Home Kdrama/Kmovie 19 Drama Korea Adaptasi Webtoon, Dari Penghujung Tahun 2023 hingga 2024

19 Drama Korea Adaptasi Webtoon, Dari Penghujung Tahun 2023 hingga 2024

0

Sekurang-kurangnya terdapat 9 siri drama Korea adaptasi webtoon yang telah ditayangkan dan 10 telah disahkan dengan nama pelakon dan anggaran jadual penayangan.

Trend drama Korea adaptasi webtoon nampaknya semakin popular dan digemari penonton drama Korea. Ini kerana banyak adaptasi bersiri mempunyai rating tinggi dan popular di kalangan penonton drama.

Sekurang-kurangnya dari hujung tahun 2023 sehingga 2024 ada 19 webtoon yang diadaptasi menjadi versi drama Korea. Genrenya pun pelbagai, daripada dari thriller, komedi, aksi, seram ghaib, hinggalah romantis.

Pada Ogos 2023 lalu, siri Moving yang dikatakan merupakan drama superhero Korea terbaik pernah dibuat, dan merupakan adaptasi webtoon oleh Kang Full.

IMG 9131

Berikut ini adalah 19 drama korea adaptasi webtoon yang sebahagiannya telah ditayangkan pada penghujung 2023 dan yang bakal ditayangkan sepanjang 2024.

 

1. THE DEAL

IMG 9130

Drama ini adalah adaptasi webtoon dengan tajuk yang sama oleh Woonam20, dan telah ditayangkan pada 6 Oktober 2023.

Cerita ini memenangi Anugerah Kecemerlangan dalam pertandingan webtoon dan webnovel NAVER pada tahun 2020. Pelakonnya ialah Yoo Seung Ho, Kim Dong Hwi, dan Yoo Su Son.

The Deal mengisahkan tentang tiga rakan sekolah menengah yang bertemu semula. Mereka kemudiannya terperangkap dalam aksi penculikan yang sebenarnya mereka rancang sendiri.

 

2. A GOOD DAY TO BE A DOG

IMG 9129

Drama ini telah ditayangkan pada 16 Oktober 2023. Cerita ini berdasarkan webtoon Lee Hye dengan tajuk yang sama. Dibintangi Cha Eun Woo dan Park Gyu Young.

A Good Day to Be A Dog mengisahkan tentang seorang wanita yang dikutuk menjadi anjing setiap kali dia mencium lelaki. Ada seorang lelaki yang boleh menghilangkan sumpahan itu, tetapi malangnya dia takut dengan anjing.

 

3. DOONA!

IMG 9128

Drama adaptasi webtoon, Doona! telah ditayangkan pada 20 Oktober 2023 di Netflix. Drama ini dibintangi oleh Suzy dan Yang Se Jong.

Cerita ini diadaptasi daripada webtoon Lee Doona! ciptaan Min Songah. Doona! mengisahkan idola K-pop terkenal bernama Lee Doo-na yang memilih untuk bersara dan tinggal di rumah kongsi. Salah seorang rakan serumahnya ialah seorang pelajar lelaki yang tidak mempunyai apa-apa kemahiran khusus, tetapi dia boleh memberikan keselesaan kepada Doo-na.

 

4. VIGILANTE

IMG 9127

Drama adaptasi webtoon dengan tajuk yang sama oleh CRG dan Kim Gyu Sam merupakan siri comeback daripada Nam Joo Hyuk ini mengisahkan Kim Ji Yong yang mempunyai dua nyawa.

Pada hari bekerja, Ji Yong akan menjadi pelajar contoh di akademi polis, manakala pada hujung minggu dia akan menyembelih orang yang melakukan perbuatan jenayah.

Vigilante juga dibintangi oleh Yoo Ji-tae, Lee Joon-hyuk, dan Kim So-jin. Drama ini telah ditayangkan pada 8 November 2023.

 

5. THE STORY OF PARK’S MARRIAGE

IMG 9125

Drama ini mengisahkan tentang Kang Tae-ha, yang mempunyai sifat dingin serta tidak mempunyai keinginan untuk menjalinkan hubungan romantik dengan sesiapa.

