Home Entertainment 10 Kdrama 2023 Dengan Genre Aksi

10 Kdrama 2023 Dengan Genre Aksi

0

10 Kdrama 2023 dengan genre aksi yang sangat menarik untuk ditonton!

Bukan sahaja kisah romantik, komedi dan kekeluargaan, banyak Kdrama siri yang mengusung genre lain seperti aksi, jenayah dan juga thriller.

Contohnya adalah Tale of the Nine Tailed 1938 yang sedang ditayangkan di tvN. Kdrama siri tersebut bermula dengan kisah dengan pengembaraan waktu ke tahun 1938. Bermacam adegan aksi yang mempamerkan ketangkasan seni bela diri muncul dalam drama siri tersebut yang disertai dengan selingan komedi.

Pada separuh pertama tahun ini, terdapat banyak Kdrama siri tahun 2023 yang juga membawa genre aksi. Aksi setiap wataknya kadang-kadang turut membuatkan para penonton merasa tegang.

Jom kita lihat beberapa senarai drama siri genre aksi untuk tahun 2023 ini:

 

df17b341 8e43 4f25 8df6 e71cb2916fef

1. Tale of the Nine Tailed 1938 menampilkan kisah pengembaraan waktu yang dilakukan oleh gumiho untuk menangkap pencuri batu pelindung

9e870720 6f00 45b5 ae71 d83660c476212. Baru sahaja ke udara pada 12 Mei lalu, Black Knight mengikuti kisah aksi balas dendam yang dilakukan oleh sekumpulan pasukan ‘penghantar’ terhadap pihak yang berkuasa

fcfdb0e5 7181 4435 a2dd 94b8c090f3d23. Mengangkat tema mengenai tema ejen rahsia, Family: The Unbreakable Bond berkisar tentang pasangan suami isteri yang memiliki identiti rahsia dan tersembunyi

2523866a 836d 45af 8a97 592bd4a305d64. Bakal dilanjutkan ke musim 3, Taxi Driver 2 mengisahkan tentang pasukan khans yang menjalankan perkhidmatan balas dendam untuk setiap mangsa kejahatan

8f7a0cb6 16e1 421e 8967 6ee02c7206845. Bloodhounds akan dilancarkan pada 9 Jun yang akan datang. Drama siri ini mengenai kisah seorang petinju yang terpaksa menempuh pelbagai onak duri

68267b13 7410 4ea5 ac2b 6514d8ee246d6. Berjaya meraih populariti yang meledak, Duty After School mengisahkan tentang perjuangan para pelajar sekolah menengah yang dilatih oleh pasukan tentera kerajaan untuk melawan makhluk asing yang boleh membawa maut!!

be0be117 4888 4c7c 89ce 779d438e7de37. Menampilkan genre romantik komedi, The Secret Romantic Guesthouse turut diselitkan dengan babak dan aksi pertarungan yang hebat. Kisah balas dendam seorang pewaris takhta yang telah digulingkan

6cc57bf4 43b0 4cb0 82ff 404e55e190d48. Didatangkan dengan dua bahagia, drama siri Island mengisahkan tentang perjuangan untuk melawan roh dan iblis jahat

Kdrama

9. Kisah bertemakan balas dendam, Pandora, penuh dengan aksi dan pertarungan! Dibintangi oleh Lee Ji-ah, Lee Sang-yoon, Jang Hee-jin, Park Ki-woong, dan Bong Tae-gyu

Kdrama10. Baru sahaja tamat, Stealer: The Treasure Keeper menceritakan tentang seorang pegawai kerajaan yang secara senyap-senyap menjadi pencuri aset budaya dan digelar sebagai Skunk

Buat anda yang menyukai genre aksi dengan pelbagai babak pertarungan, anda wajib menonton Kdrama siri yang kami seranaikan di atas dan Kdrama siri ini ditayangkan pada suka dan separuh pertama tahun 2023 ini. Walaupun beberapa Kdrama ini masih memaparkan kisah romantik, kdrama tersebut tetap menarik dengan selingan babak aksi untuk ditonton.

Baca Lagi: Lies Hidden In My Garden Kdrama misteri terbaru tayang 19 Jun Ini

Baca Juga: 23 Artis Korea Dari Keluarga Kaya