Home Entertainment 8 Filem Korea Bakal Tayang September 2023 Ini

8 Filem Korea Bakal Tayang September 2023 Ini

0

Sejumlah filem Korea pelbagai genre dijadualkan tayang pada September 2023 ini.

Terdapat 8 filem Korea yang telah disahkan bakal tayang perdana bulan September. Genrenya beragam, mungkin sahaja ada penonton yang tertarik dengan beberapa senarai dibawah ini, jom kita lihat!

 

1. Seo Taiji 25 Live Time: Traveler

IMG 3291

Konsert anniversary ke-25 tahun Seo Taiji di industri muzik yang diadakan tahun 2017 akan dihidupkan kembali di pawagam. Persembahan lagenda dari lagu “I Know” hingga “Comeback Home” yang digelar di Jamsil Olympic Stadium dapat disaksikan lagi oleh para penggemar. Filem Korea Seo Taiji 25 Live Time: Traveler akan segera dikeluarkan pada 6 September 2023 ini.

 

2. Sleep

IMG 3292

Sleep telah melakukan premiere di International Critics’ Week bakal dikeluarkan pada 6 September juga. Filem Korea Sleep arahan pengarah Jason Yu ini mengangkat genre seram-komedi tentang sepasang suami isteri bernama Hyun Su (Lee Sun Kyun) dan Soo Jin (Jung Yu Mi). Kehidupan mereka berubah drastik setelah Hyun Su menderita gangguan sleepwalking parah yang membuatkan dirinya menjadi lebih berbahaya di malam hari.

3. IU Concert: The Golden Hour

IMG 3293

Penggemar KPop pasti tahu betapa meriahnya konsert IU bertajuk The Golden Hour: Under the Orange Sunyang yang dilancarkan pada tahun 2022 lalu. Konsert itu merupakan peringatan 15 tahun debut IU di industri muzik Korea Selatan. Suasana konsert IU tersebut akan dibawa ke layar pawagam dan ditayang perdana pada 13 September ini.

4. Road to Boston

IMG 3295

Telah lama dinanti, filem Road to Boston telah disahkan akan ditayang perdana pada 9 September ini. Filem ini mengangkat kisah atlet lari marathon lagenda Korea, iaitu Sohn Kee Chung dan Suh Yun Bok yang masing-masing dilakonkan oleh Ha Jung Woo dan Im Siwan. Perjuangan penuh gairah dan semangat kesukanan dari atlet marathon Korea di peringkat antarabangsa pertama pasca kemerdekaan iaitu 1947 Boston Marathon akan digambarkan kembali dalam filem ini.

5. A Lonely Island in the Distant Sea

IMG 3296

Filem Korea bertajuk A Lonely Island in the Distant Sea adalah filem independen yang bakal ditayang pada 27 September 2023. Filem ini membawa kisah seorang pematung bernama Yoon Cheol (Park Jong Hwan). Dia memiliki seorang anak perempuan bernama Ji Na (Lee Yeon) yang juga berbakat dalam bidang seni, tetapi memutuskan berhenti sekolah dan memasuki kuil Buddha. Hidup Yoon Cheol menjadi kacau kerana setiap rancangannya tidak berjalan sesuai dengan kehendaknya.

6. Cobweb

IMG 3297

Song Kang-ho, Im Soo Jung, Oh Jung Se, Jeon Yeo Been, dan Krystal yang tergabung di filem Cobweb tak lama lagi akan segera menyapa penonton. Filem ini ditayang perdana saat perayaan Chuseok pada 27 September ini. Cobweb mengisahkan tentang pengarah Kim (Song Kang-ho), yang taksub dengan fakta bahawa pengakhiran filem Cobweb yang difilemkan pada tahun 1970-an, adalah lebih baik jika difilemkan semula. Ia adalah filem yang menggambarkan perkara sedih dan lucu yang berlaku semasa penggambaran dilakukan.

7. Dr. Cheon and The Lost Talisman

IMG 3298

Filem Korea Dr. Cheon and The Lost Talisman juga akan ditayangkan saat perayaan Chuseok. Kang Dong Won memerankan watak utama yang merupakan penghalau syaitan palsu bernama Dr. Cheon. Dia yang sama sekali tidak mempunyai kemampuan untuk mendengar atau melihat makhluk halus akan berdepan dengan kejadian kerasukan sebenar yang berbahaya. Heo Jun Heo, Lee Dong Hwi, Esom, dan Kim Jong Soo juga akan tampil dalam filem ini.

8. Havana

Filem Korea

Filem Korea Havana dipastikan akan ditayangkan pada bulan September walaupun tarikh rasminya belum disahkan lagi. Kang Min Hyuk mengambil peranan Jeong Min seorang peguam rookie. Klien Jeong Min adalah seorang wanita bernama Yoon Ah (Yoo Da In) yang menjadi tertuduh ke atas pembunuhan suaminya. Saat Jeong Min merasa kes ini sudah hampir selesai, kebenaran yang disembunyikan Yoon Ah mulai terbongkar sedikit demi sedikit yang bakal memberi kejutan kepadal Jeong Min.

Beberapa filem Korea di atas ada yang telah ditayang perdana di pelbagai festival antarabangsa. Oleh kerana itu, penayangannya di pawagam Korea begitu dinantikan. Semoga filem-filem Korea di atas juga akan ditayangkan di pawagam Malaysia!

Nah, filem manakah yang paling anda nantikan?

Baca lagi: 10 Kdrama Terbaru Tayang September 2023
Baca juga: 22 Filem Korea Berdasarkan Kisah Benar Yang Wajib Ditonton