Pada suatu hari, datuknya yang sakit tenat memintanya untuk berkahwin sebelum dia meninggal dunia. Kang Tae-ha akhirnya bertemu dengan Park Yeon-woo dan membuat kesepakatan untuk perkahwinan kontrak.

Drama adaptasi webtoon ini dilakonkan oleh Lee Se-young dan Bae In-hyuk. Drama ini telah ditayangkan pada 24 November 2023 setiap Jumaat-Sabtu dengan 12 episod.

 

6. SWEET HOME 2 (2023)

IMG 9124

Drama adaptasi webtoon terkenal daripada Netflix ini berdasarkan webtoon Naver dengan nama yang sama oleh Kim Carnby dan Hwang Young-chan. Dibintangu Song Kang, Lee Jin-uk, Lee Si-young, Park Gyu-young, dan Go Min-si.

Sweet Home 2 masih akan menceritakan kisah sekumpulan orang yang terselamat daripada serangan manusia yang bertukar menjadi raksasa. Musim kedua dikeluarkan pada 1 Disember 2023. Musim ketiga dijadualkan untuk tayangan pada musim panas 2024.

 

7. DEATH’S GAME (2023-2024)

IMG 9123

Death’s Game ialah siri web Korea Selatan 2023–2024 yang ditulis dan diarahkan oleh Ha Byung-hoon, dan dibintangi oleh Seo In-guk dan Park So-dam. Berdasarkan webtoon dengan nama yang sama oleh Lee Won-sik dan Ggulchan yang disiarkan di Naver pada 2019.

Death’s Game, kisah penjelmaan semula fantasi berpusat di sekitar Choi Yee-jae (Seo In-guk) yang ingin menyerah pada kehidupan. Kehidupannya yang miskin dan dipenuhi rasa tidak berguna kerana kegagalan membuatkam dirinya memutuskan untuk mengakhiri hidupnya sendiri. Namun keputusan itu gagal dan membawanya kepada sebuah penderitaan lain.

Selepas kegagalan bunuh diri, dia bertemu dengan malaikat maut (Park So Dam). Pertemuan tersebut membawa Choi Yi Jae kepada sebuah permainan dari malaikat maut. Dia perlu melalui 12 fasa kehidupan dalam tubuh orang-orang yang akan mati. Menariknya setiap orang tersebut memiliki berbagai-bagai latar belakang dengan berbagai-bagai sisi gelap dalam kehidupan mereka.

Siri Death’s Game ini telah tersedia di Prime Video. Bahagian 1 siri ini ditayangkan pada 15 Disember sebanyak 4 episod dan Bahagian 2 juga sebanyak 4 episod telah dikeluarkan pada 5 Januari.

 

8. MARRY MY HUSBAND (2024)

IMG 9122

Drama adaptasi webtoon, Marry My Husband telah ditayangkan pada 1 Januari 2024 di Prime Video. Dibintangi oleh Park Min-young, Na In-woo, Lee Yi-kyung, Song Ha-yoon, dan Lee Gi-kwang, siri ini mempunyai sejumlah 16 episod.

Drama romantik yang berbalut dendam ini mengisahkan tentang Kang Ji-won (Park Min Young) yang mati di tangan suami dan sahabat baiknya selepas mengetahui hubungan sulit mereka. Bagaimanapun, dia bangkit semula dan hidup sepuluh tahun kemudian, ketika dia masih bercinya atau belum berkahwin dengan suaminya.

Menyedari perkara ini, Ji-won kemudiannya berhasrat untuk mengubah nasibnya, salah satunya dengan memadankan bakal suaminya dengan rakan yang mengkhianatinya.

 

9. LOVE SONG FOR ILLUSION (2024)

IMG 9120

Drama adaptasi webtoon bertajuk Love Song for Illusion ini dibintangi oleh Park Ji-hoon dan Hong Ye-ji. Dan telah mula ditayangkan pada Januari 2024, setiap Isnin-Selasa di KBS2.

