Home Artis Korea Kenali 4 Pelakon Utama ‘Vigilante’, Pelakon Top Korea Selatan

Kenali 4 Pelakon Utama ‘Vigilante’, Pelakon Top Korea Selatan

0

Vigilante telah ditayangkan secara perdana sebanyak 2 episod pada 8 November 2023. Menceritakan tentang kadet polis yang mempunyai dua kehidupan.

IMG 1995

Ramai penonton yang sudah tidak sabar untuk menonton episod seterusnya. Sambil menunggu episod lain, jom kita berkenalan dulu dengan para pelakon utama Kdrama ini:

1. Nam Joo Hyuk

Vigilante Nama: Nam Joo Hyuk (남주혁)
Tempat, tarikh lahir: Busan, 22 Februari 1994 Zodiak: Pisces
Tinggi: 188 cm
Umur: 29 tahun
Jenis darah: A
Instagram: @skawngur

Nam Joo Hyuk memulakan kariernya dalam industri hiburan sebagai model pada tahun 2013 melalui runway SONGZIO Homme Spring/Summer 2014 Collection. Pada tahun 2014, dia memulakan debut lakonan dalam siri televisyen bertajuk The Idle Mermaid.

Setahun kemudian, Nam Joo Hyuk mendapat watak utama pertamanya dalam drama Who Are You: School 2015. Pada 2016, dia kembali membintangi drama Cheese in the Trap dan Scarlet Heart: Ryeo. Sejak dari itu, Nam Joo Hyuk kerap dipilih sebagai pelakon utama.

Setakat ini, drama yang menjadikan Nam Joo Hyuk sebagai pelakon utama semuanya berjaya, seperti Weightlifting Fairy Kim Bok-Joo (2016), Start-Up (2020), dan Twenty Five Twenty One (2022). Tahun ini, dia kembali lagi dengan drama Vigilante.

 

2. Yoo Ji Tae

5b1d5b3e b4dd 47db 8164 6f8cc526734cNama: Yoo Ji Tae
Tempat, tarikh lahir: Sinan, Wilayah Jeolla, 13 April 1976 Zodiak: Aries
Umur: 47 tahun
Pendidikan: Dankook University, Chung-Ang University Jurusan: Film & Theater
Tinggi: 188cm
Jenis darah: AB
Instagram: @jt_db

Selepas menjadi model berjaya, Yoo Ji Tae kemudian memulakan kerjaya lakonan pada tahun 1998 melalui filem Bye June. Namun namanya mula dikenali ramai selepas membintangi filem bertajuk Attack the Gas Station(1999) dan Ditto (2000).

Pada tahun-tahun berikutnya, Yoo Ji Tae mula mengorak langkag pantas dalam dunia lakonan hasil kerja sama dengan pengarah terkenal seperti Hur Jin Ho dalam filem One Fine Spring Day (2001), Park Chan Wook dalam Oldboy(2003), serta Hong Sang Soo dalam Woman is the Future of Man (2004).

Yoo Ji Tae pertama kali membintangi drama televisyen 8 Love Stories pada tahun 1999. Sejak dari itu, dia mula membintangi banyak drama hits, seperti Healer(2014), Jugglers (2017), dan Money Heist (2022). Tahun ini dia muncul dalam Vigilante.

 

3. Lee Joon Hyuk

b888b74a ccee 41fc 8151 0c8ead3307a7Nama: Lee Joon Hyuk
Tarikh lahir: 13 Mac 1984
Zodiak: Pisces
Umur: 39 tahun
Pendidikan: Universiti Hanshin jurusan Pengiklanan dan Hubungan Awam, Universiti Dankook jurusan Seni Lakon
Tinggi: 180 cm
Instagram: @leejunhyuk05

Lee Joon Hyuk memulakan kariernya dalam dunia hiburan dengan muncul dalam video muzik kumpulan Typhoon pada tahun 2006. Dia debut sebagai aktor dalam drama bertajuk First Wives’ Club pada tahun 2007 dan diikuti dengan watak-watak pembantu lainnya.

Lee Joon Hyuk mula dikenali selepas membintangi drama Three Brothers (2009), I Am Legend (2010), dan City Hunter (2011). Pada tahun 2017, namanya mula hangat sebagai pelakon selepas membintangi drama Stranger dan filem Along With the Gods: The Two Worlds.

Pada tahun 2018, Lee Joon Hyuk melakonkan watak utama dalam drama perubatan A Poem a Day. Sejak dari itu, dia selalu dipilih sebagai pelakon utama dalam berbagai-bagai drama. Tahun ini, dia akhirnya tampil bersama Yoo Ji Tae melalui drama Vigilante.

 

4. Kim So Jin

8f9e4e4a 6298 4e50 8984 23709a6f5f27Nama: Kim So Jin
Tarikh lahir: Inje, Wilayah Gangwon, 12 Disember 1979
Zodiak: Sagitarius
Umur: 43 tahun
Pendidikan: Universiti Chung-Ang jurusan Teater, Korea National University of Arts – M.A dalam Fine Arts

Kim So Jin memulakan kariernya dalam dunia lakonan melalui filem Haunters pada tahun 2010. Selepas itu, dia kembali membintangi filem Officer of the Year dan Quick pada tahun 2011. Sejak dari itu, dia mula aktif tampil dalam banyak filem layar perak, termasuk The King.

Hasil lakonannya sebagai pendakwa raya dalam filem The King(2017), Kim So Jin menerima pujian dan memenangi beberapa anugerah, termasuk Blue Dragon Film Award, Grand Bell Award, dan juga Baeksang Arts Award.

Kim So Jin mula berjinak-jinak dalam drama televisyen pada tahun 2016 melalui drama Marriage Contract. Setakat ini, dia memang dikenali jarang membintangi drama televisyen. Selepas drama Marriage Contract, dia hanya membintangi Through the Darkness (2022) dan Vigilante (2023).

Jangan lupa untuk menonton Vigilante(2023) untuk menyaksikan persembahan hebat pelakon-pelakon kesayangan anda!

Baca lagi: Vigilante: Nam Joo Hyuk dan Yoo Ji Tae Berjaya Bawa Watak Seperti dalam Webtoon
Baca juga: 6 Kdrama Adaptasi Webtoon yang Tayang November 2023