Home Kdrama/Kmovie 4 Pelakon dalam Siri Filem The Roundup Bawa Watak Villain, Siapa Paling...

4 Pelakon dalam Siri Filem The Roundup Bawa Watak Villain, Siapa Paling Jahat?

0

The Roundup ialah sebuah siri filem aksi jenayah Korea Selatan, dibintangi oleh Ma Dong-seok sebagai watak utama. Ditayangkan kali pertama pada tahun 2017, siri filem aksi The Roundup masih menjadi salah satu filem aksi yang ditunggu-tunggu oleh para penonton. Mengisahkan tentang detektif Ma Seok Do yang memburu penjahat kejam, filem Korea ini selalu menampilkan adegan penuh aksi yang membuatkan penonton turut merasakan ketegangan ketika menonton.

Filem pertama The Outlaws, diarahkan oleh Kang Yoon-sung, dibintangi oleh Yoon Kye-sang sebagai antagonis telah dikeluarkan pada 2017. Filem kedua berjudul The Roundup, diarahkan oleh Lee Sang-yong dan Son Suk-ku memainkan watak antagonis, telah dikeluarkan pada 2022. Filem ketiga bertajuk The Roundup: No Way Out, diarahkan oleh Lee Sang-yong, telah dikeluarkan pada 31 Mei 2023. Filem keempat The Roundup: Punishment telah ditayangkan di seluruh dunia di Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-74 pada 23 Februari, 2024.

Dalam siri keempatnya yang bertajuk The Roundup: Punishment, detektif Ma Seok Do (Ma Dong Seok) menangani kes pengedaran dadah yang menggunakan aplikasi kurier. Pelakon terkenal Kim Moo Yeol tampil menjadi musuh terbaru dalam filem The Roundup: Punishment.

Sebelum Kim Moo Yeol, beberapa orang pelakon lelaki Korea lain juga pernah membawa watak sebagai villain dalam siri filem The Roundup. Siapakah mereka? Jom lihat ulasan dibawah!

 

1. Yoon Kye Sang dalam filem The Outlaws (2017)

Outlaws The Outlaws merupakan permulaan perjalanan detektif Ma Seok Do (Ma Dong Seok). Filem ini mengisahkan tentang detektif Ma Seok Do yang bertugas di kawasan Chinatown Seoul. Daerah ini merupakan kawasan yang dibentuk oleh orang Cina yang bermukim di Korea. Di kawasan ini, ada sarang gengster yang sering meminta wang perlindungan dari para peniaga di daerah sekitar.

Salah seorang gengster di kawasan Chinatown adalah Jang Chen (Yoon Kye Sang). Dia berasal dari Cina dan kini bekerja sebagai seorang lintah darat di Chinatown, Seoul. Dalam menjalankan pekerjaannya, Jang Chen dibantu oleh anak buahnya, Wei Sung Rak (Jin Sun Kyu) dan Yang Tae (Kim Sung Kyu).

Jang Cheng boleh menggunakan berbagai-bagai cara brutal untuk menghasilkan wang sebanyak-banyaknya. Ma Seok Do yang sedang menjaga keamanan di kawasan tersebut perlu berhadapan dengan Jang Chen. Bukan hanya itu, terdapat pula dua geng Cina-Korea yang sedang sibuk mahu merebut kuasa di kawasan tersebut.

Baca juga: Mengagumkan, Box Office No 1: ‘The Roundup: Punishment’ Mencapai Debut $29 Juta

2. Son Suk Ku dalam filem The Roundup (2022)

RoundupSelang 5 tahun selepas The Outlaws, sekuel yang bertajuk The Roundup ditayangkan. Filem ini kembali menceritakan tentang perjalanan detektif Ma Seok Do yang memburu para pembunuh kejam. Sekitar 4 tahun selepas tertangkapnya Jang Chen, detektif itu kembali mendapat tugasan baru yang memerlukan dia pergi ke Vietnam.