Ia mengisahkan kisah cinta yang menyayat hati, ketaksuban seorang raja terhadap dua personaliti yang bertentangan, dan seorang gadis yang ingin membunuhnya tetapi akhirnya jatuh cinta dengan Raja.

 

10. CHICKEN NUGGET (2024)

IMG 9119

Chicken Nugget mengisahkan kisah pelik iaitu Choi Min-ah yang bertukar menjadi ayam goreng kerana memasuki mesin misteri. Choi Sun-man, bapanya, dan Go Baek-jung, seorang pelatih, bergabung tenaga dalam usaha untuk mengubahnya kembali menjadi manusia dan menemui rahsia gelap dalam proses itu.

Drama adaptasi webtoon Chicken Nugget akan dilakonkan oleh Ryu Seung-ryong dan Ahn Jae-hong. Siri ini akan ditayangkan pada tahun 2024 di Netflix.

 

11. PYRAMID GAME (2024)

IMG 9118

Daripada webtoon dengan tajuk yang sama dibuat oleh Dalgonyak, drama adaptasi webtoon ini akan ditayangkan di TVING. Pyramid Game dibintangi oleh Bona, Jang Da-a, Yoo Da-in, Kang Na-eon, Jeong Ha-dam, Shin Seul-ki dan Ha Yul-ri.

Pyramid Game mengisahkan tentang seorang pelajar bernama Sung Soo-ji yang berpindah sekolah ke Baekyeon Girls High School di Seoul. Dia harus menyertai permainan piramid yang akan diadakan sebulan sekali. Mereka yang berada di peringkat paling bawah piramid akan dibuli oleh pelajar dari sekolah yang sama.

 

12. MURDER DIEry (2024)

IMG 9117

Drama ini mengisahkan Lee Tang, seorang pelajar yang mempunyai kebolehan istimewa melihat aura jahat daripada manusia. Dengan kebolehan ini, dia menjadi hero misteri yang menentang orang jahat.

Drama adaptasi webtoon Murder DIEry ini dilakonkan oleh Choi Woo-shik, Son Suk-gu, dan Lee Hee-joon. Drama ini diramalkan akan ditayangkan pada tahun 2024 dan boleh ditonton di Netflix.

 

13. STUDY GROUP (2024)

IMG 9116

Drama adaptasi webtoon dengan tajuk yang sama oleh Shin Hyeong-wook dan Yoo Seung-yeon ini dibintangi Hwang Min-hyun sebagai pelakon utama.

Drama Korea Study Group mengisahkan tentang seorang pelajar bernama Yoon Ga-min yang terpaksa pergi ke sekolah yang dikelilingi pelajar nakal. Dia mahu mendapat gred yang baik, tetapi grednya sentiasa berada di kedudukan terbawah. Apa yang dia boleh kuasai ialah kemahiran melawan. Itulah sebabnya dia mencipta kumpulan belajar untuk membantu grednya meningkat.

 

14. ALL OF US ARE DEAD 2 (2024)

IMG 9109

Siri Netflix ini, yang diadaptasi daripada webtoon Joo Dong-geun adalah siri yang sangat ditunggu-tunggu. Kisah ini akan meneruskan kehidupan mangsa serangan zombi yang terselamat dari Sekolah Tinggi Hyosan.

Park Ji-hu, Cho Yi-hyun, dan Park Solomon telah disahkan kembali sebagai membawa watak mereka seperti musim pertama. Sementara itu, masih belum diketahui sama ada watak utama lain iaitu Lee Cheong-san lakonan Yoon Chan-young akan turut sama atau tidak.

Plot untuk sekuel ini masih belum diketahui, tetapi adalah selamat untuk mengatakan kepulangan Nam-ra dan apa yang sebenarnya berlaku kepada Cheong-say akan menjadi titik plot utama. Ia juga mudah untuk meramalkan bahawa musim kedua tidak akan seperti musim pertama.

 

15. HERO WEAK CLASS 2 (2024)

IMG 9115

From the Weak Hero webtoon oleh SeoPass, drama Weak Hero Class 2 sekali lagi akan dibintangi oleh Park Ji-hoon. Drama ini mendapat pujian ramai penonton kerana plotnya sangat kemas dan lakonan para pelakonnya.

