Home Entertainment 5 Foto Artis Korea Yang Diedit Jadi Gambar Kad Nikah Oleh Peminat

5 Foto Artis Korea Yang Diedit Jadi Gambar Kad Nikah Oleh Peminat

0

Kata orang, mencintai seseorang itu ada banyak caranya. Di Indonesia, cinta para peminat terhadap idola mereka ini memang level 999 apabila mereka dengan kreatifnya mengedit foto artis Korea menjadi gambar sijil nikah.

Memetik laman Terkinni, berikut gambar-gambar artis Korea yang telah diedit menjadi ‘calon imamku’:

#1 Nam Joo Hyuk

foto nikah nam joo hyuk

Aktor berasal dari Busan yang lahir pada tahun 1994 ini menjadi topik hangat kerana lakonannya dalam drama ‘Twenty-Five Twenty-One’, dia pegang watak sebagai Baek Yi Jin, anak usahawan kaya yang muflis kerana Krisis Kewangan 1998.

Baca lagi: 5 Drama Untuk Ditonton Jika Anda Suka “Twenty Five, Twenty One”

#2 Song Kang

foto nikah song kang Copy

Song Kang termasuk dalam artis yang paling ramai peminat di negara jiran sehingga tercipta istilah ‘tersongkang-songkang’ kerana peranannya dalam drama ‘Nevertheless’ membuatkan penonton cair.

#3 Park Seo Joon

foto nikah park seo joon Copy

Penampilan Park Seo Joon kali ini benar-benar berbeza. Pelakon ‘Itaewon Class’ ini mengenakan kopiah hitam di dalam gambar, seolah-olah sudah siap untuk jumpa tok kadi.

Baca lagi: [Video] Persis Drama ‘Itaewon Class’, Ini Suasana Restoran Korea Zizan Razak

#4 Kim Jae Wook

foto nikah kim jae wook

Susuk tubuh aktor kelahiran tahun 1983 ini sering ditunggu-tunggu di kaca TV dan tersenarai sebagai pelakon lelaki paling handal. Kini dia membintangi drama ‘Crazy Love’.

#5 Kim Bum

foto nikah kim bum

Wajah Kim Bum turut tidak terlepas daripada kreativiti edit daripada para peminatnya. Namanya juga sukar untuk luput daripada ingatan para peminat Korea. Meskipun usianya sudah hampir masuk ke kelab 3 series, muka pelakon Ghost Doctor ini kelihatan seperti baru lepas habis SPM atau ketua pengawas sekolah.