Home Artis Korea 7 Filem Menarik yang Dibintangi Don Lee, Pelbagai Genre

7 Filem Menarik yang Dibintangi Don Lee, Pelbagai Genre

0

Ma Dong Seok yang juga dikenali sebagai Don Lee merupakan pelakon lelaki Korea Selatan yang telah mencuri perhatian penonton global dengan penampilannya yang kuat dan karisma yang tersendiri. Dia telah membintangi berbagai-bagai filem dengan pelbagai genre dan berjaya memikat para penonton dari seluruh dunia.

Buat anda yang ingin menonton filem-filem lakonan Don Lee, berikut ini adalah tujuh buah pilihan filem menarik yang dibintangi oleh pelakon ini.

 

1. Unstoppable (2018)

Don leeUnstoppable merupakan filem aksi Korea Selatan yang diarahkan oleh Kim Min Ho. Filem ini menampilkan Don Lee sebagai pelakon utama. Filem ini menceritakan tentang seorang lelaki biasa, Dong Chul, yang terperangkap dalam situasi yang tidak dijangka apabila isterinya diculik oleh sebuah organisasi misteri.

 

2. Men of Plastic (2022)

cf1f6cf8 5c53 4285 98ba f4e2d8332485Filem komedi ini menampilkan Don Lee dalam watak yang berbeza dari kebiasaannya. Men of Plastic menceritakan tentang Dae Kook (Ma Dong Seok) yang tinggal di Apgujeong, Daerah Gangnam, Seoul sejak lahir. Namun, dia tidak memiliki sebarang pekerjaan. Suatu hari, dia bertemu Ji Woo, seorang pakar bedah plastik yang hebat.

Dae Kook dan Ji Woo bekerja sama dan memulakan perniagaan pembedahan plastik di Apgujeong, Daerah Gangnam. Ma Dong Seok membawa watak yang lucu dan menghiburkan. Dia membawa komedi yang segar dalam filem ini.

 

3. Ashfall (2019)

e01816ac 1439 44da baa8 a9b810bee05aAshfall merupakan filem bencana yang menampilkan Ma Dong Seok sebagai salah seorang pelakon utama. Filem ini mengisahkan tentang letusan gunung berapi yang mengancam kehidupan di Semenanjung Korea. Ma Dong Seok membawa watak sebagai Kang Bong Rae, seorang ahli geologi yang hebat.

 

4. Wonderful Ghost (2018)

IMG 4241Filem komedi fantasi ini diarahkan oleh Jo Won Hee. Wonderful Ghost menampilkan Ma Dong Seok sebagai Jang Soo, seorang jurulatih judo. Suatu hari, semasa di hospital, Jang Soo bertemu dengan roh Tae Jin, seorang polis yang sedang koma. Mengetahui bahawa Jang Soo boleh melihatnya, roh Tae Jin meminta bantuan jurulatih judo itu.

Jang Soo diminta untuk memecahkan kes yang belum selesai ditanganinya. Pada mulanya Jang Soo tidak peduli, tetapi roh Tae Jin terus mengikutinya. Oleh sebab itu, Jang Soo akhirnya terlibat dalam sebuah kes yang mengejutkan.

 

5. The Roundup (2022)

60a35b2d 760b 4abf 8077 b99d1fcb3e7eThe Roundup merupakan filem aksi jenayah yang menampilkan Don Lee sebagai pelakon utama. Dia membawa watak sebagai detektif Ma Seok Do. Bersama pegawai atasannya, Jeon Il Man, mereka ditugaskan ke Vietnam untuk menangkap seorang penjenayah kejam.

Filem keempat bagi siri The Roundup juga telah menemui para peminatnya pada 24 April 2024. Filem Korea bertajuk The Roundup: Punishment ini sudah ditayangkan secara perdana di Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-74 pada 23 Februari 2024 yang lalu, sebelum ditayangkan secara rasmi di pawagam Korea Selatan.

Don Lee atau Ma Dong Seok akan berurusan dengan villain baru yang pastinya akan lebih ganas dan jahat dalam filem keempat The Roundup ini. Lawannya kali ini adalah Kim Moo Yul dan Lee Dong Hwi.

 

6. The Gangster, The Cop, The Devil (2019)

2701bf0c 4adc 4280 ba43 680300ef03b7Fakta menarik mengenai filem The Gangster, The Cop, The Devil ialah filem ini dihasilkan berdasarkan sebuah kisah benar. Kisah mengenai ketua gangster yang berpengaruh, polis yang amanah, dan seorang pembunuh bersiri yang gila dan tidak berperikemanusiaan. Pertembungan tiga figura ini merupakan klimaks paling menarik dalam filem aksi jenayah ini.

Plot filem bermula dengan amat mengejutkan apabila seorang lelaki mati ditikam berkali-kali oleh pembunuh bersiri yang sedang dirasuk kegilaan. Penuh darah dan amat memualkan. Seterusnya penonton-penonton akan disajikan dengan babak-babak kejar mengejar antara polis, ketua gangster dan pembunuh bersiri terbabit.

Ketua gangster iaitu Jang Dong-soo (Don Lee) telah menjadi mangsa pembunuh bersiri tersebut, namun kehandalan Jang Dong-soo mempertahankan diri telah mematahkan serangan gila sang pembunuh. Dendam Jang Dong-soo telah membuat dirinya untuk bersepakat dengan seorang anggota polis yang jujur yang juga sedang menyiasat kes pembunuhan bersiri yang dilakukan oleh penyerang Jang Dong-soo.

 

7. The Chronicles of Evil (2015)

ff11040c 75f0 4f4c 8e1c d6085ed3f88cThe Chronicles of Evil merupakan filem thriller yang menampilkan Don Lee sebagai pelakon pembantu yang sangat berkesan. Filem ini mengisahkan tentang seorang detektif yang berhadapan dengan situasi yang penuh teka-teki dan konspirasi setelah terlibat dalam sebuah pembunuhan yang tragis. Walau watak Don Lee dalam filem ini bukan sebagai watak utama, penampilannya tetap menonjol dan memberikan sumbanhan yang bererti dalam membangunkan ketegangan dalam jalan cerita.

Selain 7 filem diatas, masih banyak lagi filem-filem lain dibintanginya. 7 filem dengan pelbagai genre di atas memang perlu anda tonton jika anda adalah peminat Don Lee. Dari aksi hingga komedi, filem-filem ini menampilkan bakat lakonan yang luar biasa dari Don Lee dan akan memberikan pengalaman menonton yang menghiburkan serta memikat buat anda!

Baca lagi: Selepas 3 Tahun Mendirikan Rumah Tangga, Ma Dong Seok dan Isteri Bakal Adakan Majlis Perkahwinan pada Bulan Mei 2024
Baca juga: Mengagumkan, Box Office No 1: ‘The Roundup: Punishment’ Mencapai Debut $29 Juta

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here