Home Entertainment 5 Filem dan Drama Korea Berlatarkan Zaman Pemerintahan Raja Injo, Menarik dan...

5 Filem dan Drama Korea Berlatarkan Zaman Pemerintahan Raja Injo, Menarik dan Mendebarkan

0

Filem dan drama Korea sering kali menjadikan Dinasti Joseon sebagai tema dan latarbelakang kisah sesebuah cerita.

Dari beberapa raja yang memerintah, salah satu yang kerap dijadikan latarbelakang dalam filem ataupun drama Korea adalah ketika pemerintahan Raja Injo.

Pemerintahannya berlangsung dari tahun 1623 hingga tahun 1649. Selama tempoh tersebut, ada beberapa kisah sejarah yang popular. Contohnya penjajahan Dinasti Qing sehinggalah kematian misteri oleh Putera Mahkota So Hyun, anak Raja Injo.

Beberapa filem dan drama Korea berikut ini menyajikan beragam tema walaupun mengambil latarbelakang saat pemerintahan Raja Injo. Terbaru adalah My Dearest. Jom kita semak senarai filem dan drama Korea dibawah ini:

 

1. Iljimae: The Phantom Thief (2008)

IMG 3304

Drama Korea Iljimae: The Phantom Thief bermula dari pembunuhan Lee Won Ho (Jo Min Gi). Raja Injo (Kim Chang Wan) melakukan hal itu kepada Lee Won Ho yang tidak lain adalah adiknya sendiri kerana merasa takhtanya tergugat. Lee Gyeom (Yeo Jin Goo), anak dari Lee Won Ho yang masih kecil melihat kematian sang ayah di depan matanya.

Lee Gyeom kemudian hidup bersembunyi dan juga kehilangan ingatannya. Dia dirawat oleh Na Soe Dol (Lee Moon Shik) dan menjalani kehidupan baru dengan nama Na Yong (Lee Joon Gi). Hingga suatu hari, Yong mendapatkan kembali ingatannya dan menjadi Iljimae atau pencuri yang mengambil harta bangsawan untuk diberikan pada rakyat. Yong melakukan hal itu untuk menemukan orang yang telah membunuh ayahnya.

2. The Three Musketeers (2014)

IMG 3305

Drama Korea The Three Musketeers terinspirasi dari novel bertajuk sama karya Alexandre Dumas pada tahun 1844. Versi dramanya adalah dalam tempoh pemerintahan Raja Injo dari Dinasti Joseon. Namun, fokus utama ceritanya adalah pada tiga askar pengawal Putera Mahkota So Hyun (Lee Jin Wook), putera dari Raja Injo (Kim Myung Soo).

Pengawal Putera Mahkota pada awalnya hanya ada Heo Seung Po (Yang Dong Geun) dan An Min Seo (Jung Hae In). Kemudian, Mereka tak sengaja bertemu Park Dal Hyang (Jung Yong Hwa) yang baru datang ke ibukota untuk mengikuti ujian ketenteraan. Park Dal Hyang akhirnya lulus dan Putera Mahkota memintanya untuk menjadi hamba setianya.

 

3. The Fortress (2017)

IMG 3306

Filem The Fortress yang ditayangkan pada 2017 ini diadaptasi dari novel Namhansanseong yang ditulis oleh Kim Hoon dan diterbitkan pada tahun 2014. Ceritanya mengambil latarbelakang pada zaman pemerintahan Raja Injo (Park Hae Il). Secara khusus filem ini mengambil peristiwa penjajahan kedua Dinasti Qing ke Joseon yang terjadi pada tahun 1636.

Raja Injo dan pengikutnya, termasuk Choi Myung Gil (Lee Byung Hun) dan Kim Sang Hoon (Kim Yun Seok) pergi bersembunyi ke kubu pertahanan Namhansanseong. Choi Myung Gil cuba untuk mengadakan rundingan damai dengan Dinasti Qing. Malangnya, ramai pegawai atasan lain tidak bersetuju, termasuklah Kim Sang Hoon yang terus memujuk dan mendesak Raja Injo agar Joseon tetap melakukan serangan.

4. The Night Owl (2022)

IMG 3302

Filem The Night Owl membawa kisah yang berkaitan kematian misteri Putera Mahkota So Hyun (Kim Sung Cheol). Dikisahkan terdapat ahli akupuntur bernama Kyung Soo (Ryu Jun Yeol) yang baru memasuki istana. Kyung Soo dilahirkan dengan cacat penglihatan sejak lahir, tetapi dia masih boleh melihat ketika keadaan gelap di malam hari. Namun tiada siapa dalam istana yang mengetahui bahawa Kyung Soo tidak buta sepenuhnya.

Tak lama setelah Kyung Soo masuk ke istana, Putera Mahkota So Hyun kembali ke Joseon pada tahun 1645, 7 tahun setelah menjadi tawanan Dinasti Qing. Sebelum itu, Putera Mahkota dan isterinya ditawan setelah kejayaan penjajahan Dinasti Qing ke atas Joseon yang kedua pada tahun 1636.

Namun, Putera Mahkota So Hyun meninggal dunia dengan misterinya tidak lama kemudian setelah kepulangannya. Pada malam kematian Putera Mahkota So Hyun, Kyung Soo tidak sengaja telah menyaksikan kematian Putera itu. Walaupun tidak berdaya untuk membantu ketika itu, Kyung Soo tetap berusaha untuk mengungkap kebenarannya.

5. My Dearest (2023)

Drama korea

My Dearest merupakan drama Korea baru yang ditayangkan sejak Ogos ini. Berlatarbelakang ketika Dinasti Qing melakukan penjajahan kedua ke atas Dinasti Joseon. Kejadian tersebut terjadi pada tahun 1636 saat Raja Injo (Kim Jong Tae) bertakhta.

Cerita dimulak dengan sebuah adegan yang berlatar tahun 1659. Saat itu Putera Mahkota So Hyun (Kim Mu Jun) telah meninggal dunia dan terdapat draf catatan sejarah yang seharusnya dihapus dari sejarah. Nama Lee Jang Hyun (Nam Goong Min) kerap muncul pada draf yang berisi kata-kata ketidaksetiaan pada mendiang Putera Mahkota So Hyun tersebut.

Misteri dari karakter Lee Jang Hyun adalah salah satu teka-teki dalam drama sejarah ini. Kisah romansa antara Lee Jang Hyun dengan Yoo Gil Chae (Ahn Eun Jin) yang hidup di Desa Neunggun pada tahun 1636 juga akan menjadi fokus cerita yang membawq genre sageuk-romantik.

Dapat kita saksikan bahawa pelbagai peristiwa sejarah besar selama tempoh pemerintahan Raja Injo ditampilkan dalam lima filem dan drama Korea di atas. Namun, setiap cerita mempunyai plot dan kisah uniknya sendiri, malah sudut pandang yang diambil juga berbeza pada setiap tajuknya.

Menarik kan? Jadi, pastikan anda tidak terlepas dari menonton kesemua filem dan drama Korea yang disenaraikan ya!

Baca lagi: 8 Filem Korea Bakal Tayang September 2023 Ini
Baca juga: 5 Kdrama Sageuk Berlatarkan Pertumpahan Darah dan Perperangan
Baca lagi: 15 Kdrama Sageuk Tentang Tokoh Sejarah Sebenar Era Joseon