Home Kdrama/Kmovie Perfect Marriage Revenge: 4 Sebab Kenapa Han Yi Joo Balas Dendam

Perfect Marriage Revenge: 4 Sebab Kenapa Han Yi Joo Balas Dendam

0

Drama siri Perfect Marriage Revenge menceritakan kisah Han Yi Joo (Jung Yoo Min) yang kembali ke masa lalu selepas mengalami kemalangan dan meninggal dunia.

IMG 2187

Dalam Perfect Marriage Revenge, Han Yi Joon harus mengubah nasibnya dan melakukan balas dendam terhadap keluarganya, dia membuat keputusan untuk memutuskan tali pertunangannya dengan Yoo Se Hyeok (Oh Seung Yun) dan berkahwin secara kontrak dengan Seo Do Kook (Sung Hoon).

IMG 2183

Dengan peluang untuk kembali ke masa lalu Han Yi Joo ingin melakukan balas dendam terhadap orang yang telah berbuat jahat kepadanya. Berikut ini adalah 4 sebab utama balas dendam Han Yi Joo!

1. Ditipu suaminya

IMG 2185Selepas mendapat peluang untuk kembali ke masa lalu Han Yi Joo (Jung Yoo Min) memutuskan untuk mengubah nasibnya dan membalas dendam. Semuanya kerana dia dipermainkan dan dikhianati oleh suaminya, Yoo Se Hyeok (Oh Seung Yun).

Dalam tempoh perkahwinan, suaminya tidak pernah mencintai Han Yi Joo. Yoo Se Hyeok bersedia mengahwini Han Yi Joo hanya kerana merasa kasihan dan supaya dapat mendekati adiknya, Han Yoo Ra yang disukainya sekian lama.

 

2. Tidak dihargai ibunya

IMG 2179Walaupun kelihatan penyayang, Han Yi Joo mengetahui fakta bahawa ibunya, Lee Jung Hye (Lee Min Young) tidak menyukai dirinya sejak sekian lama. Han Yi Joo dianggap terlalu baik dan selalu berusaha menyembunyikan sifat tamaknya oleh ibunya, dia juga selalu mendapat layanan yang tidak adil dari ibunya.

Selain bakat melukisnya yang di pandang rendah, banyak lukisan Han Yi Joo yang diletakan di gudang daripada digantung di galeri. Sebelum terjadi kemalangan, Han Yi Joo dituduh dan diminta mengakui kesalahan yang dilakukan oleh ibunya.

 

3. Tidak dilayan dengan baik

Perfect marriage revengeWalau dibesarkan dalam keluarga terhormat dan kaya raya, itu semua tidak membuatkan kehidupan Han Yi Joo bahagia. Dia selalu mendapat layanan tidak adil dari keluarganya, hingga membuatkan dia selalu rasa terasing dan disisihkan. Makanan Han Yi Joo pernah diracuni, kejadian itu membuatnya sukar untuk mempercayai orang lain.

 

4. Mertua dan adik iparnya mengambil kesempatan

 

Han Yi Joo juga dipergunakan oleh mertua dan adik iparnya. Ibu mertuanya menuduh Han Yi Joo tidak mahu membantu suaminya, dia berbohong dengan mengatakan Han Yi Joo merupakan penyebab Yoo Se Hyeok berhenti kerja. Adik Yoo Se Hyeok juga menggunakan Han Yi Joo untuk mendapatkan barangan mewah, mengatakan bahawa dia terlalu naif kerana tidak mengetahui bahawa abangnya menyukai Han Yoo Ra.

IMG 2181

Han Yi Joo menjadi sasaran kejahatan yang dilakukan oleh keluarganya sendiri. Adakah anda tertarik untuk mengikuti kisah Han Yi Joo melalui drama Perfect Marriage Revenge? Jangan lupa untuk saksikan episod selanjutnya Perfect Marriage Revenge ya!

Baca lagi: Kdrama Perfect Marriage Revenge, Adaptasi Webtoon Tentang Balas Dendam
Baca juga: 6 Drama Korea Yang Paling Dinantikan Bulan Disember 2023