Home Anime 5 Arc Terakhir Terbaik dan Epik dalam Anime

5 Arc Terakhir Terbaik dan Epik dalam Anime

0
Arc terakhir

Arc terakhir selalu menjadi kemuncak untuk setiap anime. Pertarungan terbesar dalam siri selalu terjadi pada arc terakhir.

Oleh kerana itu, arc terakhir selalu menjadi arc yang paling ditunggu-tunggu oleh para peminat.

Berikut adalah antara 5 arc terbaik yang pernah ada dalam anime.

 

5. The Promised Day Arc (Fullmetal Alchemist: Brotherhood)

Arc terakhir Sebahagian besar cerita Fullmetal Alchemist: Brotherhood fokus pada pencegahan usaha Father untuk menghancurkan Amestris. Rancangan Father akhirnya mencapai puncaknya pada arc terakhir, iaitu The Promised Day Arc. Dalam arc ini, Father telah bersedia untuk melahap semua jiwa Amestris.

Edward Elric sudah menyiapkan sekutu untuk mengalahkan Father. Pertempuran besar terjadi antara Homunculus melawan Ed dan sekutunya. Puncak pertempuran terjadi ketika semua Homunculus sudah dikalahkan dan Ed perlu mengalahkan musuh utamanya, iaitu Father.

 

4. Silver Soul Arc (Gintama)

3a8c8f42 5b75 47b4 80cc bc28d917c295Untuk lebih kurang 300 episod pertama Gintama, siri ini tidak pernah serius. Setiap arc tidak pernah mempunyai kaitan dengan arc lain. Namun, menjelang akhir siri, Gintama mula mengurangkan elemen komedi dan berlaku perjalanan cerita seperti kebanyakan anime shounen.

Puncak pertarungan dalam Gintama terjadi pada arc terakhir, iaitu Silver Soul Arc. Di sini, Utsuro putus asa dengan keabadiannya. Oleh kerana itu, dia cuba untuk mengakhiri hidupnya dengan menghancurkan Bumi. Gintoki, Shinpachi, dan Kagura perlu berjuang untuk menghentikan Utsuro.

 

3. War for Paradise Arc (Attack on Titan)

d2f4cbf9 1c1b 4255 9471 96848c578930Pada awal siri Attack on Titan, cerita ini fokus pada orang-orang Paradis yang cuba untuk merebut kembali kebebasan mereka dengan menghapuskan Titan. Hingga menjelang akhir siri, Eren dan teman-temannya akhirnya mengetahui rahsia tentang pulaunya. Pada dasarnya, dunia sangat membenci Eldian dan mereka ingin menghancurkan Paradis.

Hingga pada arc terakhir, War for Paradise Arc, Eren akhirnya memutuskan untuk melakukan Rumbling. Eren melepaskan ratusan ribu Titan Tembok untuk menghancurkan dunia demi melindungi Paradise. Arc ini fokus pada usaha Mikasa, Armin, dan teman-temannya yang cuba untuk menghentikan Eren.

 

 

2. Final Arc (Death Note)

Final arcLight Yagami mungkin adalah salah seorang penjahat dalam anime yang berjaya mengalahkan pahlawan. Hasil rancangan cerdiknya, Light berjaya mengalahkan musuh turun temurunnya, L. Walaupun begitu, siri tidak berakhir dengan Light yang memenangi pertarungan dan menjadi Tuhan di dunia baru.

Selepas L mati, Light perlu berhadapan dengan dua penerus L, iaitu Mello dan Near. Hingga pada Final Arc, Light membuat keputusan dengan memilih Mikami sebagai orang kanannya. Pertarungan psikologi antara Light dan Near terjadi sehingga akhirnya identiti Light sebagai Kira pun terbongkar.

 

1. Thousand-Year Blood War Arc (Bleach)

ArcPara peminat Bleach memang mempunyai kesabaran yang luar biasa. Selepas tergantung selama 1 dekad, Pierrot akhirnya menggarap arc puncak untuk siri Bleach, iaitu Thousand-Year Blood War Arc. Seperti tajuknya, arc ini menampilkan pertempuran paling berdarah yang pernah terjadi dalam siri Bleach.

Di sini, Ichigo perlu berhadapan dengan musuh yang lebih kuat dari Sosuke Aizen, iaitu Yhwach. Arc terakhir ini fokus pada pertempuran antara Soul Society melawan pasukan Quincy Yhwach. Bukan hanya menampilkan pertarungan yang epik, arc ini juga menonjolkan dan mempamerkan banyak Bankai dari karakter-karakter kuat dalam siri ini.

Kelima-lima anime yang tersenarai di atas benar-benar mempunyai ending yang bagus dan memenuhi cita rasa penonton. Semua anime di atas mengakhiri siri dengan arc yang sangat epik.

Bagaimana pula pendapat korang?

Baca lagi: Siapa yang Potong Tangan Kid dalam One Piece?
Baca juga: 10 Kematian Watak Jujutsu Kaisen Paling Brutal dan Mengejutkan