Home Entertainment 15 Watak Askar Yang Memukau Dalam Kdrama

15 Watak Askar Yang Memukau Dalam Kdrama

0

15 watak askar yang memukau dalam Kdrama? Siapakah para pelakon itu? Jom kita lihat!

Drama siri Duty After School yang bergenre thriller menceritakan tentang askar yang dibintangi oleh Shin Hyun Soo. Anggota askar ini bersama rakannya Lee Soon Won bertugas untuk menangani ancaman makhluk asing yang berbahaya.

Sangat mengancam kehidupan manusia, mereka meminta bantuan para pelajar senior sekolah menengah untuk sama-sama berperang melawan setiap makhluk asing sfera. Bukan hanya Shin Hyun Soo dan Lee Soon Won saja yang pernah melakonkan karakter sebagai askar dalam drama siri.

Beberapa orang artis Korea Selatan yang disenaraikan di bawah ini juga pernah membawa watak askar sebagai dalam Kdrama lakonan mereka. Jom sama-sama kita lihat senarainya:

9597b173 580b 4a83 b72c 69f0aad76c8f1. Hyun Bin melakonkan watak askar dalam drama siri Crash Landing on You (2019) yang bernama Jeon Hyuk. Dia adalah seorang perwira!

38a6b9ea 38bb 41e3 a7de 8f12daadf66c2. Memiliki masa lampau yang sangat kelam, Lee Byung Hun dalam drama siri kolosal Mr. Sunshine (2018) bercita-cita untuk menjadi askar untuk membalas dendam

0fd5b7b2 bc18 4cf3 a6c2 e8701d1a838b3. Jung Hae In membawa watak askar yang memiliki karakter pendiam bertugas untuk menangani kes yang turut membahayakan nyawanya dalam drama siri D.P. (2020)

ca33a161 d45b 4e7d bed0 6077cee8e2e54. Mempunyai junior yang memiliki karakter pendiam, Koo Gyo Hwan menjadi rakan sekerja dan senior yang suka mengusik dan mengganggu Jung Hae In dalam drama siri D.P. (2020)

9ced58f1 987b 4ac5 8a89 6ca6ad97863d5. Gong Yoo bawa watak askar yang bertugas ke bulan untuk menjalani misi rahsia. Dia juga menjadi ketua pasukan dalam drama siri The Silent Sea (2021)

4d3b304c 6e07 428f ba4e 8060a95eacbb6. Lee Joon dalam drama siri The Silent Sea (2021) membawa watak askar yang ditugaskan oleh Gong Yoo untuk mengambil sampel rahsia di bulan

cecd82a6 a234 4d09 b1f8 ad3f5c745fb87. Jang Dong Yoon membawa watak sebagai Koo Dong Jin, iaitu seorang anggota tentera yang sangat handal dan sekaligus merupakan senior kepada Krystal Jung dalam drama siri Search (2020)

eb226859 fa19 4404 9f74 16f42235aae58. Krystal Jung, merupakan salah seorang anggota tentera profesional yang bergabung dalam pasukan Jang Dong Yoon untuk menyelesaikan misi rahsia dalam drama siri Search (2020)

78e00a1b 3466 4075 bbbd ce31c8cb2be99. Shin Hyun Soo membawa watak sebagai Lee Chun Ho, seorang anggota tentera yang merupakan ketua pasukan yang bertugas dalam perang dalam drama siri Duty After School (2023)

4dae1ff7 313a 4b2f aeea 40c863c4617a10. Lee Soon Won menjadi anggota tentera dan juga pembantu Chu Ho yang bertugas untuk mengajar dan melatih ilmu ketenteraan kepada para pelajar sekolah menengah dalam dram siri Duty After School (2023)

Watak Askar

11. Song Joong Ki memainkan watak Kapten Yoo Si Jin dalam drama 2016 “Descendants of the Sun“. Dia ialah kapten yang berkarisma dan berani untuk misi membantu dan membawa keamanan ke negara Urk.

Watak askar12. Jin Goo memainkan watak Sarjan Mejar Seo Dae Young dalam drama Korea Selatan 2016 “Descendants of the Sun“. Dia adalah salah seorang watak utama, berkhidmat sebagai ahli pasukan pasukan khas Kapten Yoo Si Jin.

IMG 7688

13. Ji Chang Wook memainkan watak utama dalam drama Korea Selatan 2016 “K-2“. Dia membintangi Kim Je Ha, bekas askar dan askar upahan yang menjadi pengawal peribadi untuk isteri calon presiden, Go An Na (lakonan Im Yoon Ah).

IMG 7689

14. Lee Jae Wook memainkan watak Prebet No Jin Woo dalam filem perang Korea Selatan 2019 “The Battle of Jangsari“. Filem ini berdasarkan kisah sebenar Operasi Pendaratan Jangsari, pertempuran yang berlaku semasa Perang Korea pada tahun 1950. Prebet No Jin Woo, merupakan salah seorang daripada 772 pelajar tentera yang menyertai Operasi Pendaratan Jangsari.

IMG 7691

15. Esom sebagai Jeung Seol Ah adalah seorang anggota tentera dengan watak wanita hebat yang berusaha menegakkan keadilan setelah kematian adiknya dalam drama siri Black Knight

Setiap pelakon pastinya mempunyai bakat tersendiri, membawa watak sebagai anggota askar memerlukan ketelitian yang tepat supaya watak yang dibawa tidak keluhatan palsu dan seperti dibuat-buat.

15 orang pelakon Korea yang kami senaraikan di atas berjaya membawa watak sebagai anggota askar dengan baik dan mereka membawa para penonton turut merasa tegang dan berdebar-debar sewaktu menyelesaikan kes dan masalah yang berbeza-beza.

Watak manakah pilihan dan kegemaran anda?

Baca Lagi: Kdrama: 10 Watak Wanita Berjuang Demi Keadilan

Baca Juga: 10 Kdrama 2023 Dengan Genre Aksi