kecuali sahabatnya, Jeon Sung Hee (Han Seung Yeon).

Suatu hari, Mi Ka bertemu dengan seorang lelaki yang bernama Lee Do Ha (Lee Sang Yoon). Mi Ka merasa aneh kerana kebolehannya tiba-tiba berhenti sewaktu dia bertemu Do Ha. Dalam drama ini, Rowoon membawa watak sebagai Choi Wee Jin, abang kepada Choi Mi Ka. Walau hanya sebagai pelakon pembantu, watak Choi Wee Jin memiliki kisah cinta yang berjaya menyentuh hati ramai penonton.

 

2. Extraordinary You (2019)

59fc5cc4 01b4 4c6d ac6e 856763767e30Rowoon pertama kali mendapat kepercayaan untuk menjadi pelakon utama dalam drama Extraordinary You. Drama yang diangkat dari webtoon ini juga mengusung genre fantasi. Drama MBC TV ini menceritakan tentang seorang pelajar yang bernama Eun Dan Oh (Kim Hye Yoon) yang bersekolah di sebuah akademi berprestij.

Suatu hari, dia mengetahui bahawa dia dan semua orang di sekolahnya sebenarnya adalah watak dalam manhwa yang bertajuk Secret. Dan Oh adalah watak pembantu yang ditakdirkan meninggal dunia dalam cerita ini.
Tidak puas hati dengan takdir tersebut, dia memutuskan untuk membuat takdirnya sendiri dengan cuba menentang jalan cerita yang ada dan menemui cinta sejati.

Harapan untuk terlepas dari kuasa penulis semakin kuat setelah Dan Oh bertemu watak pelajar Nombor 13 (Rowoon). Namun, kejadian di sekitar Dan Oh dan Nombor 13 secara berperingkat mula terhubung dengan karya penulis sebelum ini. Dia tidak menyedari dengan mengubah takdir hidupnya ada harga yang perlu dibayar oleh Dan Oh.

 

 

3. Find Me in Your Memory (2020)

1fb95550 40be 4b90 b60d 30e83d713e6bPada tahun berikutnya, Rowoon terpilih dalam projek drama Find Me in Your Memory. Drama MBC TV dengan genre melodrama, romantik, dan fantasi ini mengisahkan tentang dua orang berbeza yang memiliki bekas luka emosi dimana ingatan mereka bekerja secara berlawanan.

Lee Jung Hoon (Kim Dong Wook) adalah seorang pembaca berita dengan hyperthymesia, dia mampu mengingati semua pengalaman dalam hidupnya dengan sangat terperinci. Sementara itu, Yeo Ha Jin (Moon Ga Young) merupakan seorang pelakon yang sedang meningkat naik, dia tidak mengingati momen-momen paling penting dalam kehidupannya sebagai bentuk mekanisme pertahanan psikologi.

Dalam drama ini Rowoon membawa watak sebagai Joo Yeo Min. Seorang bintang idola yang terjebak dalam skandal percintaan dengan Yeo Ha Jin setelah seorang paparazzi mengambil foto mereka di dalam kereta.

 

4. Tomorrow (2022)

1d4fe9dd 36c9 41f9 abab c963c4ffb332Tomorrow adalah drama adaptasi webtoon tahun 2017 yang bertajuk sama. Dalam drama ini Rowoon bergandingan dengan pelakon senior, Kim Hee Sun. Tayang pada 1 April 2022 di MBC TV, Tomorrow mengisahkan tentang malaikat maut yang bertugas untuk menyelamatkan orang-orang yang ingin mengakhiri hidup mereka sendiri.

