Home Kdrama/Kmovie Tak Suka Drama Episod Panjang? Ini 4 Pilihan Kdrama Kurang Dari 10...

Tak Suka Drama Episod Panjang? Ini 4 Pilihan Kdrama Kurang Dari 10 Episod, Tayang Awal Tahun 2024

0

Drama Korea ditampilkan dengan pelbagai konsep dan format yang kreatif. Salah satu trend terbaru adalah drama Korea dengan episod yang sedikit yang pastinya tidak panjang meleret-leret.

Pada tahun 2024 ini, ada beberapa buah drama yang mula menjadi perbincangan hangat kerana mempunyai episod yang sangat singkat. Drama apakah yang hangat diperkatakan itu?

Berikut ini adalah 4 pilihan drama Korea pada awal tahun 2024 ini yang memaparkan episod yang singkat!

1. A SHOP FOR KILLERS

Drama● Tayang 17 Januari 2024
● 8 episod
● Dibintangi oleh Lee Dong Wook, Kim Hye Joon, Seo Hyun Woo

Jian adalah seorang pelajar biasa yang mendapati dirinya terjerat dalam kes misteri selepas polis menghubunginya mengenai kematian tragis bapa saudaranya. Perwatakan bapa saudara Jian memang misteri, tiba-tiba sahaja dia menjadi mangsa bunuh diri dan meninggalkan Jian dengan pelbagai persoalan.

Namun, segala-galanya berubah apabila Jian diserang oleh sekumpulan pembunuh yang mensasarkan dirinya. Terperangkap di rumah bala saudaranya yang penuh misteri, Jian mendapati dia perlu melalui sesi latihan aneh yang ditinggalkan oleh bapa saudaranya.

 

2. THE BEQUEATHED

a12b72d9 14ca 4d2a 82c0 e387094646c0● Tayang 19 Januari 2024
● 6 episod
● Dibintangi oleh Kim Hyun Joo, Park Hee Soon, Park Byung Eun

Drama Korea dengan episod paling pendek pada awal tahun 2024 berikut ini adalah drama bertajuk THE BEQUEATHED. Seorang wanita mendapat warisan sebuah tanah perkuburan. Dia mendapati bahawa tanah di sekitarnya itu penuh dengan misteri yang mengganggu keharmonian keluarga.

Dengan kebolehannya menyiasat, dia mula merungkai kebenaran mengerikan yang telah lama terkubur bersama tanah perkuburan itu. Namun, kebenaran yang ditemuinya membuatkan dia menghadapi masalah yang tidak pernah dibayangkannya sebelum ini.

 

 

3. BRANDING IN SEONGSU-DONG

5b1513f5 80fc 40a0 bf45 183353919210

● Tayang 5 Februari 2024
● 8 episod
● Dibintangi oleh Kim Ji Eun, Lomon, Yang Hye Ji

Drama ini fokus pada Kang Na Eon yang merupakan ketua pasukan pemasaran muda yang sangat gilakan kerja dan So Eun Ho yang suka menikmati hidup kerana baginya, hidup hanya sekali. Seperti terikat dengan takdir, mereka yang mempunyai perwatakan yang sangat berbeza ini terlibat dalam peristiwa misteri iaitu kedua-duanya saling bertukar roh selepas secara tidak sengaja berciuman. Bagaimanakah nasib mereka?

 

4. LTNS

ef2f0364 c6af 473b 89b9 411c1227f3fa● Tayang 19 Januari 2024
● 6 episod
● Dibintangi oleh Eson, Ahn Jae Hong, Jun Jin Young

Selepas bertahun-tahun berada dalam hubungan yang kosong tanpa perasaan, Woo Jin dan Samuel melihat hubungan mereka yang terasa hambar sebagai kesempatan untuk menemui kembali rasa romantik hubungan mereka. Namun, mereka bukannya membaiki hubungan mereka, mereka terjebak pula dalam kecurangan antara satu sama lain.

Dengan hati yang terluka, mereka berkira-kira untuk memutuskan adakah mereka akan mendedahkan kecurangan mereka itu untuk memperbaiki hubungan mereka atau membiarkan sahaja hubungan ini berakhir.

Demikian beberapa drama Korea dengan episod yang sedikit sahaja pada awal tahun 2024 ini. Jangan lupa untuk menonton ya!

Baca lagi: 12 Pelakon Kdrama Ini Bawa Watak Pejuang Keadilan Dalam Drama Januari 2024
Baca juga: 6 Anime Adaptasi Webtoon Korea, Underrated Tetapi Sangat Menarik