Home Entertainment Bintang ‘Pachinko’, Jin Ha Minta Maaf Setelah Dilanda Kontroversi

Bintang ‘Pachinko’, Jin Ha Minta Maaf Setelah Dilanda Kontroversi

0

Aktor Korea-Amerika Jin Ha yang ketika ini sedang membintangi siri Apple TV+ “Pachinko” telah memuat naik permohonan maaf kerana telah menangkap gambar wanita- wanita Korea tanpa izin.

Dari Julai 2010 hingga September 2011, Jin Ha mengendalikan akaun di platform mikroblog Tumblr di mana dia curi-curi menangkap gambar wanita lanjut usia Korea di jalan atau di tren bawah tanah berserta komen-komen yang tidak senonoh.

unnamed 1 4

“Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk menjelaskan kesalahan yang telah dilakukan. Saya menerima semua kritikan yang telah dilemparkan.

“Memang benar akaun Tumblr saya, ‘Flowers In Bloom’ kepunyaan saya sejak 2011 sepatutnya tidak wujud, termasuk foto-foto dan komentar yang saya tambah. Saya berasa amat menyesal.

“Saya melakukan kesalahan dalam mengambil foto-foto itu dan memuat naiknya di online pada 11 tahun yang lalu. Saya gagal mempertimbangkan kesan negatif dan meninggalkan akaun seperti itu begitu sahaja selama bertahun-tahun.

“Saya telah meminta Tumblr untuk menghapuskan akaun tersebut dan kini ‘Flowers In Bloom’ sudah tidak wujud lagi.”

“Sekali lagi, saya minta maaf kepada para wanita di dalam gambar-gambar yang saya ambil. Saya turut memohon maaf kepada sesiapa yang tidak selesa dengan isi akaun Tumblr saya itu.

“Terima kasih kerana telah memberi kesempatan kepada saya untuk memperbaiki kesalahan.”