Di Vietnam, Ma Seok Do hendak membawa pulang para suspek kes pembunuhan. Namun, setibanya di sana, dia menemui sebuah kes baru yang melibatkan pembunuhan para pelancong selama bertahun-tahun. Kejahatan kejam tersebut kemudian diketahui telah dilakukan oleh Kang Hae Sang (Son Suk Ku). Ma Seok Do dan pasukannya bekerja labih keras untuk memburu Kang Hae Sang yang dikenali memang sukar ditangkap.

Baca lagi: The Roundup No Way Out, Filem Terlaris Korea 2023, Tayang di Viu

3. Lee Joon Hyuk dalam filem The Roundup: No Way Out (2023)

15ab5251 7c19 4b5b 87e7 346ba0e71929The Roundup: No Way Out merupakan siri filem ketiga yang ditayangkan pada tahun 2023. Kisah ini terjadi 7 tahun selepas penangkapan Kang Hae Sang di Vietnam. Kini Ma Seok Do bergabung dengan Pasukan Penyiasatan Metropolitan yang diketuai oleh Jang Tae Soo (Lee Beom Soo). Semuanya bermula ketika dia mengetahui kes pembunuhan yang melibatkan dadah sintetik. Kes tersebut membuatnya melakukan penyiasatan mendalam.

Mereka ditugaskan untuk menangkap Joo Seong Cheol (Lee Joon Hyuk), anak lelaki kepada ahli perniagaan kaya raya yang bersekongkol dengan gengster Jepun. Joo Seong Cheol kerap bergaduh dan melakukan jenayah yang keji. Gengster Jepun yang juga menjadi distributor, Ricky (Aoki Munetaka) bersama gengnya juga datang ke Korea untuk menambah huru hara pada situasi yang sudah kacau bilau tersebut.

Baca juga: The Roundup: Punishment Kali Ini Mengisahkan Tentang Judi Atas Talian, Sudah Bersedia?

4. Kim Moo Yeol dalam filem The Roundup: Punishment (2024)

00e21358 371e 4276 93cb 80ed8c781ffeSiri keempat iaitu The Roundup: Punishment meneruskan kisah detektif Ma Seok Do yang kembali mendapat tugasan baru. Dia bergabung dengan Pasukan Penyiasatan Siber dengan tugas menangkap bekas tentera upahan yang sekaligus merupakan anggota sindiket judi online bernama Baek Chang Ki (Kim Moo Yeol). Namun, di sebalik tugasnya, Ma Seok Do juga memiliki dendam peribadi terhadap Baek Chang Ki kerana pengkhianatannya di masa lalu.

Pemburuan Ma Seok Do bukannya mudah, terutamanya kerana dia perlu berhadapan dengan berbagai-bagai ancaman dan konspirasi. Selain itu, dia juga perlu menghadapi Jang Dong Cheol (Lee Dong Hwi), anggota sindiket judi online lain yang juga merupakan musuhnya. Semasa penyiasatan berlangsung, mereka menemui kematian seorang developer aplikasi judi online yang berhubung kait dengan jaringan yang diketuai oleh Baek Chang Ki.

Dengan pengembaraan yang penuh aksi dan ketegangan, Ma Seok Do dan pasukannya berjuang untuk mengungkap kebenaran dan menangkap para penjenayah kejam. Filem The Roundup: Punishment telah ditayangkan di pawagam pada 24 April 2024.

Baca lagi: Kim Moo Yul Bawa Watak Villain dalam Siri Roundup, Dikatakan sebagai Villain Paling Kejam Siri Filem Ini

Bermula dari Yoon Kye Sang hingga Kim Moo Yeol, para pelakon di atas telah menampilkan persembahan lakonan terbaik mereka semasa menjadi villain dalam siri filem The Roundup. Walau membawa watak sebagai penjahat, penampilan mereka tetap berjaya membuatkan peminat jatuh hati, siapakah yang paling jahat dan berjaya membuatkan penonton terpaku di depan skrin?

Baca lagi: 7 Filem Menarik yang Dibintangi Don Lee, Pelbagai Genre
Baca juga: ‘She Is Different Day and Night’, Kdrama Baru Tentang Gadis Muda Terperangkap dalam Tubuh Wanita Tua

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here