Home K - Pop Bangunan SM Entertainment Terlalu Besar, BoA Tak Cukup Kaki Pergi Ke Tandas

Bangunan SM Entertainment Terlalu Besar, BoA Tak Cukup Kaki Pergi Ke Tandas

0

Dek kerana bangunan SM Entertainment terlalu luas, BoA tidak cukup kaki hendak ke tandas sehingga harus menggunakan kasut roda.

Menerusi laman Instagram, BoA memuat naik rakaman videonya berkasut roda bergegas  ke satu tempat di dalam bangunan SM Entertainment.

1 11

BoA menjelaskan sebab dia naik kasut roda kerana bangunan terlalu besar dan bilik air terlalu jauh. Hal ini mengundang tawa peminat.

“Memang luas sangat sampai boleh berlari dengan kerusi roda.” kata netizen.

Sementara itu, BoA yang debut sejak 2000 masih bergiat aktif sebagai penyanyi sehingga kini dan antara orang penting di SM.

Sumber: [1]