Home Entertainment Destined with You: 5 Penjelasan di Episod Akhir

Destined with You: 5 Penjelasan di Episod Akhir

0

Episod 16 Destined with You telah disiarkan pada 12 Oktober 2023. Di episod 15, penonton tertanya-tanya kerana sedutan video yang menunjukkan Jang Shin Yu menangis histeria sambil memeluk Lee Hong Jo.

Selain itu, penonton juga tertanya-tanya, adakah sumpahan Jang Shin Yu sudah hilang? Adakah Na Jung Beom berjaya ditangkap polis? Jom kita lihat penjelasannya untuk ending Destined with You di bawah ini!

Peringatan: Artikel ini mengandungi spoiler!

 

1. Yoon Na Yeon, Na Jung Beom, datuk bandar Yoon, dan Lee Hyun Seo mendapat balasan atas kejahatan mereka

Ending Destined with youNa Jung Beom (Ahn Sang Woo) akhirnya ditangkap polis kerana kes pembunuhan isterinya 5 tahun lalu. Selain itu, dia juga didakwa atas penculikan dan dan cubaan bunuh terhadap Lee Hong Jo (Jo Bo Ah).
Yoon Na Yeon (Yura) yang membantu Na Jung Beom juga ditangkap polis. Manakala datuk Oh Sam Sik (Yoo Soon Woong) yang memberikan alibi untuk Na Jung Beom 5 tahun lalu tidak dipenjarakan kerana Jang Shin Yu (Rowoon) menjadi peguamnya.

Nasib buruk juga menimpa datuk bandar Yoon Hak Young (Song Young Kyu) dan Lee Hyun Seo (Kim Kwon). Kwon Jae Gyeong (Ha Joon) melaporkan mereka berdua atas tuduhan rasuah dan menggunakan cara haram untuk mendapat tanah Jang Shin Yu. Tanah yang pernah diberikan kepada Dewan Bandaraya Onju kembali ke tangan Jang Shin Yu.

 

2. Kwon Jae Gyeong pindah ke Rumah Biru hingga Gong Seo

Destined with you Goo dan Ma Eun Young berkahwin
Kwon Jae Gyeong meminta Jang Shin Yu menjadi peguam. Terbukti, Kwon Jae Gyeong tidak menerima rasuah. Tujuannya mengambil wang Lee Hyun Seo adalah untuk melaporkan ke jabatan audit. Namun, Kwon Jae Gyeong tidak boleh lagi bekerja di Dewan Bandaraya Onju. Nasib baik banyak ahli politik yang ingin bekerja sama dengannya. Bahkan dia sudah mendapat pekerjaan baru di Rumah Biru.

Kwon Jae Gyeong masih menyukai Lee Hong Jo. Bahkan dia sanggup berkahwin dengan Lee Hong Jo jika dalam masa 6 bulan Jang Shin Yu belum melamar gadis itu. Selain bertukar tempat kerja, Kwon Jae Gyeong juga tidak tinggal di tingkat bawah rumah Lee Hong Jo lagi.

Ma Eun Young (Lee Bong Ryun) akhirnya berkahwin dengan Gong Seo Goo (Hyun Bong Sik). Son Sae Byeol (Park Kyung Hye) dan Mi Ran (Yoo Su Jeong) masih berusaha mencari tambatan hati.

 

3. Orang yang menanam kotak berisi mantera adalah Jang Mu Jin, keturunan Shin Yu.

a1a034ef 10a2 468d a065 89e84015eb23

Sumpahan keluarga mereka akhirnya hilang
Ternyata orang yang menanam kotak berisi buku-buku mantera di bawah kuil adalah Jang Mu Jin (Ro Woon). Tujuannya adalah supaya buku itu boleh dijumpai oleh kelahiran semula Aeng Cho (Jo Bo Ah) di masa depan.

Adegan terakhir itu juga menunjukkan Jang Shin-Yu mengambil buku kutukan dalam kehidupan lampaunya, menunjukkan bahawa dia telah mengambil buku sebenar suatu masa dahulu dan dua buku di dalam kotak kayu itu adalah palsu. Oleh itu, cinta Jang Shin-Yu kepada Lee Hong-Jo bukan berdasarkan sumpahan, tetapi takdir yang tidak dapat dilawan dan supaya mereka dapat bertemu dengan penjelmaan semula mereka, bersesuaian dengan tajuknya “Destined With You”.

Terbukti, 300 tahun kemudian, Lee Hong Jo menemui buku itu, serta memulakan kisah cinta dengan Jang Shin Yu. Sumpahan yang selama ini dideritai Jang Shin Yu akhirnya lenyap.

 

4. Jang Shin Yu melamar Lee Hong Jo!

766e8b22 0ca1 4993 b209 c6ee3fdffaf6Di hari perkahwinan Ma Eun Young dan Gong Seo Goo, Jang Shin Yu mendapat jambangan bunga yang diberikan untuk Lee Hong Jo. Dipaksa supaya cepat-cepat berkahwin, Jang Shin Yu dan Lee Hong Jo mengaku belum bersedia.

Tetapi di akhir episod 16, akhirnya Jang Shin Yu melamar Lee Hong Jo. Babak manis itu dilakukan di pantai tempat Lee Hong Jo mengenang ayahnya yang sudah meninggal dunia. Ibu bapa Jang Shin Yu, iaitu Jang Se Heon (Lee Pil Mo) dan Song Yoon Joo (Jung Hye Young) sudah merestui hubungan mereka. Jang Shin Yu membeli rumah yang Lee Hong Jo diamo dan tinggal di sana bersama bakal isterinya.

 

5. Ternyata Nenek Eun Wol mimpi tentang kehamilan ibu Shin Yu

1d6efa61 d25b 4ccf a2df 860c2d132816Di pagi hari selepas Jang Shin Yu dan Lee Hong Jo tidur bersama, Nenek Eun Wol (Kim Hye Ok) menghubungi mereka. Dia bermimpi melihat buah peach yang membawa maksud kehamilan anak perempuan. Maka Nenek Eun Wol meminta Jang Shin Yu dan Lee Hong Jo untuk berkahwin. Ternyata mimpi itu menggambarkan kehamilan Song Yoon Joo (Jung Hye Young), ibu Shin Yu. Kedua-dua ibu bapa Jang Shin Yu memutuskan untuk rujuk kembali.

Selain itu, Song Yoon Joo juga kembali berlakon dalam drama. Bahkan dia mengajak Kim Wook (Lee Tae Ri), sahabat Jang Shin Yu untuk berlakon dalam drama tersebut. Kim Wook memutuskan untuk berhenti kerja dari firma Law & High.

Destined with You (2023) menampilkan ending untuk setiap watak dengan jelas sekali. Adakah anda berpuas hati dengan ending drama terbitan JTBC ini?

Baca lagi: Destined With You: 9 Perkara Diharapkan Penonton untuk Ending
Baca juga: Destined With You: 5 Takdir Penuh Tragis Jang Mu Jin dan Aeng Cho