Home K - Pop 5 Bintang KPop Ini Kantoi Merokok di Bawah Umur, Dikritik Hebat

5 Bintang KPop Ini Kantoi Merokok di Bawah Umur, Dikritik Hebat

0

Merokok di bawah umur merupakan salah satu kesalahan yang tidak dapat dimaafkan bagi para bintang Kpop. Biasanya, rahsia buruk itu dibocorkan oleh kawan sekolah atau berdasarkan pengakuan bintang Kpop itu sendiri.

Berikut ini merupakan bintang idol KPop yang pernah menuai kontroversi kerana rahsia mereka merokok sewaktu masih belum cukup umur diketahui ramai. Mereka dianggap melakukan perbuatan yang memalukan kerana melanggar peraturan, hingga dituntut untuk meminta maaf.

 

1. Noh Yoo Min NRG

KpopPada 2018, Noh Yoo Min menceritakan pengalamannya sewaktu mendapat tawaran casting semasa sedang merokok. Sewaktu masih di sekolah, dia mengaku meninggalkan rumahnya karena enggan bersekolah dan ingin fokus mengejar impiannya menjadi penyanyi.

Sewaktu sedang merokok bersama Moon Sung Hoon, dia bertemu dengan boy group terkenal, Sobangcha. Jun Won Kwan, anggota kpop Sobangcha, memanggilnya dan menyuruhnya menunjukkan bakatnya dalam menyanyi dan menari. Dia cuba melakukan yang terbaik ketika itu.

Jung Won Kwan kemudian bertanya adakah dia ingin menjadi penyanyi atau tidak. Noh Yoo Min mengatakan dia ingin jadi penyanyi, tetapi dia tidak boleh pulang kerana dia melarikan diri dari rumahnya. Jung Won Kwan akhirnya menghubungi ibu bapa dan pihak sekolahnya.

Jung Won Kwan menyatakan, Noh Yoo Min tidak boleh pulang kerana perlu menghadiri uji bakat dan fokus mempersiapkan debutnya. Tidak lama kemudian, Noh Yoo Min debut bersama Moon Sung Hoon dalam NRG. Walaupun ceritanya menarik, tentu sahaja merokok semasa masih di bawah umur tidak dapat dibenarkan!

 

2. Soojin bekas anggota kumpulan (G)I-DLE

f2f4da7b dbaf 4f20 8a73 adb392cefea2Pada tahun 2021, ada 10 dakwaan yang menuduh Soojin sebagai pembuli masa zaman sekolahnya. Salah seorang mangsa dan kakak mendakwa Soojin menindas mereka. Cube Entertainment membantah dan menyatakan bahawa Soojin hanya berdebat dengan mereka tanpa melibatkan kekerasan.

Soojin juga menjelaskan masa lalunya itu melalui fancafe. Dia mengaku pernah merokok beberapa kali di sekolah, tetapi tidak pernah melakukan kekerasan. Dia membantah tuduhan merampas barang milik orang lain dan membuat orang lain dibuli.

Terlepas dari segalanya, Soojin menyesali perbuatannya yang pernah merokok di bawah umur kerana rasa ingin tahu. Walaupun demikian, dia sudah berhenti melakukannya setelah menginsafi diri dan menyedari tindakannya itu memalukan. Dia meminta maaf kerana membuat orang ramai gempar dengan kehidupan peribadinya.

 

3. Meiqi bekas anggota kumpulan WJSN

62a60dde da0e 4cd6 94d1 f7579ce3c18aPada tahun 2018, foto Meiqi sedang merokok tersebar luas melalui komuniti online. Dalam sebuah keterangan, disebutkan bahawa foto itu diambil sewaktu Meiqi baru berusia 16 tahun. Perkara ini menjadi kontroversi di kalangan masyarakat.

Netizen mengkritik Meiqi kerana merokok di bawah umur. Namun, ramai juga yang mendakwa bahawa foto itu hanyalah hasil edit belaka. Sayangnya, Meiqi tidak pernah buka mulut untuk menyangkal tuduhan tersebut.

 

4. Jenissi bekas anggota kumpulan Topp Dogg

8c455f61 9d8b 48aa b564 b65e780ebc17Jenissi menceritakan tentang masa remajanya dengan jujur melalui album solonya, True to be Honest, pada tahun 2016. Lirik dari track bertajuk “Back 2 The Sun” menjadi kontroversi kerana pengakuannya yang di luar jangkaan. Dalam lirik itu, dia bercerita bahawa dia merokok sejak zaman sekolah.

Jenissi mengaku merasa kesepian untuk pertama kalinya sewaktu berada di kelas 8. Dia selalu pulang dari sekolah dengan perasaan hampa kerana tidak ada orang di rumahnya.

Hasilnya Jenissi sering merokok, makan ramen, dan belajar rap bersama teman-temannya di padang depan rumahnya. Pengakuannya ini membuatkan netizen mengkritiknya kerana dia dianggap bangga melakukan tindakan buruk seperti merokok waktu masih di bawah umur.

 

5. Kihyun MONSTA X

46c04814 a7a6 4124 a802 5ac64c7a3742Pada 2021, seorang netizen mengaku sebagai mangsa buli Kihyun di komuniti online. Dia mendakwa Kihyun adalah pelajar bermasalah yang suka menindas dan mengambil wang orang lain sewaktu zamans sekolah. Dia juga berkongsi berbagai foto sewaktu meminum alkohol dan merokok di bawah umur.

Tidak lama kemudian, Starship Entertainment menyiasat kes tersebut dengan menghubungi pejabat sekolah, alumni, dan kenalan Kihyun. Sebahagian besar kawan sekelasnya mengatakan bahawa Kihyun tidak melakukan kekerasan di sekolah. Agensi juga mendedahkan catatan sekolah tentang perilaku baik Kihyun dari guru-gurunya.

Walaupun demikian, Starship Entertainment tidak membantah dakwaan Kihyun merokok dan minum alkohol di bawah umur. Maka dari itu, melalui fancafe, Kihyun menyatakan dia melakukan perkara yang tidak seharusnya dilakukannya sewaktu masih bergelar pelajar.

Tentu sahaja perbuatan mereka yang merokok sewaktu masih di bawah umur jelas tidak dapat dibenarkan walau apa pun alasan yang mereka berikan. Maka, ada di antara mereka yang sudah memohon maaf atas perbuatan tersebut.

Baca lagi: Dispatch Terlibat Membongkarkan Skandal Buli 4 Artis Korea Ini
Baca juga: 7 Video Muzik KPop Penuh Adegan Sadis, Tidak Sesuai untuk Kanak-Kanak Bawah Umur