Drama adaptasi webtoon Hero Weak Class 2 akan meneruskan kisah Shi-eun, seorang pelajar pintar yang melawan pembuli dengan gaya bertarungnya yang unik. Dia akan memulakan kehidupan barunya di sekolah baru juga, dengan pembuli yang juga orang yang baru dikenalinya.

 

16. WEDDING IMPOSSIBLE (2024)

Drama korea

Drama adaptasi webtoon dengan tajuk yang sama oleh Song Jung-won merupakan drama romantik ini akan dilakonkan oleh Jeon Jong Seo sebagai Oh Da Jeong, Moon Sang Min sebagai Koo Jung Yeol, dan Kim Do Wan sebagai Koo Chan Yeol, dan dirancang untuk ditayangkan pada tahun 2024.

Kisah dari Wedding Impossible diadaptasi dari sebuah web novel bertajuk sama. Mengisahkan seorang artis teater bernama Oh Da Jeong yang tidak begitu dikenali. Dia memutuskan untuk melakukan sebuah perkahwinan palsu dengan seorang pewaris ke 3 konglomerat bernama Koo Chan Yeol.

Perkahwinan palsu tersebut dilakukan demi merahsiakan identiti Koo Chan Yeol mengenai tarikan seksualnya. Di tengah cerita perkahwinan palsu tersebut, Koo Jung Yeol, adik kepada Koo Chan Yeol yang sangat rapat dan menyayangi abangnya.

Begitu mengetahui abangnya akan mengahwini Da Jeong, Jung Yeol menjadi curiga jika ada niat buruk dari Da Jeong, dan merasa abangnya tengah ditipu. Hal ini menyebabkan konflik di antara mereka bertiga dan membuat kisah menjadi semakin menarik dengan daya tarikan hubungan Da Jeong dan Jung Yeol yang berubah.

 

17. S LINE (2024)

Drama korea adaptasi webtoon

S Line diadaptasi daripada webtoon dengan tajuk yang sama oleh Nomabi. Drama ini akan dibintangi oleh Lee Soo-hyuk, Lee Da-hee, dan Arin Oh My Girl.

Cerita ini adalah tentang dunia di mana setiap orang mempunyai garis merah yang menghubungkan mereka dengan sesiapa sahaja yang pernah mereka berkongsi keintiman seksual. Garis-garis ini muncul secara tiba-tiba pada suatu hari dan mengubah keadaan masyarakat.

 

18. THE HOOLIGANS (2024)

Adaptasi webtoon

The Hooligans diadaptasi daripada webtoon oleh Yoon Tae-ho. Kisah ini berlatarkan tahun 1970-an, dengan kisah orang yang terlibat dalam pencarian harta karun untuk melarikan diri daripada kehidupan mereka yang selama ini hanya menjual barangan tiruan.

Drama Korea The Hooligans disahkan dilakonkan oleh Ji Chang-wook dan Ryu Seung-ryong. Mereka akan memainkan peranan sebagai anak saudara dan bapa saudara. Drama ini mempunyai 10 episod dan akan ditayangkan pada tahun 2024.

 

19. JONG NYEON

Webtoon

Berlatarkan tahun 1956, cerita ini mengisahkan tentang seorang gadis dari Mokpo yang tidak mempunyai wang dan rumah tetapi mempunyai bakat nyanyian yang menakjubkan. Impiannya adalah untuk menyertai teater tradisional yang paling terkenal, tetapi sepanjang perjalanan dia menemui banyak perkara baru.

Drama Korea adaptasi daripada webtoon Jeong Nyeon akan dilakonkan oleh Kim Tae-ri, Shin Ye-eun, dan Jung Eun-chae. Siri ini dirancang untuk ditayangkan pada 2024.

Baca lagi: Tak Suka Drama Episod Panjang? Ini 4 Pilihan Kdrama Kurang Dari 10 Episod, Tayang Awal Tahun 2024
Baca juga: 12 Drama Korea Ditayangkan Pada Januari 2024, 3 Dari Adaptasi Webtoon