Home Entertainment 13 Kdrama 2023 Tampilkan Watak Utama Sebagai polis, Penuh Misteri Penyiasatan

13 Kdrama 2023 Tampilkan Watak Utama Sebagai polis, Penuh Misteri Penyiasatan

0

Sudah lama tidak menyaksikan pelakon kacak ini beraksi, Ji Chang Wook akhirnya kembali membintangi drama siri aksi dan menjadi pelakon utama untuk kdrama siri terbaharu akan datang The Worst of Evil.

Kdrama siri ini disambut baik oleh para peminat setia Kdrama kerana bakal menampilkan konflik yang menarik antara polis dan mafia. Tambahan pula, campuran babak bromance antara Ji Chang-wook dan Wi Ha Joon juga sangat dinantikan ramai.

Selain The Worst of Evil, terdapat beberapa buah Kdrama siri Korea 2023 yang juga menampilkan watak pegawai polis sebagai watak utama.

 

37377795 e809 4cb0 b17e 36feef040dd8
1. Berlatarkan tahun 1990-an, The Worst of Evil mengisahkan tentang polis yang menyamar sebagai mafia demi menangkap sindiket dadah. Bakal tayang 27 September ini

 

e05cbd3c ca0f 4e58 b8e0 3f66a94273b8
2. Membawa genre komedi, Han River Police mengisahkan tentang kehidupan polis yang bertugas menjaga sekitar lingkungan di Sungai Han.

 

791fb12b 1696 444a 846b cbb1f343f77a
3. Strong Girl Nam Soon mengisahkan tentang keluarga yang mempunyai kuasa super yang bekerjasama dengan polis untuk menyiasat kes tentang jenayah dadah. Bakal tayang 7 Oktober ini

 

acec1915 e75c 4bd0 a36b 5e7d16ae4ae1
4. The Killing Vote mengisahkan tentang pihak polis yang ingin menangkap Dog Mask, sosok bertopeng yang mengadakan undian khas untuk membunuh penjahat

 

4b15500f bb28 473b 9b65 ec4fc03aa76e
5. Banyak misteri, Longing for You mengisahkan tentang detektif yang ingin balas dendam pada pembunuh adiknya

 

5ea9d5f8 6c59 40ff 8a80 b7e6fad24664
6. Not Others mengisahkan tentang kehidupan seorang ibu dan anak perempuannya yang bekerja sebagai polis. Kedua-duanya terlibat dalam sebuah kes yang sama

 

e678fc4a fb36 48cf 8edc 366b8ee70edf
7. The First Responders 2 mengisahkan tentanf kerja sama antara detektif, pasukan bomba, dan paramedik sewaktu menghadapi kes kejahatan

 

c54ac25b 81a7 4bed 8512 85ada4daadd1
8. Sedang menunggu masa untuk bersara, detektif senior dalam Shadow Detective 2 mendapat panggilan telefon misteri yang menghubungkannya dengan sebuah kes misteri

 

8195ee22 0bb5 46da a646 eb2506429078
9. Vigilante mengisahkan tentang pelatih polis yang mempunyai dua kehidupan kerana masa lalunya yang menyakitkan. Dia diawasi oleh seorang penyiasat polis. Bakal tayang November ini

 

c5da8738 5417 42d9 a6bf 26a9c9cd799f

10. Detektif ingin mengungkap kes pembunuhan bersiri dalam Decoy. Kes itu menyeret penjenayah skim Ponzi yang telah meninggal dunia sebagai suspek utama

 

62db54c3 2569 433d 8f73 dfab9b5e14f2
11. Missing: The Other Side 2 mengisahkan tentang lelaki yang mempunyai kuasa supernatural dan polis yang bekerja sama untuk mengungkap misteri jenayah

 

Kdrama
12. Mempunyai sifat berbeza, Brain Works mengisahkan tentang kerja sama antara pakar perubatan dan detektif untuk menyiasat kes jenayah yang berhubung kait dengan teknologi penyakit neurologi

 

Behind your touch13. Kdrama siri Behind Your Touch mengisahkan seorang gadis dengan kuasa sentuhan yang bekerjasama dengan detektif untuk menyiasat misteri pembunuhan berantai yang berlaku di Kampung Mujin

Semua 13 Kdrama 2023 yang tersenarai di atas menampilkan watak utama sebagai anggota polis. Mereka menangani kes berat dan juga perlu bekerja sama dengan berbagai-bagai pihak.

Baca lagi: 5 Kdrama Thriller 2023 Dengan Episod Pendek, Menarik dan Menguji Emosi
Baca juga: 9 Watak Pembunuh Bersiri Dalam Kdrama 2023, Talam Dua Muka