Home Entertainment 8 Watak Kdrama 2023 Yang Kehilangan Kuasa Luar Biasa Mereka

8 Watak Kdrama 2023 Yang Kehilangan Kuasa Luar Biasa Mereka

0

My Lovely Liar yang ditayangkan di Viu adalah antara Kdrama yang sangat popular pada bulan September 2023 yang banyak dibicarakan oleh para penonton.

Drama siri My Lovely Liar ini telah tamat semua episod tersebut menceritakan tentang seorang wanita yang mempunyai kuasa untuk mengesan pembohongan. Wanita ini mula terlibat dengan kisah cinta romantik dengan seorang lelaki yang hidupnya perlu bersembunyi kerana dia dituduh sebagai pembunuh.

Mok Sol Hee (Kim So Hyun) kehilangan kuasa ajaibnya kerana dia berada dekat dengan kereta Jo Deuk Chan (Yun Ji On) yang meletup. Kejadian serupa juga dialami oleh para watak-watak lain dalam drama siri yang ditayangkan pada tahun 2023 ini.

Kenapa mereka boleh kehilangan kuasa luar biasa mereka? Jom kita lihat kisah lengkap seperti berikut ini!

 

 

Kdrama
1. Berada dekat dengan kereta yang meletup, Mok Sol Hee (Kim So Hyun) kehilangan kuasa luar biasanya untuk mengesan penipuan dalam Kdrama siri My Lovely Liar

 

585f8be9 6eb2 43e5 bac5 5fc35026601f
2. Di akhir Kdrama siri Miraculous Brother, Lee Kang San (Bae Hyun Sung) yang datang ke masa depan ini juga pernah kehilangan kehilangan kuasa luar biasanya

 

2ae2e8b2 eed3 464f bec3 0dd289bc11ae
3. Bong Ye Bun (Han Ji Min) pernah tidak boleh melakukan psikometri kerana dia tidak merawat jari-jarinya dengan baik dalam Behind Your Touch

 

 

95957ab6 a9ae 4313 ae5d 5e667a71637e
4. Terlepas dari sumpahan, Ban Ji Eum (Shin Hye Sun) tidak mampu lagi untuk mengingati kehidupannya sebelum dilahirkan semula dalam See You in My 19th Life

 

 

b65db97b 4c18 4041 976e b5818a62f719
5. Asalnya dia adalah pembunuh upahan, Naksu (Ko Yoon Jung) pernah kehilangan kuasanya selepas bertukar jiwa dalam Alchemy of Souls 2

 

 

fac1cedb 2c9d 47c7 94f8 d3c71631f5c7 1
6. Di akhir episod, Kokdu (Kim Jung Hyun) juga pernah kehilangan kuasa luar biasanya hingga akhirnya tercedera dalam Kokdu: Season of Deity

 

 

3397f6ec f806 43e2 a3eb 63d7027ed77b
7. Diserang oleh watak antagonis, Jang Yeo Hee (Woo Hyun Jin) kehilangan suara yang menjadi sumber kuasa hebatnya dalam Tale of the Nine Tailed 1938

 

 

6e0559d5 cbe1 4a15 90b1 e5ee00dad34a
8. Menjadi manusia dengan ingatan yang dihapuskan, Pontifex Lembrary (Kim Min-kyu) juga kehilangan seluruh kuasa luar biasanya dalam The Heavenly Idol

Kuasa supernatural dan luar biasa pasti tidak boleh dimiliki oleh semua orang. Namun, seseorang yang memilikinya ternyata juga boleh kehilangan kuasa tersebut. Perkara itu membuatkan mereka perlu menghadapi berbagai-bagai kesukaran. Sudahkah anda tonton semua kdrama yang disenaraikan diatas?

Baca lagi: The Kidnapping Day: 3 Teori Pembunuh Sebenar Ibubapa Choi Ro Hee
Baca juga: 2 Episod Pertama “Escape Of The Seven” Meraih Rating Tinggi, Tetapi Dikritik K-netz