Kim Min Kyu pasti ada membuat sesetengah peminat drama Business Proposal berdebar-debar kerana kisah cintanya dengan Seol In A. Dalam drama ini, mereka memainkan peranan sebagai pasangan kedua iaitu Cha Sung Hoon (Kim Min Kyu) dan Jin Young Seo (Seol In A).

Penampilan Kim Min Kyu sebagai Cha Sung Hoon sinonim dengan berkaca mata. Fizikalnya menyerupai karakter di webtoon yang sememangnya memakai spek mata dan tampan.

kim min kyu di drama korea business porposal 169

Namun tahukah anda harga item ikonik yang dipakai Kim Min Kyu dalam drama tersebut”? Menurut perkongsian Kdrama Fashion, Kim Min Kyu nampaknya mengenakan cermin mata daripada syarikat Nishida Kazuo dan diserikan dengan Antique Titanium NK756 C4.

00419166s1

Dengan berbingkai logam, cermin mata itu menyempurnakan penampilan kemas dan profesional Kim Min Kyu yang memegang watak setiausaha seorang CEO. Meskipun rekaannya nampak ringkas, harganya mencecah 380,000 won atau sekitar RM 1,300 lebih.

Baca lagi: Peminat Mengakui Akan Kecantikan Dan Fesyen Pelakon Utama ‘A Business Proposal’ Yang Memukau

Baca lagi: Pengkarya ‘A Business Proposal’ Pernah Bimbangkan Sambutan Audiens Terhadap Webtoon Dan Drama

Previous articleBintang ‘Pachinko’, Jin Ha Minta Maaf Setelah Dilanda Kontroversi
Next articleBangunan SM Entertainment Terlalu Besar, BoA Tak Cukup Kaki Pergi Ke Tandas