Choi Jun Woong (Rowoon) adalah pemuda yang sedang mencari kerja yang sangat sukar untuk mendapatkan pekerjaan. Sewaktu mengalami kemalangan, dia bertemu dengan malaikat maut, Koo Ryeon (Kim Hee Sun) dan Lim Ryung Gu (Yoon Ji On) yang bertugas untuk mencegah kejadian bunuh diri. Jun Woong turut bekerja dengan mereka sebagai pekerja kontrak termuda dalam pasukan pengurusan risiko malaikat maut

 

5. Destined With You (2023)

697e65c0 7de6 44c0 b3ca 21e55118b183Drama fantasi yang menaikkan nama Rowoon semula bertajuk Destined With You ini ternyata sangat berjaya dan menjadi kesukaan ramai. Drama siri ini mengisahkan tentang kisah cinta antara seorang peguam popular yang bernama Jang Shin Yu (Rowoon) dan pegawai kerajaan gred rendah, Lee Hong Jo (Jo Bo Ah).

Kisah kedua-duanya ternyata telah bermula sejak 300 tahun lalu, sewaktu moyang Jang Shin Yu terdahulu membuka sebuah buku terlarang berisi sumpahan kepada sesiapa sahaja yang membukanya. Sumpahan yang diberikan oleh buku terlarang tersebut akan diwarisi secara turun temurun sehingga menemui cara untuk merungkai sumpahan itu.

Jang Shin Yu pun mewarisi sumpahan dalam tubuhnya. Dia perlu menemui buku itu supaya boleh bebas dari penyakit sumpahan. Buku mantera yang didambakan itu ternyata dimiliki oleh Lee Hong Jo. Drama Destined With You tayang pada 23 Ogos 2023 di JTBC dan juga Netflix.

 

6. The Matchmakers

Bukan genre fantasi, Kdrama siri terbaru yang pastinya tidak ingin anda lepaskan kerana ia menampilkan bintang pujaan ramai, Rowoon SF9! Kali ini, peminat bakal melihat Rowoon beraksi dalam Kdrama siri “The Matchmakers” yang membawa tema Sageuk, diwarnai dengan kisah menghiburkan dalam genre komedi dan romantik. Dalam drama siri ini, Rowoon akan bergandingan dengan Cho Yi-hyun.

Berlatarkan dinasti Joseon, drama siri The Matchmakers ini berkisah tentang pertemuan antara janda muda Jung Soon Deok (Cho Yi Hyun) dan duda muda Shim Jung Woo (Rowoon SF9).

Sim Jung Woo (Rowoon) seorang lelaki muda yang bijak dan kacak. Beliau merupakan lelaki termuda yang berjaya menduduki tempat pertama dalam peperiksaan negeri. Ketampanannya membuatkan sang puteri jatuh cinta kepadanya dan dia dipilih menjadi menantu raja.

Namun ketika majlis perkahwinan mereka, puteri tersebut tiba-tiba meninggal dunia. Kehidupan Jung Woo pun mulai berubah dan dia menjadi lelaki yang paling malang. Mengikut adat zaman Joseon, dia tidak boleh mengambil jawatan kerajaan dan dia tidak boleh berkahwin semula.

Dia kemudiannya berjumpa dengan Jung Soon Deok (Cho Yi Hyun). Jung Soon Deok ialah seorang janda muda yang mendiang suaminya merupakan anak lelaki kedua kepada naib perdana menteri pertama. Dia secara diam-diam menjalani kehidupan lain di bawah nama samaran Yeojoo Daek.

Sebagai Yeojoo Daek, dia bekerja sebagai pencari jodoh dan juga penjual barangan wanita seperti kosmetik dan aksesori. Dia terkenal sebagai pencari jodoh terbaik di ibu kota Hanyang. Sim Jung Woo dan Jung Soon Deok akhirnya bekerjasama menyatukan lelaki dan wanita bujang yang telah berumur untuk dijadikan pasangan atau dikahwinkan.

Akan ditayangkan sebanyak 16 episod, anda boleh menyaksikan The Matchmakers di Viu bermula pada 30 Oktober ini.

Walaupun bukan selalu menjadi pelakon utama dalam drama yang dibintanginya, tetapi Rowoon tetap mampu menghidupkan watak yang dibawa olehnya dengan baik.

Baca lagi: Destined with You: 5 Penjelasan di Episod Akhir
Baca juga: 2 Kdrama Viu Original Rowoon, Cha Eun Woo Paling Dinantikan Oktober Ini