Home New Post Terkejut Dapat Surat Dari Anak-Anak, Sekali Ucapan Mereka Pula Buat Alif Satar...

Terkejut Dapat Surat Dari Anak-Anak, Sekali Ucapan Mereka Pula Buat Alif Satar Sebak

0

Muhammad Alif Mohd Satar atau lebih dikenali sebagai Alif Satar merupakan seorang pelakon, penyanyi dan pengacara televisyen Malaysia. Beliau dilahirkan pada 19 September tahun 1990, berasal dari Kuala Lumpur. Alif Satar mula dikenali menerusi rancangan televisyen iaitu One In A Million musim pertama dan berhaya mendapat tempat ketiga dalam rancangan tersebut.

Screenshot 2023 05 23 161927

Baru-baru ini, Alif Satar telah membuat satu posting di akaun Instagram nya, di mana beliau baru sahaja pulang dari kerja dan terdapat satu surat dan beberapa buku yang ditemui olehnya. Apa yang beliau beritahu bahawa surat dan buku itu diberi oleh dua orang anak perempuannya. Namun pesanan surat daripada dua orang anak perempuannya pula buat Alif Satar sebak setelah membacanya.

Lihat pesanan surat daripada dua orang anak perempuan Alif Satar ini:

Screenshot 2023 05 23 152033

Anak perempuan Alif Satar yang memberi pesanan ini, bernama Alisha Anugerah yang lahir pada tahun 2015 dan Ariana Mecca pula lahir pada tahun 2017. Anak-anaknya ini mengatakan di surat tersebut bahawa buku yang disediakan pada surat itu adalah hadiah untuk Alif Satar. Turut tertulis pada surat itu mengatakan beliau sememangnya ayah yang paling terbaik mereka dapati.

Screenshot 2023 05 23 152155

Alif Satar membuat posting ini di akaun Instagram nya, yang mengatakan bahawa beliau baru sahaja pulang dari kerja dan perasan kedua-dua anaknya masih belum tidur lagi serta memberi beberapa soalan kepada mereka. Alif Satar juga mengatakan surat yang beliau dapati ini membuatkan dirinya berasa sebak dan terharu apabila membacanya.

Lihat juga kapsyen yang Alif Satar tulis di akaun Instagram nya:

Screenshot 2023 05 23 152057

Netizen turut memberi komen mengenai posting ini, mengatakan reaksi anak-anaknya buat ramai yang sebak dan terharu dengan surat yang didapati oleh Alif Satar. Alif Satar juga mendapat pujian ramai yang mengatakan beliau mendidik anak-anaknya dengan baik dan mendoakan semoga mereka sekeluarga dipermudahkan segala urusan serta diberikan kesihatan yang baik.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Instagram