Home Disney+ Vigilante: Nam Joo Hyuk dan Yoo Ji Tae Berjaya Bawa Watak Seperti...

Vigilante: Nam Joo Hyuk dan Yoo Ji Tae Berjaya Bawa Watak Seperti dalam Webtoon

0

2 episod pertama Vigilante telah ditayangkan pada Rabu, 8 November 2023. Drama ini diadaptasi dari webtoon bertajuk sama yang sudah tamat sejak 2021 lalu. Namun, webtoon Vigilante disiar semula melalui LINE Webtoon dan masih ongoing.

Melalui sidang media drama Vigilante pada 6 November 2023, para pelakon yang membintangi drama siri ini bercerita tentang sebab-sebab mereka membintangi drama ini. Yoo Ji Tae mendedahkan bahawa dia adalah peminat setia webtoon Vigilante sejak webtoon itu mula-mula dilancarkan dahulu.

Selain itu, Yoo Ji Tae dan Kim So Jin juga berkongsi perbezaan watak mereka dalam drama vs webtoon.

 

1. Pengarah Choi Jeong Yeol ingin menyajikan drama yang lebih menegangkan dan penuh misteri dibandingkan dengan versi webtoon

Vigilante Pengarah Choi Jeong Yeol ingin menampilkan drama terbaik buat para penonton. Dia ingin membuat penonton tertanya-tanya pada setiap episod Vigilante (2023).

“Saya ingin pengakhiran yang tergantung untuk setiap penghujung episod. Jadi saya ingin para penonton berfikir dan menunggu apakah yang akan terjadi seterusnya,” jelas Choi.

Vigilante versi LINE Webtoon sudah menayangkan 50 episod. Namun, dalam versi drama Korea hanya mempunyai jumlah 8 episod. Choi perlu mengubahsuai dan memotong beberapa plot cerita dari webtoon.

 

2. Sebab utama Yoo Ji Tae dan Lee Joon Hyuk membintangi Vigilante (2023) adalah kerana siri webtoon

fd1e5ed5 17b2 4a90 bd97 f2ffa6c53b21Yoo Ji Tae mendedahkan bahawa dia adalah peminat setia webtoon Vigilante sejak pertama kali disiarkan. Yoo Ji Tae juga mengajak kawan-kawan rapatnya untuk membaca webtoon tersebut.

“Jadi sebelum diadaptasi menjadi drama, saya adalah peminat setia webtoon (Vigilante),” cerita Yoo Ji Tae.

Lee Joon Hyuk berkongsi tentang webtoon Vigilante, “saya dengar webtoon ini akan diadaptasi ke dalam drama, jadi mereka meminta saya untuk membaca webtoon tersebut. Saya membaca webtoon, dan saya rasakan webtoon ini sangat menarik dan membuatkan saya selalu tertanya-tanya.”

 

 

3. Choi Jeong Yeol yakin Nam Joo Hyuk boleh membawa watak Kim Ji Yong sama seperti versi webtoon

0016e854 d431 4864 ad62 5c8135286e54Nam Joo Hyuk membawa watak sebagai Kim Ji Yong kini sedang menjalani latihan ketenteraan wajib. Walaupun tidak hadir sewaktu sesi sidang media, Choi memuji Nam Joo Hyuk.

“Saya rasa Nam Joo Hyuk sempurna dalam menggambarkan watak dengan duality seperti (Kim Ji Yong) kerana dia sangat muda dan perwatakannya yang menyegarkan,” jelas Choi.

Dia meneruskan, “Jika anda menonton drama, anda akan menyedari bahawa Ki Yong dalam drama adalah watak yang sangat menarik. Saya rasa Ki Yong yang dibawakan oleh Nam Joo Hyuk juga adalah watak yang menarik.”

 

4. Yoo Ji Tae dipuji seperti versi 3D untuk watak Jo Heon

dd16f931 4540 4ecb a97b 38f74aff7897Lee Joon Hyuk memuji Yoo Ji Tae dan mengatakan bahawa dia sangat berjaya melakonkan watak Jo Heon. Sewaktu pertama kali bertemu, dia melihat watak Jo Heon seakan-akan keluar dari webtoon.

“Ini seperti Jo Heon keluar terus dari webtoon,” ucap Lee Joon Hyuk.
“Rambut, kostum, dan semuanya sama seperti Jo Heon. Jadi saya rasa, saya perlu bekerja lebih keras kerana dia (Yoo Ji Tae) sudah melakukan persiapan yang sangat sempurna,” ujar Choi lagi.

 

5. Perbezaan watak yang dibawa oleh Yoo Ji Tae dan Kim So Jin dalam drama vs webtoon

bace86b7 56e6 4ecc a1ce 302ec875a4b5Yoo Ji Tae dan Kim So Jin menceritakan tentang perbezaan watak mereka dalam drama vs webtoon Vigilante (2023). Lee Joon Hyuk merasakan watak Jo Gang Ok dalam drama dan webtoon tidak terlalu berbeza.

“Jika dilihat, dia (Jo Heon) adalah seperti karakter yang keluar dari kartun. Jadi saya ingin menambahkan kesan lebih hidup padanya,” jelas Yoo Ji Tae.

Manakala untuk watak Choi Mi Ryeo yang dibawa oleh Kim So Jin, Choi menambah perspektif yang berbeza dari versi webtoon.

“Choi menambahkan perspektif yang berbeza dari webtoon. Jadi watak saya (dalam drama) bukan wartawan pelatih. Watak ini sudah mengalami banyak cabaran dan dia mempunyai pengalaman lebih banyak sebagai wartawan,” kata Kim So Jin.

Para pelakon mengakui bahawa webtoon Vigilante sangat menarik dan penuh misteri. Sebelum menyaksikan drama ini, anda boleh juga membaca versi webtoon Vigilante untuk mendapatkan kefahaman lebih mendalam mengenai ceritanya!

Baca lagi: 7 Kdrama Terbaru November 2023, Ada Vigilante dan My Demon
Baca juga: Death’s Game, Adaptasi Webtoon Menampilkan Park So Dam Sebagai “Death” Yang Akan Menghukum Seo In Guk