Home Artis Korea 3 Filem Aksi Terbaru Dibintangi Kang Dong Won

3 Filem Aksi Terbaru Dibintangi Kang Dong Won

0

Filem yang dibintangi pelakon chungmuro selalunya memang ditunggu-tunggu oleh para penonton dan peminat.

Tidak terkecuali projek filem terbaru dari Kang Dong Won yang dijangka bakal meletup dan meledak di pasaran.

Kang Dong Won yang dahulunya dinaungi oleh YG Entertainment ini bakal membuat kemunculan dengan tiga buah filem Korea yang semuanya membawa genre aksi.

Sebelum ini, Kang Dong Won memang sangat identikal dengan filem aksi jenayah. Aksinya melakonkan setiap watak dengan berkesan menantang sudah tidak perlu diragukan lagi! Berita tentang projek filem pelakon ini menjadi khabar gembira bagi para peminatnya, selain itu, pelakon ini dikhabarkan akan membintangi drama siri Polaris (2023).

Berikut adalah 3 buah filem yang bakal menampilkan Kang Dong Won:

 

1. Dr. Cheon and Lost Talisman

Kang Dong WonDr. Cheon (Kang Dong Won) dalam filem Dr. Cheon and Lost Talisman menipu semua orang dengan mengatakan dia adalah pengusir hantu. Walaupun tidak mempunyai kuasa melihat dan berkomunikasi dengan hantu, Cheon mampu menangani semua kes dengan baik.

Suatu ketika ada satu kes spiritual yang menawarkan bayaran yang lumayan, tapi sangat sukar untuk dipecahkan. Dr. Cheo bersama pembantunya, In Bae (Lee Dong Hwi), mengembara dalam perjalanan mistik yang tidak pernah mereka alami sebelum ini.

Filem Korea Dr. Cheon and Lost Talisman akan ditayangkan pada 27 September 2023 ini. Ramai pelakon terkenal turut terlibat dalam filem ini seperti Heo Jun Ho, Esom, dan Kim Jong Soo. Bakal menambah tarikan untuk filem ini adalah penampilan Jisoo BLACKPINK yang dikhabarkan tampil sebagai cameo!

 

2. War and Revolt

658880ae d724 4994 bc2f 6eb12f30fa52Filem Korea terbaru yang dibintangi oleh Kang Dong Won yang kedua adalah War and Revolt. Filem kolosal Netflix yang menampilkan Kang Dong Won sebagai Chun Young. Hamba bernama Chun Young dengan kebolehan bertarung yang hebat turut mempertahankan Joseon dalam Perang Imjin.

Perang Imjin yang terjadi pada zaman 1592-1598 bermula dari rancangan jeneral angkatan tentera Jepun untuk menakluk dinasti Ming. Namun, langkah awal yang mereka tempuh untuk mewujudkannya adalah menguasai Joseon.

Filem aksi kolosal ini semakin menarik perhatian kerana dibintangi oleh pelakon top dan popular seperti Cha Seung Won, Kang Dong Won, dan Park Jung Min. Filem ini ditulis dan diterbitkan oleh Park Chan Wook, pengarah Oldboy (2003) dan The Handmaiden (2016).

 

3. The Incident

2f165c12 7c9a 4293 b9f1 a8a853ba0e81Pada 26 Agustus 2023, Kang Dong Won disahkan akan membintangi The Incident, filem remake Hongkong Accident (2009). Filem ini menceritakan tentang seorang pembunuh upahan yang mengalami kemalangan sewaktu menjalankan misi.

Kang Dong Won dipilih untuk membawa watak pembunuh yang bernama Yeong Il, pengganti Brian dalam filem asal. Watak ini berusaha untuk mengungkap dalang di sebalik insiden yang melibatkannya.
The Incident menandakan tambaham senarai Kang Dong Won dalam filem aksi. Belum disahkan jadual pasti penayangannya, filem ini juga bakal menampilkan pemain Lee Mi Sook, Lee Hyun Wook, dan juga pelakon muda Tang Jun Sang.

Pasti para peminat sudah tidak sabar untuk menonton filem-filem baru Kang Dong-won bukan? Nantikan tayangannya di pawagam berdekatan!

Baca lagi: 8 Watak Kdrama 2023 Yang Kehilangan Kuasa Luar Biasa Mereka
Baca juga: 8 Filem Korea Bakal Tayang September 2023 Ini